JANGAN MAKAN HASIL LENDIR ORANG
SIAPA MENGARAP DIA MENUAI
GALAK PETANI USAHA LADANG KONTRAK :NOH OMAR - meloya
TANJONG KARANG 24 Ogos - Para petani digalakkan menyertai program ladang kontrak kendalian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang turut menyediakan pasaran bagi produk tanaman mereka.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar berkata, melalui program itu, mereka juga boleh mendapatkan pembiayaan mikro kredit dengan dana sebanyak RM4 juta yang sebelum ini disalurkan melalui Agrobank.
"Melalui dana tersebut para petani boleh mendapatkan pinjaman maksimum RM50,000 bagi mengusahakan ladang kontrak di kawasan masing-masing dan proses kutipan pembayaran balik akan dikendalikan oleh FAMA.
''Konsep ladang kontrak ini mempunyai prospek yang baik dari segi pemasarannya," katanya.
Noh berkata, bagi memastikan projek ladang kontrak tidak mengalami kerugian, FAMA akan membantu dari segi pemasaran produk selain menggalakkan para petani mengusahakan ladang secara berkelompok.
Terdahulu, pada majlis tersebut, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang menyampaikan wang pendahuluan sebanyak RM1,500 setiap seorang bagi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 96 pelajar dari seluruh kawasan Tanjong Karang.
NOTA:
fahami berita ini
lihat bagaimana gerombolan ingin membebankan
kaum tani dengan hutang
felda hutang
ptptn hutang
sekarang nak berkebun juga hutang
kenapa kaum tani ini tidak diberikan tanah
kenapa mereka perlu diikat dengan hutang
hutang ini akan mengkayakan bank
hutang ini akan mengikat kaum tani ini
hutang ini kan memastikan kaum tani ini tunduk pada gerombolan
dalam sistem ini yang kaya raya! ialah b irokrat fama
ini sama konsepnya dengan birokrat felda
lihat berapa kali peneroka menang dimahkamah
selama ini felda rendahkan grade minyak mereka
sengaja beli sawit dengan harga murah
para birokrat felda dan fama
tak sehari pun turun bertani
tapi bergaji lumayan
yang gaji kuli batak kaum tani
yang berpanas berhujan kaum tani
ini lah contoh ketuanan melayu
inilah contoh melayu tipu melayu!
NOTA:
tanah untuk petani yang tidak bertanah
tanah untuk yang menggarap
siapa mengharap dialah makan
jangan makan atas titik peloh orang lain
siapa bekerja dia yang makan
siapa menanam dia menuai
Comments