Omegay: lepas berdolak dalik kini anuwar sahkan kalimah allah bley di guna oleh agama lain...
Anwar terus rahsia calon Parlimen JB, akui ia kubu kuat UMNO
Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
JOHOR BAHRU 24 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih bermain teka-teki tentang calon yang bakal mewakili pakatan pembangkang bagi merebut kerusi Parlimen Johor Bahru pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Dalam ceramah Parti Keadilan Rakyat (PKR) di padang awam Kampung Melayu Majidee, di sini malam tadi, beliau hanya mengulangi retorik ucapan tanpa membuat pengumuman yang dijanjikan pada program ceramah pembangkang di Pasir Gudang pada 18 Mac lalu.
Bagaimanapun beliau mengakui, Parlimen Johor Bahru adalah kubu kuat UMNO, oleh itu pakatan pembangkang perlu bersabar dalam usaha mereka untuk cuba merampas kerusi yang kini dipegang oleh tokoh Barisan Nasional (BN) Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
"Johor Bahru, semua orang beri tahu susah, sebab ini kubu kuat UMNO tetapi rakyat ramai dan kita nak bangkitkan kesedaran rakyat," katanya kepada kira-kira 2,000 pengunjung yang hadir di tapak ceramah yang terletak berdekatan dengan kawasan perniagaan tersebut.
Yang turut hadir adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Dr. Boo Cheng Hau; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Ketua PKR Cabang Johor Bahru, Tan Poh Lai.
Dalam program ceramah di Taman Megah Ria, Pasir Gudang pada Isnin lalu, Anwar memberitahu, beliau akan mengumumkan calon pakatan pembangkang untuk Parlimen Johor Bahru selepas mengesahkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan bertanding di Gelang Patah dan meninggalkan kerusi Parlimen Ipoh Timur, Perak.
Anwar pada ceramah kali ini pula menyatakan pengumuman yang dibuat beliau adalah satu penghargaan kepada dirinya kerana Kit Sian! g merupa kan tokoh dari sebuah parti majoriti Cina dan menafikan DAP mahu menawan Johor.
"Kit Siang adalah tokoh besar dalam DAP dan beliau keluar dari kawasan selamat di Ipoh Timur untuk datang bertanding di Gelang Patah. Saya akui ada kontroversi sedikit tetapi kita ambil kira pengorbanannya," katanya lagi.
Anwar juga memberitahu, sudah memaafkan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad kerana pembangkang mengamalkan politik kasih sayang dan menasihatkan penyokong pembangkang agar tidak berdendam dengan tindakan yang dikenakan terhadapnya sebelum ini.
Tambahnya, pihak pembangkang tidak takut dengan sebarang tindakan daripada UMNO malah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) juga tidak akan mampu menghalang kebangkitan rakyat pada PRU-13 nanti.
"Kini isu paling besar yang digunakan adalah kita ini (pembangkang) sudah tidak Melayu lagi. Pas, Tok Guru Nik Aziz pun dah tolak ansur banyak sangat dah... Allah pun dah bagi kepada Kristian, mereka kata Tok Guru Hadi Awang pula tak berapa nak faham Islam," katanya. - UTUSAN ONLINE
kehkehkeh akhirnye anwar akui bahwa dia dan murshitdol hampas dengan bangga dan rela hati menyerahkan kalimah allah untuk di pergunakan oleh agama lain..ini ler jalan terakhir anuwar nak rebut johor dari tgn bn!
Comments