Omegasaurus: Pembangkang naik minyak bila harga minyak naik..tapi


Menurut Dr. Azmi, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang, tenaga fosil di Malaysia di jangka habis dan tenaga nuklear adalah pilihan terbaik dari segi kos dan penghasilannya berbanding dengan tenaga hidro yang jauh lebih mahal. - Bernama

Kata la apa saja. Biar pun kita ada sumber tenaga alternatif lain seperti empangan hidro bakun, tapi banyak pihak yang iri hati terutama puak pembangkang yang selalu mempertikaikan projek tersebut membazir duit rakyat. Mereka suka melihat dari sudut negatif tanpa melihat lebih jauh akan faedah jangka panjang.

Sampai bila kita terpaksa bergantung kepada satu sumber tenaga saja. Lambat laun semua hasil minyak hitam di perut bumi akan habis juga. Nak cari telaga baru juga memerlukan modal yang bukan sedikit. Itu pun kalau ade lagi la. Tengok saje di Brunei. Dijangkakan negeri yang kaya dengan hasil emas hitam tu akan kehabisan bekalan dalam masa beberapa tahun lagi.

takkan kita nak tunggu taik bintang jatuh menghentam bumi sehingga manusia dan binatang pupus dan jadi minyak? Sebenarnya pembangkang saje menunggu peluang mengenai isu kenaikkan minyak. Mereka juga tahu faktor kenaikkan harga minyak adalah di luar kawalan. itu lah yang mereka mahukan. bila ada kenaikan harga minyak dunia, negara juga akan terasa bahangnya.

Mereka sengaje menunggu tindakan kerajaan untuk menaikkan harga minyak untuk di jadikan modal politik sempit. Namun sejauh ini kerajaan berjaya menyerap kos kenaikkan minyak. Tapi sampai bila? Pembangkang hanya tau mengkritik dan menghasut rakyat supaya menentang tindakan kerajaan menaikkan harga minyak walau jumlah tersebut sangat kecil di bandingkan di sesetengah negara! jiran y ang mengalami kenaikkan yang lebih tinggi

Pendek kata pembangkang hanya tahu bangkang tapi tak tau nak selesaikan masalah. Lihat saja janji 100 hari buku jinggay perenggan 9. "Naik Royalti minyak 20% kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan". Mereka cuma pakar buat janji.

Pakatan cuba memaksa Petronas memberi royalti sebanyak itu. Apa yang akan berlaku adalah ia akan mengurangkan dividen kepada kerajaan pusat sebanyak RM12.5 billion. Dengan senarai janji-janji Pakatan yang hanya akan menyebabkan kerajaan mengurangkan pendapatan, dan berbelanja lebih, mampukah kerajaan Pakatan memberi royalti sebanyak itu?

Petronas tidak akan berdaya maju lagi sebagai salah sebuah syarikat minyak dari negara membangun yang ulung dalam dunia. Keupayaannya menjadi sangat terhad dan negara akan mengalami kerugian dalam waktu yang singkat dan negara bangkrap cepat!

Yang pasti pembangkang sendiri tak tau macam mana nak cari sumber tenaga baru. Kalau beginilah keadaannya alamat kita kembali ke zaman bercengkerama di bawah limpahan lampu minyak tanah laaa...


Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BERITA HOT DARi FACE BOOK SEORANG USTAZ

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent