Champion League Final Match countdown
kepada peminat2 bolasepak, jangan lupe kunci jam pukul 2.40 pagi nanti. Aksi yang kita tunggu2. Perlawanan akhir liga juara2 di antara Barca menentang Man U secara live di Astro. Kalau sesape yang takde astro di rumah tak geti2 lagi nak lepak kedai mamak!
Pertarungan 2 kelab gergasi eropah yang pasti menjanjikan saingan paling sengit dan mendebarkan. sape di antara mereka yang akan menjulang piala berprestij kejohanan tahun ini akan di tentukan pada awal pagi nanti
kalau tanya pendapat aku sape yang menang nanti, wallahualam. tapi kalau ikut rese hati, Man U ada chan walaupun atas kertas Barca nampak lebih mengancam di semua posisi. Man U hanya perlu mematikan langkah pemain tengah mereka iaitu xavi, dan iniesta di bahagian sayap.
bagaimana pun keseluruhan pemain barca masih boleh melakukan serangan berbahaya kerana mereka mempunyai ramai pemain berskil tinggi. namun Man U bukan pun calang2 pasukan. persembahan mereka setakat ini cukup menakjubkan sehingga mampu menjejakan kaki ke final
Dengan adunan pemain muda dan lama, mereka boleh di anggap sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai edisi kali ini. Tak keterlaluan kalau aku ramalkan Man U bakal muncul sebagai pemenang dengan rooney sebagai salah seorang penjaring >:D
p/s: Barca 1 - Man U 3 and the glory is our! >:D
Comments