Omegay: Mat sabun nak jadi hero komunis baru!..harkk ptuihh!!
KUALA LUMPUR 26 Ogos Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.
Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.
Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Dato Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.
Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.
Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.
Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung, katanya dalam ceramah itu.
Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 F! ebruari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.
Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.
Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak, tuduhnya. - Utusan Malaysiaku sayang
Mat sabun dah tak siuman!...Kalau takde pejuang2 UMNO, polis dan askar2 yang rela mengorbankan diri untuk tanah air dan tanpa bantuan senjata dari pihak luar, boleh ke mat sabun lawan komunis pakai cangkol? Bagaimana dengan mangsa2 korban keganasan komunis yang bukan saje dari kalangan orang melayu atau india malah orang cina sendiri
Kalau Dato Onn tak berbaik2 dengan British, macam mana rakyat nak pertahankan negara dari serangan Jepun. dari mana nak dapatkan hasil nak beli senjata sedangkan negara ketika itu dalam darurat.
Tidak kah mat sabun terfikir negara pada masa tu tengah bergolak. selepas jepun tewas negara di jajah oleh british. Namun Komunis pulak tak sabar nak bebaskan negara apabila Chin Peng memperkenalkan ideologi komunis di tanah melayu. Sudah tentu orang melayu tak sokong kerana bertentangan dengan budaya dan akidah agama islam!. Begitupun pemimpin melayu tak pernah putus asa untuk mendapatkan kemerdekaan dengan cara berdiplomasi di mana akhirnya tercapai juga!
mat sabun sengaje mencetuskan polemik bukit kepong untuk menarik perhatian pengundi cina apabila berjanji untuk mengubah sejarah negara seka! ligus bo leh mencetuskan kemarahan bekas2 pejuang yang masih hidup dan keluarga pejuang2 yang telah gugur di medan pertempuran!.
Mat sabun sanggup memperkecilkan kesetiaan pejuang2 tanah air di sebabkan pas semakin tak di terima oleh orang melayu. taktik mat sabun adalah cuba mengapi2kan sentimen orang melayu sendiri apabila mengaitkan mat indera sebagai pejuang melayu tulen. Adakah dengan membunuh rakyat yang tak berdosa serta tidak menyokong fahaman komunis di anggap sebagai pejuang tulen??
Jadi jalan terbaik pasrael untuk mendapatkan sokongan kaum cina adalah dengan berjanji untuk mengubah sejarah negara dengan mengangkat komunis sebagai hero dan membiarkan keringat dan darah pejuang2 negara yang gugur di buang dari lipatan sejarah begitu saja!...kiwekk la lu mat sabun harkkk ptuihhh!!! >:[
Comments