MAHASISWA TOLAK THIRD FORCE
ANAK MUDA BAGUN MELAWAN !
KENYATAAN MEDIA :PENGLIBATAN SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM) DI DALAM MCLM DAN PILIHANRAYA UMUM.
1. Mutakhir ini suara-suara kuasa ketiga begitu lantang berkumandang dengan semakin hampirnya Pilihanraya Umum ke-13.
2. Terhebat adalah sebuah gerakan bernama Malaysian Civil Liberties Movement (ringkasnya MCLM).
3. Ada juga perkhabaran yang mendesak dan mencadang supaya mahasiswa turut mengambil bahagian secara terus bersama barisan calon-calon MCLM di dalam Pilihanraya Umum akan datang.
4. Solidariti Mahasiswa Malaysia telah berbincang dan memutuskan bahawa SMM tidak akan terlibat dengan MCLM dalam menyediakan calon dari kalangan Mahasiswa untuk bertanding dalam Pilihanraya Umum.
5. SMM juga telah sepakat atas kesedaran bahawa dalam menuju sistem dua parti gabungan; untuk berpendirian bahawa pertandingan tiga penjuru adalah sebuah pertandingan yang merugikan perjuangan memulihkan demokrasi, hak asasi manusia, menegakkan keadilan dan membela nasib rakyat.
6. SMM juga berpendapat bahawa keputusan secara kolektif tidak akan dapat dicapai dalam sebuah kumpulan yang tidak terikat dalam organisasi terurus. Demikian 30 calon MCLM tidak punya upaya untuk mencapai konsensus bersama dalam hal-hal penting melibatkan negara, agama, demokrasi apatah lagi jalur fikir ekonomi.
7. SMM menyedari hakikat bahawa makna politik itu bukan hanya sebuah perlawanan. Kompromi, desak dan gesa juga adalah sebahagian daripada politik. Justeru SMM tidak semestinya ikut serta dalam perlawanan dalam Pilihanraya Umum.
8. Bagi Mahasiswa, bertanding dalam Pilihanraya Umum bukanlah suatu prioriti. Apa yang lebih penting ialah menyedarkan rakyat tentang hak mereka, menyuarakan hasrat dan kepen! tingan m asyarakat utk kesejahteraan semua.
9. Fungsi Mahasiswa sebagai suara ketiga tidak semestinya ikut bertanding dalam Pilihanraya, malah jauh lebih penting dari sekadar menjadi legislator di Parlimen ialah untuk terus menjadi suara yang terkecuali dari politik struktur dan permainan kuasa.
10. Justeru SMM masih belum punya hasrat serta mengadakan perbincangan untuk menghantar calon untuk bersama MCLM dalam menghadapi Pilihanraya Umum akan datang.
Sekian, terima kaseh.
Hilman Idham
Solidariti Mahasiswa Malaysia
29 Disember 2010
Comments