SALUT UNTUK SOSOK YANG BEKATA BENAR
APA YANG DIKATAKAN AZIZ
NOTA:
dalam negara malaysia yang zalim
bercakap benar adalah satu tindakan revolusineer
dalam negara malaysia yang zalim
bercakap benar menjadi satu kesalahan!
PROF AZIZ BARI TERIMA PELURIH , NOTA UGUTAN BUNUH - minisder
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari yang sedang disiasat oleh tiga pihak berhubung kenyataannya tentang titah Sultan Selangor menerima peluru dengan ugutan bunuh hari ini.
Aziz menerima sebutir peluru yang dihantar menerusi sampul surat ke rumahnya di Bandar Baru Selayang dekat sini kira-kira 11.45 pagi tadi.
Saya menerima sampil surat dengan sebutir peluru, dengan nota berkata jangan kurang ajar dengan Sultan, maut nanti, kata Aziz kepada The Malaysian Insider.
Aziz berkata beliau akan berhubung dengan peguamnya untuk tindakan susulan termasuk membuat laporan polis.
Saya ada majlis di Ipoh, saya akan membuat laporan polis nanti... anda boleh menghubungi peguam saya untuk maklumat lanjut, kata beliau yang disiasat oleh pengurusan UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya tentangt titah Sultan Selangor awal bulan ini.
NOTA:
dalam negara yang zalim
bercakap benar adalah satu tindakan revolusiner
apa yang aziz bari nyatakan cukup jelas
megikut perlambagaan negara malaysia
kita rakyat malaysia boleh mengkritik raja dan sultan
perlembagaan ini adalah rujukan untuk kita semua
aziz bari hanya menerangkan hakikat ini kepada orang ramai
ini tugas seorang guru
ini tugas seorang pensyarah
ini tugas seorang ilmuan
ini tugas seorang pemikir
ini tugas seora! ng intel ektual
ini tugas sebgai seorang warga
ini tugas aziz bari sebagai seorang manusia
PENIPU
NOTA:
dalam negara zalim
penipu di hormnati
Comments