PEROGOL TELAH DI TANGKAP !
TENGOK DAN LIHAT
nota:
tengok dan lihat
ada muka ketua menteri tak?
tengok dan lihat
ada muka menteri tak?
tengok dan lihat
ada kenal sesiapa?
kah kah kah
PENGAWAL PERIBADI ROGOL ADIK IPAR DIPENJARA 12 TAHUAN 2 SEBAT - mStar
Seorang pengawal peribadi yang menggunakan pistol bagi menakutkan adik ipar sebelum merogolnya menerima pembalasannya apabila dihukum penjara 12 tahun bermula Jumaat, dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat.
Hakim Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh yang berusia 34 tahun itu selepas berpuas hati pembelaannya gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan.
Yong Zarida juga memerintahkan tertuduh untuk menjelaskan denda RM300 atau berhadapan dengan penjara sebulan penjara, bagi tuduhan memiliki gari.
Tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 25 tahun ketika isterinya yang bekerja sebagai kakitangan awam keluar daerah pada antara pukul 5 dan 7.20 pagi, 22 Mei 2005.
Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Dia juga didakwa memiliki gari pada masa dan waktu yang sama. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 89(a) Akta Polis yang boleh dihukum di bawah Seksyen 94 akta sama.
Keterangan pada perbicaraan menyatakan, tertuduh telah merentap seluar sukan yang dipakai mangsa dan menakutkan wanita tersebut dengan sepucuk pistol.
Pada usaha untuk mengurangkan hukuman, peguam Badrul Munir Bukhari memohon supaya mahkamah mempertimbangkan faktor bahawa tertuduh menanggung keluarga, termasuk tiga orang anak.
Selepas kejadian, tertuduh telah bekerja sebagai secara sambilan di kelab malam dengan pendapatan RM500 sebulan! , selain bekerja sebagai call man yang menerima komisen mengikut kemalangan yang dihubunginya.
Tertuduh juga membantu seorang rakan yang berniaga di pasar tani dengan pendapatan sebulan RM200, katanya dan menambah tertuduh telah insaf dengan kesalahan yang dilakukan.
Timbalan Pendakwa Raya Aimi Syazwani Sarmin bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana perbuatannya telah menyebabkan mangsa mengalami trauma.
Sebagai abang ipar yang menjadi sebahagian daripada keluarga, tertuduh seharusnya menjadi pelindung dan orang yang dipercayai mangsa, tetapi telah bertindak sepatutnya.
Kesalahan ini akan menyebabkan masyarakat beranggapan tidak lagi selamat berada di kalangan keluarga sendiri, tambahnya yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Norbaya Jamil.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
nota:
hanya orang biasa
hanya orang kampong
hanya orang miskin
kalau merogol
akan di tangkap
kalau ketua menteri
kalau menteri
kalau gedebe gerombolan
semua traaaaak !
Comments