POLIS INI NAK JADI BARUA GEROMBOLAN?
SIASATAN POLIS KE ATAS ANWAR IBRAHIM
Pada 30 Mac 2011, pihak polis telah mengemukakan satu notis di bawah
Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah ke atas Ketua Pembangkang Malaysia,
Anwar Ibrahim.
Notis tersebut mengarahkan beliau untuk hadir ke Pejabat Polis Daerah
Ampang untuk disoalsiasat polis berkaitan ceramah yang beliau
sampaikan pada hari Jumaat, 25 Mac 2011 di Pusat Khidmat Rakyat
Parlimen Gombak.
Polis,secara salah telah mengacau-ganggu ceramah sebaik saja
Anwar memulakan ceramah, melakukan tangkapan tidak sah dan
mengasari Ahli Parlimen Gombak yang juga Timbalan Presiden KEADILAN,
YB Azmin Ali.
Penyiasatan terbaru ke atas Anwar ini di bawah Seksyen 4(1)
Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967.
Kedua akta zalim dan bercanggah dengan perlembagaan ini, lazimnya
digunapakai oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menghalang kebebasan
bersuara dan berhimpun.
Kami memerhatikan BN secara terus menerus bertindak di luar batas
moral dan undang-undang untuk merendahtarafkan keluhuran undang-undang
dan menjadikan negara ini sebagai negara polis.
Jelas terbukti, BN sedang bersedia untuk menggunakan apa jua
kaedah-kaedah yang jelek dan berniat jahat untuk mengukuhkan cengkaman
mereka ke atas negara untuk kekal berkuasa. Di dalam sistem demokrasi
berparlimen, adalah merupakan satu hak yang sah dalam konteks
perlembagaan mengenai peranan Ketua Pembangkang untuk membuat kritikan
dan menyediakan peranan 'semak dan imbang' ke atas semua tindakan dan
dasar kerajaan.
Menyalahguna dan memanipulasi kuasa untuk mensasar,mencabul dan
menakuti Ketua Pembangkang lebih bersifat satu bentuk serangan ke atas
sistem demokrasi kita.
Penyiasatan terbaru ke atas Anwar ini jelas bermotifkan
politik, berniat jahat dan satu bentuk penyelewengan kuasa polis yang
terang dan jelas.
Kami mendesak agar siasatan tidak berasas ini dihentikan pada kadar
segera dan semua yan! g bertan ggungjawab menginstitusikan penyelewengan
ini dihadapkan ke muka pengadilan, tanpa mengira setinggi mana
kedudukan ataupun kuasa mereka.
Kami juga mendesak agar sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bertujuan
untuk menyiasat penyalahgunaan dan penyelewengan Barisan Nasional atas
pihak polis dan kuasa pendakwaan dalam menyerang, memalukan,
menjatuhkan hukuman dan memenjarakan politisi pembangkang, aktiviti
masyarakat, dan
pihak-pihak yang kritis ke atas pemerintah.
N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT
Comments