KETUANAN MELAYU TIPU MELAYU



AIR HAK ASASI



nota:
air ialah hak asasi
bukan untuk diswastakan
air seperti udara wajib
menjadi hak awam

hanya gerombolan dan mamak madey
yang mengswastakan air untuk
kroni kroni dan cukong!

pulangkan air kepada rakyat!




MELAKA NAIKKAN TARIF AIR 5 SEN HINGGA 25 SEN - mkini

Tindakan kerajaan negeri Melaka menaikkan tarif air tanpa mengambil kira bebanan kewangan yang dipikul oleh rakyat negeri itu amat dikesali.Antara mereka yang lantang membantah tindakan itu, termasuk Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka, Kamaruddin Sidik

Katanya, tindakan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) yang menaikkan tarif air secara tegesa-gesa dan tidak memaklumkannya terlebih dahulu kepada rakyat seolah-olah satu cubaan untuk mengelakkan protes rakyat.

Menurutnya ia suatu yang tidak konsisten sedangkan kerajaan negeri Melaka sendiri pernah mengkritik kenaikan harga air di Selangor dan Kedah tidak lama dulu


KERAJAAN PAKATAN BERI AIR PERCUMA KEPADA RAKYAT blog kerajaan rakyat

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memperuntuk RM5 juta untuk melaksanakan skim air percuma di rumah kos rendah berstrata (bertingkat) sebagai permulaan dan ditambah mengikut keperluan apabila lebih banyak pembangunan dikenal pasti untuk dimasukkan ke skim itu.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad, berkata kempen penerangan itu akan diadakan besar-besaran bagi memaklumkan rakyat dan mengelakkan pemaju, Management Corporation (MC), Joint Management Body (JMB) dan ejen pengurusan melakukan pemotongan bil penduduk.

Kerajaan negeri akan mengenal pasti pihak yang akan bertanggung jawab untuk mengendalika! n potong an kepada bil-bil mereka. Salah satu alternatif adalah melalui persatuan penduduk.

Pemberian air percuma ini akan dijalankan sebaik sahaja mendapat maklumat jumlah unit-unit yang didiami bagi pembangunan-pembangunan kos rendah ituyang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, kata Iskandar dalam kenyataan media, semalam.

NOTA:
lihat beza dua kerajaan
satu kerajaan ketuanan melayu
yang kerjanya hanya menipu melayu

yang satu lagi kerajaan ketuanan rakyat
yang kerjanya memberi kebajikan kepada rakyat



Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BERITA HOT DARi FACE BOOK SEORANG USTAZ

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent