Omegay: alahai bersih, lembu dan pak samad >:]


Wajah-wajah politik, anarki dan subversif dalam gerakan BERSIH kini menampakkan diri mereka. Bersih kononnya inginkan keadilan, reformasi dan pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara. Mereka mendakwa pembaharuan dan keadilan dalam sistem pilihan raya hanya akan dapat dicapai dengan mengadakan demontrasi, perhimpunan tanpa permit dan laungan politik atas jalan raya.

Sikap hipokrit penggerak Bersih sangat jelas pada tahun ini. Pada pada tahun lalu mereka mendakwa tidak dapat mengubah tempat kerana kerajaan lambat memaklumkan. Tahun ini kerajaan telah awal-awal lagi memaklumkan agar membuat permohonan menggunakan stadium untuk tunjuk perasaan ini. Sekali lagi mereka yang bertuhankan Anwar bin Ibrahim ini tidak peduli dengan permintaan Polis dan juga kehendak undang-undang.


"shit..wtf am i doing?"

Undang-undang mengenai Perhimpunan Awam telahpun diluluskan di mana pihak yang ingin mengadakan tunjuk perasaan, demontrasi dan apa-apa acara kelucahan sosial (bukan kelucahan seks) boleh diadakan di kawasan-kawasan yang diwartakan. Malahan pihak Polis telah menawarkan lebih awal tempat-tempat tertentu termasuk stadium Merdeka dan stadium Nasional, Bukit Jalil.

Malangnya ini ditolak mentah-mentah oleh BERSIH. Mengapa? Jawapannya mudah kerana mereka mahukan BERSIH menjadi agenda politik Pakatan. Mereka mahukan kekecohan dan konfrontasi bagi merosakkan imej pemerintah dan pasukan Polis. Ini merupakan agenda politik subversif yang matlamat ideologi seperti ini ialah menumbangkan pemerintahan melalui tindakan-tindakan mencabar keutuhan sistem pemerintahan politik dan keselamatan sesuatu masyarakat.

Sepanjang lebih 50 tahun merdeka, sistem pilihan raya di Malaysia sentiasa sahaja melalui perubahan dan proses memantapkan sistem sedia ada. Sejak setahun lalu juga banyak pembaharuan ada yang dituntut oleh BERSIH dan ada yang dicadangkan oleh kerajaan dan orang ramai dilakukan seiring dengan perubahan zaman dan tuntutan rakyat.

BERSIH berhak menuntut apa sahaja yang mereka rasakan betul dan adil dari perspektif mereka. Namun hak mereka untuk menuntut tidak seharusnya ditafsirkan sebagai hak untuk mereka memaksa kerajaan mengikut apa kehendak mereka. Mereka tidak dipilih oleh mana-mana majoriti rakyat untuk menjadi kuasa pemutus dalam pemerintahan negara.

Jika ada 100 ribu orang yang keluar ke jalan raya menyokong mereka pun ia hanyalah sekitar 0.1% daripada jumlah pengundi negara ini. Justeru hak mereka untuk menuntut dan bersuara terhadap sesuatu perkara tidak harus melampau batas tersebut. Tindakan menolak cadangan tempat berhimpun lain, dan berkeras mahu mengadakan perarakan di atas jalan raya dan menunjuk perasaan secara duduk di Dataran Merdeka adalah usaha bersifat provokatif.

Mereka mahu mencabar undang-undang dan pihak keselamatan. Apakah makna, maksud dan tanda yang akan dibaca oleh anak-anak muda jika mereka ini dibenarkan melanggar undang-undang sesuka hati?

Maknanya undang-undang kita tidak laku, tiada kuasa dan tiada kekuatan. Sesiapa sahaja boleh melanggar undang-undang asalkanberselindung di sebalik nama hak asasi, demokrasi dan keadilan. Seolah-olah keadilan hanya untuk mereka yang melanggar undang-undang, manakala rakyat biasa yang mahukan keamanan, kemakmuran dan kestabilan tidak penting.

Keenganan penganjur BERSIH mematuhi saranan Polis dan mendapat permit perhimpunan menunjukkan terdapat usaha! -usaha m enghasut orang ramai melanggar undang-undang negara. Mengapa sehingga kini tiada seorang pun yang menghasut orang ramai melanggar undang-undang ini diambil tindakan oleh pihak Polis? Adakah tiada peruntukan undang-undang untuk Polis mengambil tindakan ke atas mereka yang jelas menghasut satu keadaan anarki dan pelanggaran undang-undang?

Polis tidak boleh menunggu sehingga kekacauan tercetus untuk bertindak. Seingat penulis Akta Hasutan belum dimansuhkan!

Sungguhpun dipimpin oleh Sasterawan Negara berjanggut putih yang kelihatan waras akal fikir dan kuat pegangan agama, namun nyata BERSIH dikuasai tuntutan hawa nafsu serakah untuk mencetuskan kekacauan, kebimbangan dan ketidaktenteraman awam.

Tan Sri A Samad Said mungkin ada kekecewaan dan terkilan dihati ke atas kerajaan. Namun membenarkan diri beliau menjadi boneka dan pepatung politik Pakatan sungguh menyedihkan. Bagaimanakah seorang Sasterawan Negara yang selama ini dianggap mempunyai nilai intelektual dan pemikiran yang mengkagumkan membiarkan dirinya dilacurkan oleh Ambiga.

Pak Samad membenarkan dirinya dipergunakan oleh dalang bernama Ambiga yang terkenal dengan sikap yang mencabar sempadan-sempadan agama Islam dan budaya Melayu melalui gerakan Merdeka Seksualiti.

Justeru A. Samad Said yang sebelum ini terawang-awang dengan Salina dan Lantai T Pinkie, mencari jalan pulang bersama Hujan Pagi, Daerah Zeni dan Sungai Mengalir Lesu, akhirnya dikatakan menemui Tuhan menerusi Al-Amin tiba-tiba menjadi alat kepada kumpulan borjuis politik.

Dengan menjadi pemimpin utama BERSIH 3.0, Pak Samad membenarkan dirinya menjadi alat politik Anwar Ibrahim dan alat pemecah bentang-benteng Islam oleh Ambiga. Pak Samad boleh berhujah apa sahaja mempertahankan sokongan ! dan pemb abitan aktif beliau terhadap BERSIH. Namun hakikatnya, perjuangan BERSIH bukan perjuangan manusiawi Pak Samad selama ini.

BERSIH bukan perjuangan rakyat seperti yang mereka mahu gembar-gemburkan. Setiap kali pilihan raya jutaan rakyat keluar membuang undi. Yang memprotes dan membuat tuduhan pilihan raya penuh penipuan hanyalah kumpulan borjuis politik yang KALAH! Ini lumrah bukan sahaja dalam politik malah dalam apa jua pertarungan dan permainan sejak wujudnya Adam dan Hawa.

BERSIH hanyalah perjuangan borjuis politik sebagai alat untuk melemahkan institusi kerajaan sedia ada bagi menjatuhkan parti pemerintah. Malang sekali Pak Samad membenarkan dirinya menjadi alat politik ini.

Mungkin sudah tiba masanya Pak Samad bermuhasabah diri dan mencari jalan pulang! - mykmu

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE