HORMAT DAN HORMATI
BETAPA INDAH !
nota:
apa yang ada disana
kerana ianya perlu disana
apa yang ada disini
kerana ianya perlu disini
gunung tegak berdiri
untuk memaku bumi
lembah luas terbentang
untuk kuda berlari pantas
bengkang bengkok sungai mengalir
karana itulah bentuk air
jangan kau luruskan
lembah dalam menjunam
gaung yang tinggi mdenjurai
kerana itu lah sifatnya
kau bukan pemahat alam
kau hanya transit disini
MENARA SETINGI 135 METER BAKAL JADI MERCU TANDA BARU DI LANGKAWI - meloya
MOHD Fairuz Abdullah dijatuhkan hukuman penjara selama 8 tahun oleh Mahkamah
Sebuah menara setinggi 135 meter dengan dua ciri istimewa iaitu menara peninjau dan sebuah restoran, yang dianggar menelan kos lebih RM10 juta akan dibina sebagai mercu tanda baru pulau peranginan ini.
Mahathir Mohamad berkata beliau yakin pembinaan menara yang dirancang sejak lebih 20 tahun itu bakal menjadi tarikan baru pelancongan.
Saya diberi penghormatan menamakan menara itu, tapi belum dapat nama yang sesuai sehingga kini, katanya pada sidang akhbar selepas majlis pecah tanah di tapak pembinaan menara itu di Pantai Kuah hari ini.
nota:
lihatlah keindahan alam dirosakan
lihatlah nilai melayu baru
kalau tinggi ertinya berjaya
kalau mesin ertinya berjaya
kalau besar ertinya berjaya
kalau godang ertinya berjaya
kalau baru ertinya berjaya
kalau plastik lagi berjaya
bukan kah alam itu indah
bukan kah alam semula jadi itu permai
kenapa dirosakkan
kenapa di tokok tambah
lihatlah gunung gunung kita
tercacak menara talipon
pergi ke gunung jerai
akan ditemui menara be! si
pergi ke gunung ledang
akan di temui menara besi
dimana mana tercacak berdiri
sebagai tanda modeniti
bila agaknya kita akan dewasa
bila agaknya kita mula mengenal diri
bila agaknya kita akan mula hormat pada alam
tunggang tunggek sembahyang
berbuih buih bertasbih hanya lah ritual
menghormati alam
adalah menghormati yang maha esa
menghormati alam
adalah tunduk sepanjang masa
kepada maha pencipta
itulah tanda kita sedar
kita hanya sebentar di alam ini
itulah tanda kita sedar
bahawa kita hanya transit dimuka bumi ini
Comments