BERSIH 3.0 TETAP DI DATARAN MERDEKA!
TURUN JANGAN TIDAK TURUN
KENYATAAN AKHBAR BERSIH 2.0 - 24 APRIL 2012
Malam kelmarin badan-badan NGO yang berpayung dibawah BERSIH 2.0 telah mengadakan mesyuarat tergempar. Mesyuarat ini dengan sebulat suara telah membuat keputusan untuk meneruskan DUDUK BANTAH BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka.
Mesyuarat tergempar ini dipanggil untuk menilai kenyataan Menteri Dalam Negeri yang dikeluarkan pada Ahad 22 April yang lalu. Kenyataan ini telah menawarkan kepada Bersih 2.0 Stadium Merdeka atau Stadium Bukit Jalil sebagai gantian tempat Duduk Bantah.
Dalam masa yang sama Datuk Bandar dengan penuh kontradiksi telah mempelawa Bersih 2.0 untuk menerima Stadium Cheras dan Titiwangsa.
BERSIH 2.0 amat-amat kesal dengan strateji kerajaan yang berulang-ulang menawarkan pelbagai tempat yang berasingan dan memberi jawapan yang bercelaru terhadap rancangan Duduk Bantah. Kenyaatan yang bersimpang siur ini mengingatkan kita semua tentang apa yang telah berlaku tahun lalu. Amat-amat mengecewakan ialah kerajaan hari ini telah gagal untuk bersuara dengan satu nada. Kerajaan telah membenarkan, manakala Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis terus memasang perangkap untuk menggagalkan Duduk Bantah.
Pada 4 April 2012 BERSIH 2.0 telah mengumumkan DUDUK BANTAH yang akan dijalankan di Dataran Merdeka pada 28 April 2012. Pada 16 April 2012 satu surat telah di fax ke DBKL dan pihak polis untuk memberi tahu duduk pekara. Pihak DBKL berkata mereka tidak menerima fax tersebut. Justeru, ini telah disusul dengan surat yang disampaikan dengan tangan kepada DBKL dan polis. Adalah tidak benar apabila Datuk Bandar be! rkata pa da 18 April 2012 bahawa DBKL tidak pernah dihubungi.
Pada 19 April 2012 dan sekali lagi pada 22 April 2012 Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin berkata Duduk Bantah tidak memudaratkan keselamatan negara dan tidak menarik minat orang ramai.
Kelmarin pada 23 April 2012 , polis telah memberikan jawapan menolak penggunaan Dataran Merdeka.
Keputusan BERSIH 2.0 untuk terus ke Dataran Merdeka berasakan pelbagai sebab.
Pertama, Dataran Merdeka boleh didatangi dengan pengangkutan awam seperti LRT ( Masjid Jamek, Pasar Seni) Komuter (KTM station ), Monorail ( Maharajalela) dan bus ( Puduraya, Bangkok Bank dan Pasar Seni). Tidak ada tempat lain diluar pusat kota yang memiliki keselesaan sedemikian.
Kedua, Dataran Merdeka adalah tanda negara bangsa dan kebebasan anak semua bangsa. Dataran ini amat tepat dan sesuai sebagai kawasan umum dimana warga boleh menunjukkan semangat patriotik menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
Ketiga, adalah hak warga negara untuk berhimpun di kawasan awam. Hak untuk berhimpun ini dijamin oleh perlembagaan. Hak ini tidak boleh dijual beli. Duduk Bantah ini adalah gerakan yang berpaksikan warga anak semua bangsa. Ianya bersifat nasional dan juga global. Duduk Bantah tidak mengancam keselamatan negara.
Kami percaya pihak polis akan menjaga keselamatan Duduk Bantah. Kerjasama polis ini terbukti pada 26 Febuarari 2012 di Himpuan Hijau dan pada 18 March 2012 di Wanita Suara Perubahan. Orang awam boleh berhimpuan secara aman jika pihak polis dan majlis tempatan bekerja sama dengan penganjur.
http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/
http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/
!
Comments