BACA INI UNTUK TAHU PENIPUAN SPR
BARUA DAN JENTERA DAULAH
Saya wajib menerangkan SuruhanjayaPilihan Raya (SPR) sebagai jentera daulah. Ini kerana lembaga ini sedangmemainkan peranan yang amat penting untuk masa depan kita semua. SPR diwujudkanoleh Parlimen. Dari segi perlembagaan SPR seharusnya tunduk kepada parlimen. MengikutParlimen SPR ialah satu lembaga bebasdari kuasa eksekutif. Tetapi ini tidak berlaku. SPR hari ini telah menjadi barua paling setia kepadaUnited Malays National Organisation.
Saya juga wajib menerangkan kepada orang ramai tentang apaitu lembaga kepolisan - PDRM. Lembaga ini seharusnya bertugas untuk menjaga keamanan orang ramai. Tetapi ini tidakberlaku. Polis kita hari ini telah menjadibarua kepada United Malays National Organisation.
Saya juga wajib menerangkan tentang lembaga kehakiman - mahkamah dan Peguam Negara. Lembaga kehakimanini wajib bergerak bebas berasaskan Perlembagaan dan undang-undang yang telahdiluluskan oleh Parlimen. Tugas lembaga ini ialah untuk menjamin kepentingan orang ramai. Tetapihakikatnya hari ini lembaga kehakiman juga telah menjadi barua kepada United MalayaNational Organisation.
Apa itu barua? Barua ini adalah satu kon! sep yang memilikipelbagai makna. Secara jenerik barua ialah orang persaorangan atau kumpulan orang. Barua lebih rendah tahapnya dari seorang perkerja yang membuat kerja untuk mendapat upah. Barua ini lebih rendahtahapnya dari macai, ghurka atau hamba. Ini kerana barua ini tidak memilikinilai dan harga diri. Ciri-ciri yang amat menonjol yang dimiliki oleh barua ialah kebijaksaan Sang Barua membodek.
Saya wajib juga menerangkanapa itu daulah. Dan apa itu lembaga daulah.Jika kita memahami daulah dan lembaga daulah maka kita akan memahamidengan jelas apa itu barua. Danbagaimana barua muncul dan bergerak dalam daulah.
Daulah ialah perkataanArab yang telah diMelayukan. Dalam bahasa Inggeris daulah ialahstate atau negara. Negara yang dimaksudkan disini bukan Negara Malaysiatetapi struktur, simbol dan lembaga-lembagayang mewujudkan kelahiran sesebuah negara.
Negara wujud dengan adanya jentera negara atau jenteradaulah. Parlimen, Polis, Mahkamah, SPR, Badan Kehakiman atau Tentera adalah lembaga yang bergerak sebagaijentera-jentera daulah. Lembaga danjentera-jentera inilah yang mewujudkan negara Malaysia. Tanpa jentera-jenteraini Malaysia tidak akan wujud.
Parlimen adalah badan yang mewujudkan jentera atau lembagaini. Tujuan mewujudkan lembaga daulah ialah untuk memastikan kepentingan orangramai kepentingan awam - didahulukan dari kepentingan individu. Stateatau daulah wajib menjalankan dasar untuk kepentingan umum bukan kepentinganindividu atau satu kumpulan kecil. Inifalsafah daulah yang tidak berganjaksama ada di Timur, di Barat, Utara atauSelatan.
Hari ini di Malaysia semua jentera daulah yan! gsepatut nya menjalankan tugas untukmenjaga kepentingan orang ramai telah menjadi barua kepada United MalaysNational Organisation. Lembaga-lembaga ini dikendalikan oleh individu-individu. Individu yangmengendalikan lembaga-lembaga ini seharusnya sosok-sosok yang berwibawa, cekap,berilmu dan memiliki ketrampilan moral. Ini kerana sosok-sosok ini menjalankankewajiban yang maha berat untuk memastikan kepentingan orang ramai didahulukan. Ini tidak berlaku.
Orang ramai akan bertanya bagaimana lembaga-lembaga daulahdan jentera daulah ini dapat dijadikanbarua oleh United Malays National Organisation. Bukankah semua ini wajib dipantauoleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara?
Sebenarnya menjadikan lembaga-lembaga ini sebagai barua bukansatu yang susah. Ini amat senang untuk difahami dan senang dilakukan. Dalam zaman Mahathir Anak Lelaki IskandarKutty teknik untuk melahirkan barua initelah menjadi satu seni.
Mahathir cukup senang dengan sesiapa sahaja yang memilikimasalah. Megat Joned yang terlibat dalamkes bunuh pemilik kedai video terus menjadi barua Mahathir yang setia. Rahim Tambi Chik dengan kes rogol jugamenjadi barua yang setia. Kuncinya ialah semua Sang Barua yang bekerja denganMahathir adalah sosok yang bermasalah. Sosokyang mengamalkan rasuah. Sosok yang berhutang. Lagi banyak beban dipikul lagisetia Sang Barua ini.
Teknik yang sama juga telah menobatkan lembaga kehakiman sebagai barua kepada United Malays NationalOrganisation. Awalan sejarah lembagakehakiman Malaysia ini amat dihormati kerana lembaga ini bebas dan berwibawa.Tetapi Anak Lelaki Iskandar Kutty telah mengubah semua ini. Justeru, muncul watak yang be! rnama Yu ssof Chin. Muncul V.K Lingam. Teknik ini diteruskan oleh Najibuntuk melahirklan watak paling baru bernamaTan Sri Cecil Abraham. Lagi banyakrahsia gelap yang dimiliki oleh sosok-sosok ini lagi layak untuk dilantikuntuk menjadi barua.
Adalah rahsia umumbahawa ada diantara hakim-hakim iniboleh didangdut . Mereka di dangdut oleh Towkay Ayam, oleh Towkay lendir, oleh Towkay Judi atau oleh Towkay Dadah.Perangai suka berdangdut ini telahmenjalar dari mahkamah rendah hingga kemahkamah tinggi. Apakah ini tidak diketahui oleh Peguam Negara? Kah kah kah.Peguam Negara juga ialah kaki dang dut paling top.
Pekara yang sama juga berlaku kepada lembaga kepolisan.Lembaga ini bukan hanya suka berdangdut malah banyak pegawai lembaga initelah menjadi pemilik kelab dang dut.Polis di Malaysia yang pada satu ketika dahulu amat dihormati dengan moto sedia berkhidmat kini telah berjaya dijadikan Sang Barua oleh Anak LelakiIskandar Kutty.
Saya menulis tentang SPR, Polis dan Kehakiman ini kerana semakin dekat PRU13 semakin jelas dilihat kebaruaan lembaga-lembaga ini. Sayaperhatikan dengan rapi bagaimana pihak polis telah dibaruakan ketahap gaban. Laporan kepada pihak polistentang jenayah yang jelas dilakukan oleh penyokong United Malays NationalOrganisation telah tidak dipedulikan.Serangan demi serangan menimpa penyokong Pakatan Rakyat telahdibakul sampahkan.
Tetapi dengan cergas sekali lembaga polis akan bertindakterhadap Tian Chua, meyerbu pejabatSuara Keadilan, menangkap Mat Sabu atau CiGu Bard. Sikap cergas ini menampakkan kepada umum bahawa polis hari ini ialahbarua United Malays National Organisation.
! Polis ya ng bertindak untuk menangkap Tian Chua atau Mat Sabuini dengan cekap menghantar tuduhan ke mahkamah. Sekali lagi orang ramaimelihat bagaimana mahkamah telahdijadikan barua. Saya bukan bercakapkosong. Bukti kebaruaan mahkamah ini tertonjol dalam kes pembunuhan Altantuya.
Dalam kes pembunuhan Altantuya yang paling menonjol ialah apabilaMahkamah, Hakim dan Pendakwa tidak bertanya kepada Sirul atau Azilah siapa yangmengupah mereka. Ini kerana Sirul dan Azilah dalam Akuan Bersumpah telahmengatakan bahawa mereka membuat kerjabunuh kerana makan upah.
Kes Altantuya ini telah membebaskan Razak Baginda dari terlibat. Kebaruaan mahkamah jelasapabila Pendakwa tidak pula pula membuat rayuan untuk Razak Baginda. Biasanyadalam kes bunuh pasti akan ada rayuan untuk ulang bicara. Bayangkan dalam Kes 7Pelajar Berdemo dan Kes 4 Siswa UKM bukan saja mahkamah merayu malah hingga hariini kes masih berjalan. Jika ini bukan kerja barua maka Rosmah Mansor masih anak dara suntiyang langsing dan ramping.
Akhirnya kita sampai ke pada SPR. Lembaga ini adalah barua totok yang akanmenipu untuk memastikan tuannya United Malays National Organisation menangdalam PRU13. Sebagai bukti - semakanKerajaan Selangor di Bestari Jaya Utara mendapati kawasan yang mempunyai pendudukseramai 1,788 itu mempunyai pengundi seramai 3,589 orang. Kawasan Ijok pulayang diwakili Menteri Besar, KhalidIbrahim, turut mencatatkan penambahan seramai 721 pengundi baru yang tidakdapat dikenalpasti. Pengundi lebih ramai dari penduduk. Bila dilaporkan - SPR telah tidak mempedulikan kes Ijok ini.
Di Pandamaran lebih 3 ribu pengundi telah kehilangan nama mereka dalam daftarm! engundi. Lebih dari 5 ribu nama pengundi yang disangsikan telah ditemui. Keskehilangan nama pengundi dan pengundiyang disangsikan ini telah di bawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. Mahkamah telah menolak permohonan YB Charles Santiago untuk semakan daftar pengundi walaupundibekalkan bukti yang jelas. Justeru , daftarpenuh penipuan ini akan digunakandalam PRU13.
Apa yang jelas ialah lembaga dan jentera daulah ini semuanya telah dan sedang dijadikan barua oleh United Malays NationalOrgansiatiomn. SPR, Polis, Jabatan Pendaftaran Negara dan Mahkamah kini sedangberkerjasama. Sebagai barua yang setiakepada tuannya lembaga-lembaga ini sedang bekerja keras siang dan malam untukmemastikan Pakatan Rakyat kalah dalamPRU13 ini.
Lembaga-lembaga daulah ini sedang menjadi benteng dan tembok untukmempertahankan Parti Ketuanan Melayu dari ditenggelamkan oleh ombak rakyat.Sosok-sosok yang mengendalikan SPR Pengerusi dan Pegawai sedar bahawa sokongan rakyat menyebelahi Pakatan Rakyat. Ketua Hakim Negara dan kuncu-kucunya tahu bahawa tarikh lupus kuasatelah lama sampai. Malah Pegawai Polisyang berpangkat sedar bahawa United Malays National Organisation akandihumbankan oleh rakyat.
Justeru semua sosok-sosok yang menjadi barua ini sedar apa akan terjadi kepada mereka. Ada yang telah bersedia untuk pindahke luar negara. Ada yang secara senyap-senyap telah membeli insuran denganPakatan Rakyat saperti yang telah dilakukan olehHitam dan Musa Hasan.
Tetapi masih ada satu kumpulan kecil yang masih berdegil.Sang Barua ini cuba mengviagrakanUnited Malays National Organisation yangsemakin lembik. Untuk Sang Barua ini saya nasehatkan sila minta dari Le! bai Goog le satu gambar klasik. Gambar klasik ini ialah gambarhelikopter diatas Kedutaan Amerika pada 30 April 1975. Ini adalah hari Saigonditawan hari kuasa imperialis Amerika kalah dalam Perang Vietnam. (TT)
ANAK MUDA
BERSEDIA!
BERSEDIA!
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila pukul talipon:
03-92-21-40-45
GAMBAR KLASIK
30 APRIL 1975
BARUA BARUA KERAJAAN LAMA VIETNAM
PEGAWAI KERAJAAN
PEGAWAI SPR VIETNAM
POLIS DAN MATA MATA
PEGUAM DAN HAKIM
BARUA AMERIKA
AJEN AJEN AMERIKA
CUBA MELARIKAN DIRI
MASUK KE DALAM KAWASAN KEDUTAAN AMERIKA
-----------
Comments