SATU LAGI PROJEK TIPU MELAYU
KAMPONG BEREMBANG
nota:
lihatlah kampong dan tanah orang melayu
dirembat oleh cukong
yang jadi barua ialah
gerombolan - kalau tak ada gerombolan jadi barua
tak mungkin tanah rumah dan harta melayu jatuh
ke tangan cukong
di kuala lumpur kampong melayu semakin sempit
kampong abdulah hukum telah musnah
kampong chu badak telah musnah
kampong berembang sudah musnah
kampong baru dlam proses
kampong kerinchi sedang dalam proses
kampong dalam gombak sedang dalam proses
nota:
semasa british datang ke afrika
mereka membawa kitab injil
mereka menghadiahkan kitab injil pada orang hitam
orang hitam dapat kitab injil dan orang puteh dapat
tanah dan intan berlian
di tanah melayu
gerombolan datang dan menghadiahkan ketuanan melayu pada orang meayu
cukong dapat tanah dan harta kekayaan
orang melayu dapat ketuanan
berbanding dengan orang hitam di afrika
sekurang kurangnya mereka dapat satu kitab
orang melayu satu habuk pun taraak
ketuanan melayu tak boleh dipegang
ketuanan melayu tak boleh digadai
orang afrika sedih sedih boleh baca kitab injil
orang melayu tak tahu pun apa dia ketuanan melayu kah kah kah
HABISLAH ORANG KAMPUNG KENA PINDAH harakah daily
Pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020 yang menyaksikan Kampung Baru ditandakan sebagai kawasan komersial sepenuhnya, perlu dipersoal, kata Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, pindaan tersebut juga memberi maksud bahawa penduduk Kampung Baru tidak boleh lagi menetap di Kampung Baru dan perlu berpindah.
"Habislah orang Kampung Baru. Pindaan terkini Deraf KL 2020 menandakan Kampung Baru sebagai kawasan komersial seratus peratus.
"Berm! akna tia da Residential Area. Orang Kampung Baru tak boleh tinggal dah di Kampung Baru, semua kena pindah terus," katanya yang juga AJK PAS Pusat.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020.
Menurut pindaan itu, semua kawasan seluas 250 ekar tanah di Kampung Baru akan dimasukkan sebagai satu daripada tiga Pusat Komersial Bandaraya (CCC).
CCC, seperti ditakrif dalam draf itu tidak perlu mempunyai unit kediaman dan boleh mempunyai 100 peratus kawasan komersial.
Dua lagi CCC itu adalah kawasan sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan kawasan sekitar KL Sentral di Brickfields.
Perkembangan terbaru itu menimbulkan persoalan sama ada rumah-rumah kediaman di Kampung Baru, termasuk rumah tradisional Melayu terpaksa dirobohkan untuk pembinaan bagunan komersial.
Menurut Lo' Lo' lagi, lebih menghairankan, kenapa kawasan Penjara Pudu boleh dibina kawasan penempatan, sedangkan ianya juga terletak di kawsan bandar Kuala Lumpur, malah bukan kawasan penempatan pun sebelum ini.
"Hairannya Penjara Pudu akan dibangunkan dengan 30 peratus residential," katanya lagi.
Kira-kira 39,000 penduduk menetap di Kampung Baru dan nasib mereka kini menjadi tanda tanya
nota:
tak percaya lagi?
kalau masih tak percaya susah lah
sudah diberi tahu
sudah ditunjukkan bukti
masih degil juga
masih bodoh juga
masih sedia ditipu
nampaknya masih belum ada lagi
saintis dan pakar jaki selidik
yang berjaya membuat pil untuk orang bodoh !
hanya ada satu pil untuk mereka yang bodoh
pil taikam : pil taik kampong kah kah kah
Comments