BOROI KANTOI LAGI
KANTOI LAGI
nota:
mula mula boroi
sekarang lagi boroi
dah meletup kah kah kah
DIMANAKAH ANWAR IBRAHIM? - meloya
KUALA LUMPUR 25 Mac - Di mana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim di antara pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam pada 21 Februari apabila satu video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dari China dirakamkan?
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit NAK TAHU DI MANA?..... kah kah kah
kah kah kah SILA BACA DI BAWAH INI.. kah kah kah
kah kah kah. JANGAN BUAT BUAT TAK TAHU. kah kah kah
baca ini:
LAPORAN MUKA DEPAN UTUSAN MALAYSIA 26 MAC 2011 ADALAH FITNAH
KEADILAN mengecam laporan muka depan Utusan Malaysia bertarikh 26 Mac 2011 bertajuk Di Manakah Anwar Ibrahim yang jelas satu fitnah dan tidak berpandukan etika kewartawanan yang baik.
Laporan itu berniat jahat dan hanya bertujuan untuk menyambung fitnah dan serangan ke atas Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Ia tidak berasas dan hanya memetik satu penulisan blog seorang pimpinan bawahan Pemuda UMNO yang diketahui umum sering menimbulkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat.
Tembelang Utusan Malaysia yang melambangkan rendahnya kawalan mutu kewartawanan terdedah apabila ia menyiarkan dakwaan blog tersebut bahawa Anwar Ibrahim tidak membuat sebarang pesanan twit ke akaun Twitternya kononnya pada masa rakaman itu berlaku.
Saya sertakan di sini bukti-bukti dari petikan skrin akaun Facebook Anwar Ibrahim yang menunjukkan beliau menghantar pesanan ke akaun Twitter dan disambut o! leh peng ikutnya seperti berikut:
1. 21 Februari 2011, 1040 malam: Inshaallah [File fb1.gif]
2. 21 Februari 2011, 1049 malam: Thats dsNajibs plan. Our task: pursue reform agenda [File fb2.gif]
3. 21 Februari 2011, 1050 malam: Varsity students: Conscience of the majority [File fb3.gif]
4. 21 Februari 2011, 1052 malam: Modus operandi of rogue leaders [File fb3.gif]
5. 21 Februari 2011, 1058 malam: Bisa [File fb4.gif]
6. 21 Februari 2011, 1103 malam: Waras [File fb5.gif]
7. 21 Februari 2011, 1103 malam: Ada ruang bias ja [File fb5.gif]
8. 21 Februari 2011, 1105 malam: Ngak. Tapi ada sampaikan kuliah diUGM [File fb6.gif]
9. 21 Februari 2011, 1108 malam: RT @gst183 Revolution is the festival of d oppressed [File fb7.gif]
Masa yang dicatatkan di Facebook adalah dua minit lebih lambat dari masa pesanan sebenar di akaun Twitter kerana menggunakan khidmat Selective Tweets. Oleh yang demikian, Anwar Ibrahim menghantar 9 pesanan ke akaun Twitternya diantara jam 1038 malam hingga 1106 malam seperti petikan skrin yang dilampirkan disini.
Pada masa ini jugalah iaitu diantara 1020 malam hingga 1041 malam kononnya seorang yang mirip dengan wajah beliau dirakam sedang melakukan hubungan seks di sebuah bilik. Semua laporan setakat ini oleh mereka yang telah menontot rakaman tersebut tidak menyebut mengenai si pelaku sedang melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan ke akaun Twitter.
Pesanan-pesanan yang dihantar dan dilampirkan disini juga jelas adalah pesanan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim kerana lenggok bahasa dan interaksinya dengan pengikut-pengikutnya yang diketahui umum.
Oleh yang demikian, mustahil si pelaku yang dirakam di dalam video adalah Dato Seri Anwar Ibrahim.
Saya juga ingin mengemukakan bukti yang mematahkan fitnah yang disiarkan oleh blog-blog yang dibiayai UMNO termasuk yang dipetik oleh Utusan Malaysia. Mereka mendakwa bahawa ada perbezaan mas! a di ant ara laman Facebook dan laman Twitter iaitu pesanan yang dirakam di laman Facebook adalah sejam lebih lambat dari masa di laman Twitter. Ini adalah pembohongan besar yang direka-reka semata-mata kerana sudah jelas bahawa Dato Seri Anwar berada di rumah dan berinteraksi melalui Twitter pada masa yang didakwa.
Saya sertakan dua petikan skrin yang diambil dari laman Twitter dan Facebook Dato Seri Anwar Ibrahim yang menunjukkan bahawa pesanan yang dibuat melalui laman Twitter akan dihantar ke laman Facebook 2 minit kemudian.
Maka, pesanan yang dibuat pada jam 12.22 tengahari 26 Mac 2011 [File timestamptwitter.gif] di laman Twitter (mengenai rakaman penuh pidato Anwar Ibrahim di Taman Melawati) dicatat waktunya sebagai 12.24 tengahari 26 Mac 2011 di laman Facebook [File timestampfb.gif].
Penjelasan-penjelasan ini sudah cukup untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia betapa hinanya Utusan Malaysia yang tanpa segan silu menyiarkan fitnah tanpa usul periksa, asal dapat menyebarkan dakyah tuan punyanya iaitu UMNO.
Dengan pendedahan ini, KEADILAN mendesak Utusan Malaysia memohon maaf dan sekiranya enggan berbuat demikian, KEADILAN akan mempertimbangkan tindakan lanjut untuk diambil terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog UMNO tersebut.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI
26 MAC 2011
Comments