RAKYAT MULA MELIHAT KEPIMPINAN MUHYIDDIN YANG TEGAS
TUNGGU MASA TERBAIK UTK AMBIL ALIH
GMP SEDIA TURUN KE JALAN JIKA NGO PRO-PPSMI BUAT DEMO - minsider
KUALA LUMPUR, 31 Okt Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) yang pernah mengadakan perhimpunan besar-besaran tiga tahun lalu berhubung dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris bersedia untuk turun semula ke jalan jika ada pihak mengambil tindakan sedemikian menuntut dasar lama dikembalikan.
Semalam, PAGE memberi amaran bahawa Barisan Nasional (BN) akan berhadapan dengan risiko kehilangan undi dalam pilihan raya umum ke-13 jika terus menghalang pelajar daripada mempelajari matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris.
Jika ia (keputusan mengenai PPSMI) adalah bersifat politik, beri kami opsyen PPSMI di sekolah-sekolah rendah dan menengah kebangsaan dan kami akan berikan anda majoriti dua pertiga, yang anda terus menyukarkan kami untuk lakukan.
Jangan biarkan kami beri undi kepada pembangkang, kata Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim dalam satu kenyataan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam.
Noor Azimah berkata PAGE akan menghantar surat rayuan kepada Najib hari ini.
HANYA NOTA PENDEK:
kalau najib ubah
masanya telah sampai
untuk muhyiddin
mengubah najib
Comments