Omegay: Roonie gengster beli Compactor ke Buspactor??


Pembelian Compacter Sampah Oleh Kerajaan Negeri Selangor Langgar Undang-Undang
21/05/2012 | Filed under: Kolum Panas | Posted by: Don Juan Pablo
Beberapa orang rakan dari MPK memaklumkan bahawa lawatan Ronnie Liu ke Xiamen, China pada 24 April lalu adalah untuk melihat lori compacter sampah yang akan dibeli bagi kegunaan MPK dan beberapa PBT lain di Selangor.

Mereka mendakwa pembelian tersebut dibuat menerusi Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) iaitu anak syarikat Kerajaan Negeri melalui salah satu anak syarikat sampah mereka iaitu HEBAT ABADI.

Adalah difahamkan sebanyak 50 buah lori akan dibeli dari China secara Completely Knocked Down (CKD) dengan anggaran kos RM10 juta. Pembelian tersebut diselaraskan oleh KDEB dengan bantuan Acmar Holdings Sdn. Bhd. (diterajui oleh Dato Stephen Tee) yang berpangkalan di Bandar Baru Kelang.

Sumber dari MPK turut melaporkan bahawa proses pemasangan badan lori tersebut dibuat oleh Syarikat Intercoach Sdn. Bhd. di kilang mereka di Batu 17, Rawang, Selangor bermula akhir bulan Mei lalu, Adalah dilaporkan juga bahawa Syarikat Intercoach adalah syarikat yang memasang beratus-ratus buah badan bas untuk kegunaan Syarikat Prasarana Negara.

Isu yang hendak dibangkitkan ialah berlakunya perlanggaran undang-undang melibatkan proses pemasangan lori-lori ini. Ini kerana, menurut sumber-sumber, Syarikat Intercoach hanya mempunyai lesen untuk memasang badan-badan bas sahaja.

Bagaimana pula pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI) boleh benarkan mereka memasang lori compacter untuk kegunaan Kerajaan Negeri Selangor?

Sejak bila pula Agensi Kerajaan Persekutuan! begitu prihatin untuk membantu Kerajaan Negeri Selangor?

Atau sebenarnya, ada HANTU BESAR dalam Agensi Kerajaan Persekutuan yang makan komisyen dan melanggar peraturan dengan sengaja dengan tanggapan, kuasa yang ada pada mereka, akan dapat MENYEMBUNYIKAN skandal ini sehingga BAS BOLEH BERTUKAR JADI LORI COMPACTER? - Sel13

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BERITA HOT DARi FACE BOOK SEORANG USTAZ

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent