SYRIA DAN NEW WORLD ORDER
SYRIA DAN DEMOKRASI
Kuasa imperial Amerika syarikat sedang merancang untuk menyerang Iran atas alasan Iran sedangberusha untuk membuat senjata bom nuklear. Ini agak senang difahami. Amerikasedang menyerang Pakistan untuk menafikan Pakistan dari terus dimiliki bom nuklear. Ini mungkin agak susahsadikit untuk difahami.
Kuasa imperial Anglo-Amerika ingin menyerang Syria keranaprojek New World Order. Ini lagi ramai yang tidak faham. Ini lagi susah untukdifahami. Justeru, apa yang berlaku diSyria pada ketika ini telah melahirkan banyak kejulingan. Kejulingan yang jelasialah kejulingan intelektual dikalangan masyrakat Melayu.
Kejulingan intelektual ini lahir dari kegagalan memahami asaspolitik. Kejulingan ini lahir kerana sikap malas membaca. Sikap malas berfikir.Sikap mengambil jalan pintas tanpa membuat selidikan sendiri.
Kejulingan ini juga lahir kerana telah ditanamkam sikap budayawajib mendengar daribengolan-bengolan yang dikatakanmemiliki authoriti. Bengolan-bengolanyang tahu bahasa sekian sekian sahaja yang memiliki tauliah untukbercakap. Bengolan-bengolan yang berat serbannya sekian sekian sahaja yangpandangan boleh didengar. Akhirnya tertanam sikap suka mendengar. Sikap suka mendengar ini telahmembunuh sikap suka membaca dan sukamengkaji dan menyelidik.
Hasilnya, sikap malas membaca ini melahirkan ramai ! tukangik ut dan ramai tukang sorak. Tukang sorak dan tukang ikut ini sebenarnya telah lama pencen dari menggunakan akaliah danfikrah mereka. Apabila telah pencen makaapa yang tersimpan dibelakang dua telinga itu tidak lagi memiliki kudrat untuk menjadi gersang dan kritikal.Kegersangan untuk berfikir ini telahdilepaskan kepada bengolan-bengolan yang dikatakan bertauliah.
Biar saya jelaskan disini bahawa apa yang berlaku di Syriabukan tentang konflik agama. Bukan konflik mahzab Sunni dengan Shiah. Bukan konflik mahzab Alawite dengan Sunnah wal Jamaah. Ataukonflik Islam dengan Kristian.
Memang saheh, wujudnyakonflik antara Shiah dan Sunni. Memang betul kerajaan yang dipimpin oleh Basharini tidak demokratik. Memang betul adagerakan rakyat yang menuntut agar ruang demokrasi dibesarkan lagi. Elit politikdi Syria sama saperti elit politik di Malaysia atau elit politik dalam negara dunia. Merekazalim, ganas, rasuah dan rakus merembatharta kekayaan negara. Kezaliman danpenyempitan hak kebebasan warga ini adalah watak elit politik duniaketiga.
Memang betul pada awalnya ada kumpulan yang menuntut agar kebebasan dan ruangdemokrasi di Syrian diperluaskan. Ini sama saperti tuntutan warga Malaysia yang mahu negara ini lebih bebas danlebih demokratik. Tidak mahu penipuandalam pilihan raya. Semua ini adalah asas pejuangan warga dari negara DuniaKetiga.
Untuk memahami lebih mendalam maka saya terpaksa membukaminda pembaca untuk memahani teori kontradiksi. Kontradiksi adalah hukum alamsemula jadi. Ianya sama saperti oxygenertinya kontradiski wujud bersama kita.Tanpa kontradiksi alam ini tidak mungkin wujud. Sama ada negara itu penuh dengan kafir atau! penuh de ngan penganut Islam atau penuhdengan warga yang tidak percaya kepada Tuhan kontradiksi terus wujud.
Kontradiksi tidak beragama. Tidak berbahasa. Dalam sistemekonomi kapitalis atau ekonomi sosialis kontradiksi wujud. Alam bergerak keranakontradiksi. Dalam kontradiksi adapergeseran. Pergeseran dan percanggahaninilah yang mengerakan alam kita ini.
Kontradiksi ini juga bertahap-tahap. Ada yang fudumental, ada yang tahap kedua dan ada yang kurang penting. Kontradiksi iniberubah-ubah. Contoh terbaik ialah dalamsejarah perjuangan orang yang terdahulu dari kita ketika perang dunia ke dua.Ketika itu Tanah Melayu sedang dijajaholeh British. Inilah kontradiksi utama. Kontradiksi - pertentangan antara wargaTanah Melayu dengan penjajah.
Tetiba Jepun datang menyerang. British yang menjadi musuh utama telah menjadi musuh ke dua. Yang wajib dilawan ialah tentera Jepun. Malahkontradsiksi dengan British menjadi luntur sehinggakan ada kerjasama antara wargaTanah Melayu dengan British untuk melawan kontradiksi yang fundumental :penjajah Jepun.
Bagitu juga di Syria sekarang. Pada awalnya kaum demokratSyria telah bangun menuntut demokrasi. Tetapi ajenda suci rakyat Syria initelah diambil alih oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Justeru kontradiksi yangwujud di Syria hari ini bukan antara Sunni dengan Shia. Bukan antara Islam dengan Kristian. Bukanantara Presiden Bashar yang bermazhab Alawite dengan majoriti warga yangbermazhab Sunni.
Kontradiksi utama atau pegeseran utama pada ketika ini ialah diantara rakyat Syria dari semua mahzabagama dengan kuasa imperialisAnglo-Amerika. Silap memahami kontradiksi fundumental ini maka akansilaplah semua analisa politik. Akan bertaburan segala hujah. Tidak akan dlihatsatu kesatuan fikrah yang tersusun dalam menganalisa situasi di Syria. Inilahyang melahirkan kejulingan pandangan terhadap apa yang sedang! berlaku di Syria.
Pasti para pembaca akan bertanya kenapa kuasa imperialAnglo-Amerika melakukan semua ini? Apa sebenarnya yang diperlukan oleh kuasaimperial Anglo-Amerika ini? Jawapannya ialahkuasa imperial Anglo-Amerika ialah kuasa imperialis. Imperialisma ini ialah tahap yang paling tinggi yang bolehdicapai oleh sistem kapitalis.
Sistem ekonomi kapitalis yang bertuhankan keuntungan maksima memerlukanbahan mentah, buruh dan pasaran. Sistem ekonomi kapitalis selama 150 tahun initelah bergerak dengan jayanya dengan bantuan bahan bakar petrol. Tanpa bahan bakar ini sistem ekonomi kapitalisakan runtuh berderai.
Justeru wajib disedari jika Iraq hanya pengekspot petai,jering dan cincalok pasti Iraq tidak akan diserang. Jika Iran hanya memiliki budu dan tidak memiliki bahanbakar petrolium dan gas maka Iran tidakakan diserang.
Pasti akan ada pembaca yang bertanya Saudi juga ada minyakkenapa tidak diserang. Qatar juga ada minyak kenapa Qatar tidak diserang?Malaysia dan Berunai juga ada minyak kenapa tidak diserang? Jawabnya cukupsenang. Rejim Arab Saudi dan Qatar iniadalah barua kepada Amerika. Malah tidak perlu diserang kerana terlaga minyakdi Saudi dan Qatar adalah milik Amerika.
Bagitu juga Malaysia dan Berunai. Dua negara Melayu ini adalah budak setiakepada Amerika. Malah Malaysia telah menghantartentera ke Afghansitan. Malaysia juga sedang membantu Raja Saudi yang sedangcuba memadamkan apa kebangkitan wargaBahrain yang sedang berjuang untuk mendirikan Bahrain yang lebih demokratik.
Tetapi Syria tidakmemiliki bahan bakar petrolium? Ini betul. Tetapi dalam strateji kuasa imperialAnglo-Amerika untuk mendirikan New World Order Syria ini dilihat sebagai musuh.Syria menjadi musuh bukan kerana Syria ini Shiah tetapi kerana Syria menyokong perjuangan Hisbulahdan Hamas yang sedang mengangkat senjata menentang kuasa zionis Israel.
Syria juga dijadikan musuh kerana Syria dari zaman PresidenHafeez al-Assad telah berkerjasama dengan Iran dalam banyak bidang. Malah dasarluar Iran/Syria telah membantu memperkuatkan gerakan Hisbullah dan Hamas.
Dari era Perang Dingin lagi Syria telah dilihat amat sedia untukbekerjasama dengan USSR, kemudiandengan Russia. Banyak kelengkapanpersenjataan Syria yang digunakan untukmelawan zionis Isreal telah dibekalkanoleh Russia. Russia adalah sahabat Syria yang telah diduga. Hubungan intimdengan Russia terjalin lama dandibuktikan dengan wujudnya pengakalan tentera laut Russia di Tartus semenjak tahun 1971. Tartus ialah perlabuhan yang kedua terbesar di Syria.
Mungkin ramai yang terlupa Isreal telah juga menawan dan sedang menjajah wilayah Bukit Tinggi Golan semenjak 1967dahulu. Wilayah ini adalah milik Syria dan diakui oleh Bangsa Bangsa Bersatu.
Kerjasama antara Syria dengan Iran dan Russia ini adalah satupekara yang tidak dapat diterima oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Obama danClinton melihat bahawa kerjaan Bashar ini berkemungkinan akan menggagalkanstrateji Amerika untuk menawan Iran. Syria perlu dipatahkan dahulu sebelumserangan dapat dilakukan keatas Iran. Justeru kerajaan Bashar wajib dijatuhkan.
Disini ada tiga buah negara yang sedang menjadi baruaAmerika. Saudi, Qatar dan Turkey. Saudi dan Qatar menjadi taiko mengeluarkandana! . Manaka la Turkey menyedikan tempat di sempadan Turkey/Syria untuk melatihkumpulan-kumpulan pengganas anti-Syria yang kini memanggil nama mereka FreeSyrian Army. Nama kumpulan ini amat menarik tetapi mereka ini dilatih oleh CIA.
Hari ini telah diberitakan sebuah jet pejuang Turki telahjatuh ditembak oleh peluru berpandu Syria. Ini mungkin sandiwara untuk mengolah persetujuan rakyatTurkey dan rakyat dunia. Turkey kinimemiliki cita-cita untuk sekali lagi saperti zaman Ottoman dauhulu untuk dapat mempengaruhi Dunia Arab.Turkey memiliki nafsu besar, untuk menjadi kuasa besar. Nafsu besar ini muncul keranaTurkey memiliki viagra yang bernama Nato.
Para pembaca wajib sedar bahawa dibelakang semua ini ialahkuasa zionis Isreal. Dengan licik Israel telah berjaya menjadikan Saudi, Qatardan Turkey sebagai budak suruhan gerakan Zionist International.
Pada ketika ini kuasa dan pengaruh zionis Israel cukup kuat sehinggakan Obama terpaksa mengikuttelunjuk Benjamin Natanyahu. Kaum zionis Isreal telah memilih waktu yang tepat tahun pilihan raya - dimana tidak adabakal Presiden Amerika yang berani bercanggahdengan Isreal.
Amerika , Saudi, Qatar dan Turkey semunya sedang menjadi budak suruhan zionis Isreal.Kita wajib sedar dan berwaspada keranadibelakang zionis Isreal ini ialah tuan empunya bank dan gedung-gedung perniagaan antarabangsa. Mereka inilah yangsedang merancang untuk mendirikan New World Order Satu Dunia Baru dimana semua harta kekayaandunia ini akan mereka miliki. Kuasa dan kekayaan ini akan dipertahan olehsenjata-senjata buatan Amerika dan Nato.
Mungkin ada yang tidak percaya apa yang saya tulis ini.Mungkin ada yang melihat ini ialah perjuangan Sunni terhadap ajaran sesat Shiah.Mungkin ada yang akan mengatakan in! i perjua ngan adil rakyat Syria menuntutkebebasan dan demokrasi. Mungkin adayang percaya bahawa kuasa imperial Amerika bersama Nato sedang berushamenaburkan demokrasi saperti yang sedang mereka lakukan di Afghanistan, di Iraqatau di Libya.
Kepada yang tidak yakin dengan tulisan saya, saya cadangkan agarmereka pergi ke Kedutaan Saudidan Qatar untuk bertanya bila piliharayaakan diadakan di Saudi Arabia dan Qatar?Khalas. (TT)
NOTA:
tulisan initelah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon:03-22-72-40-45
Comments