KITA SEMUA WAJIB PEDULI
BERSEDIA UNTUK MELAWAN
nota:
anak anak muda
di tujuh buah
kampong ini
wajib mula bersedia
mengumpul kekuatan !
KAMPONG WARISAN : MUFAKAT KESAL SIKAP DBKL harakah dailly
Majlis Permuafakatan Perkampungan Tradisi Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Muafakat) kesal dengan sikap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang masih enggan memenuhi tuntutan mereka untuk mengisytiharkan Kampung Padang Balang dan 6 kampung lain di sekitarnya, di sini, sebagai Perkampungan Melayu Warisan
.
Pengerusi Muafakat, Ishak Surin menegaskan, pengisytiharan Perkampungan Melayu Warisan ke atas 7 buah kampung terbabit amat penting bagi menyelamatkan perkampungan tersebut dari menjadi mangsa perlaksanaan Pelan DBKL 2020 yang akan menghakis tanah rezab Melayu di kawasan itu.
Menurut beliau, selain itu, ia juga bertujuan untuk menyelamatkan warisan Melayu dari terus terhakis sekiranya pelan DBKL 2020 dilaksanakan di kawasan itu.
"Sekiranya Pelan DBKL 2020 dilaksanakan di perkampungan kami ini, tanah-tanah rezab Melayu di kawasan ini bukan sekadar hilang dari pemilikan Melayu, tetapi kawasan ini juga akan bertukar menjadi pusat pembangunan komersial yang sekali gus akan menghilangkan identiti Melayu seratus peratus.
nota:
tujuh buah kampong asal kuala lumpur
150 tahun seratus lima puluh tahun
150 tahun diteroka ketika kuala lumpur di teroka
150 tahun ada lah sejarah bangsa
150 tahu ada warisan anak semua bangsa
150 tahun adalah hak kita
tujuh buah kampong ini akan dirembat cukong
akan di paksa untuk di rampas
oleh para cukong yang sedang meleleh air liur
anak anak muda
warga kota
warga yang sedar
warga yang jujur
warga yang prihatian
warga yang peduli
bersedialah!
Comments