BIK MAMA PUNK ROCKER
PUNK ROCKER KETAT SENDAT
PERNIAGAAN PUNK MELONJAK NAIK
Fesyen Terbaru Rosmah Lonjak Jualan Gelang Spike Stud KUALA LUMPUR: Siapa sangka gelang spike stud yang dipakai Datin Paduka Seri Dr. Hajjah Rosmah Binti Mansor semasa di London baru-baru mencetuskan fenomena di Malaysia. Permintaan gelang spike stud telah meningkat sebanyak 800% hanya dalam tempoh seminggu menyebabkan pengedar terpaksa mengimport stok dari luar negara.
Seorang pengedar utama gelang spike stud, Encik DC Mizal ketika ditemui berkata, keuntungan perniagaan berliau meningkat berkali ganda sejak fenomena ini tercetus. Dalam tempoh lima hari sahaja keuntungan yang diraih mencecah RM10,000 sehari berbanding RM1,000 sebulan sebelum ini.
"Selalunya jualan spike stud kami naik di penghujung bulan Disember semasa konsert sambutan Hari Krismas dan tahun baru. Tahun ini keajaiban berlaku dan jualan kami untung banyak. Terima kasih kepada Datin 1Malaysia," tuturnya. Encik DC Mizal juga menambah model yang popular yang diminati pembeli adalah jenis cone spikes dan golden dome studs. Salah seorang pembeli Puan Rohaya Ali yang ketika ditemuramah pula melahirkan sedikit kekecewaan.
"Sepatutnya trend ini berlangsung semasa Perhimpunan UMNO ke-66 lalu. Bolehlah kami menggayakan fesyen yang terbaru ini bersama kawan-kawan," katanya. Walaupun begitu Puan Rohaya yang juga ahli wanita UMNO cawangan Kuala Lipis telah membeli lima gelang spike stud untuk persediaan pada pilihanraya ke-13 akan datang.
Datin Paduka Seri Dr. Hajjah Rosmah menggayakan beberapa gelang spike stud yang diserikan dengan jaket kulit Gucci semasa menemani Datuk Seri Najib Tun Razak untuk sesi "Sepetang Bersama Perdana Men! teri" di London pada 14 Mei lalu. Sumber: beritamangga.blogspot.com
By Anonymous on AL- KESAH TERSEBUTLAH KESAH on 5/23/12
layari rabu sekarang untuk punk rock:
Comments