TUNGGU LEPAS PRU13 ?
TIPU JANGAN TAK TIPU
nota:
sebab sebab munkin menyebabkan kematian:
- tercekik minum air ketika duduk tepi tingkap
- jatuh kerana di langgar oleh cicak ditepi tingkap
- terjatuh kerana perangai memang suka main atas tingkap
- tingkap berhantu lalu menyerang dan menghumban keluar
- hantu teoh beng hock salah orang
kalau tidak kena bunuh macam mana arwah ini mati?
kah kah kah
MP GESA POLIS JELASKAN SEBAB KEMATIAN SARBANI mkini
Ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad hari ini menggesa polis mengemukakan penjelasan lanjut berhubung sebab kematian pegawai kanan kastam Ahmad Sarbani Mohamed bagi mengelakkan kesangsian bahawa isu berkenaan cuba ditutup.
"Semua orang masih tidak puas hati dengan penjelasan (polis). Bagaimana (Sarbaini) pergi ke SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dengan rela hati untuk berjumpa pegawai penyiasat, tiba-tiba ditemui mati," kata Khalid.
Jelasnya, kesangsian itu timbul memandangkan polis setakat ini hanya menjelaskan bahawa "Sarbaini tidak dibunuh" dan "mati mengejut."
"Banyak lagi persoalan yang pihak polis tidak jawab. Saya nak pertikaikan mengapa dia susah payah (ke SPRM) kalau dia hendak bunuh diri.
"Polis mesti jelaskan apa yang (Sarbaini) hendak ceritakan kepada SPRM sehingga membawa kepada kematiannya," kata Khalid lagi dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.
Jelasnya, isu berkenaan perlu dijelaskan memandangkan balu Sarbaini sendiri telah membuat satu laporan polis berhubung kes kematian itu, berdasarkan satu perbualan dengan salah seorang pegawai kanan SPRM.
KELUARGA : KAMI NAK TAHU APA STATUS KES SARBAINII minisider
Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed mahu polis mendedahkan perkembangan terbaru hasil siasatan kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu dua bulan lalu.
Ini kerana, menurut sumber yang rapat dengan keluarga Ahmad Sarbaini, sehingga kini masih tiada perkembangan, menyebabkan keluarga itu tertanya-tanya status sebenar hasil siasatan tersebut.
Tambah sumber itu, perkembangan terakhir yang diketahui pada 4 Mei lalu di mana kertas siasatan kematian Ahmad Sarbaini akan dihantar semula ke Jabatan Peguam Negara.
Kami nak tahu apa status terkini sekarang, kami tertanya-tanya apa yang berlaku dan perkembangan kes ini.
Saya sendiri tertanya-tanya apa status kes ini sekarang, sebab saya lihat macam tidak ada apa-apa yang berlaku... senyap begitu sahaja, katanya kepada The Malaysian Insider.
Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah dilapor pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.
Bapa lima anak itu meninggal dunia kerana kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh dari bahagian tinggi bangunan SPRM di Jalan Cochrane, 6 April lalu.
Tegas sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini bimbang jika polis masih berdiam diri dalam perkara itu. lama-kelamaan ia akan hilang begitu sahaja.
NOTA:
apa sudah jadi?
berapa lama mahu tunggu?
berapa kali nak main sandiwara
polis hantar laporan laporan pada peguam negara
hakim negara hantar pada polis
polis hantar pada hospital
hospital hantar pada polis
polis hantar pada peguam negara
hakiam neg! ara hant ar sekali lagi pada polis
polis hantar kah kah kah
woit berapa kali mahu pusing pusing da da da da...kah kah kah
nota:
sudden death ialah sistem main bola dalam piala duni
sudden death bermakna pukul mati
siapa kena pukul
dan siapa pulak yang mati kah kah kah
Comments