ADA APA PADA NAMA
KOMENTAR TUKAR TIUB
kita hormati ngo
kita menyokong gerak kerja ngo
setuju atau tidak setuju
dengan dasar ngo bukan soal
cuma nak beri satu cadangan
kepada ngo gabungan malaysia
menuntut kerakyatan ditarik bukan isu
sebelum membuat tuntutan ini
sila lakukan ini:
1 - pergi mahkamah
2 - buat akuan besumpah
3 - lucutkan nama setiausaha ini
4 - atau ganti dengan pemimpin yang namanya cool
nama yang sekarang ini tidak akan dapat
meyakinkan pejuangan suci ngo ini
nama ini menjadikan satu melaysia
untuk ketawa kah kah kah
kalau nama ini mat punai pun agak baik
mat cipap pun agak okay
yang ini satu malaysia ketawa
kah kah kah
INI BUKAN NGO - INI KAWAN SHARIZAT

NGO GESA LUCUT KERAKYATAN - meloya
KUALA LUMPUR 18 Mei - Tindakan pihak polis membuka kertas siasatan (IP) terhadap Pengarah Eksekutif Tenaganita Irene Fernandez disifatkan sebagai satu usaha yang wajar dilakukan.
Malah pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpendapat, usaha itu perlu dilakukan segera bagi membendung gejala yang tidak sihat daripada terus mempengaruhi rakyat negara ini.
Setiausaha Gabungan NGO Malaysia, Mohd. Jurit Ramli berkata, kerakyatan Irene wajar dilucutkan kerana sikapnya tidak langsung melambangkan seorang rakyat yang bertanggungjawab.
Kerajaan harus memandang serius perkara ini, kita memerlukan satu tindakan tegas terhadap Irene kerana kenyataannya boleh memberi kesempatan kepada pihak-pihak lain.
Justeru, beliau harus dilucut kerakyatannya atau disekat masuk ke Malaysia," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas menge! nai pemb ukaan IP terhadap Irene yang didakwa berterusan memburuk-burukkan dan memfitnah negara berhubung isu tenaga kerja asing.
Irene patut malu menjadi seorang pemimpin NGO kerana mempunyai agenda tertentu untuk memberi gambaran buruk terhadap Malaysia.
Orang seperti ini tidak akan mengharumkan nama negara tetapi sekadar membuat kenyataan mahu mencari publisiti," katanya.
NOTA:
cuba siasat
dan cari cerita malaon ini
ketika zaman sekolah dulu
pasti malaon ini menjadi bahan lawak
kah kah kah
lagu lagu punk rock dan counter culture di radio bangsar utama:

Comments