SATU LAGI ANALISA TENTANG SANDIWARA AL-LAHAD DATU
CUI BONO SIAPA UNTUNG?
Minggu ini saya memperkenalkan satu ayat dalam bahasa Latin Cui bono siapa untung. Ayat ini mucul di kota Rom dalam tahun 1604. Hari ini ayat ini sedangdigunakan oleh FBI, CIA, Mossad, MI5,MI6 atau FSB badan risik yang menggantikan KGB di Rusia.Ayat ini menjadi kunci untuk apa sahaja bentuk siasatan intel, jenayah dananalisa politik.Cui bono siapa untung - adalah teknik dan cara untuk menjalankansiasatan. Kalau FBI di Amerika membuat siasatan keatas Mafia pembawa dadah atau kartel dadah dari Colombia maka Cui bono ini adalah Al-Fatihahpembuka surah. Semua badan risikan dan polis dalam dunia iani akan menggunakan cuibono kecuali polis Malaysia dalam kes pembunuhan Altantuya.
Cui bono atau siapa untung ini dijadikan mantra. Apa sahaja tindak tanduk manusia semuanyaberasaskan cui bono. Gadis Iran membawa dadah ke Malaysia untuk mendapat untungringgit dan dolar. Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty memadamkan Anak Lelaki untuk kelentong orang Melayu. Sangkaran Pillaimenukar nama menjadi Chandra Muzaffar untuk tipu Melayu. Justeru manusia akan melakukanapa sahaja untuk keuntungan diri. Dengan ini jika kita mengkaji dan melakukan siasatan maka cui bono ini adalah kunci.
Satelah memahami apa itu cui bono maka saya buka kembali analisaterhadap apa saya panggil Sandiwara Al-Lahad Datu. Saya cukup yakin apa yangberlaku di Lahad Datu semuanya ! adalah s andiwara. Kenapa saya berani berkata sademikian?Jawabnya cukup senang : cui bono siapa untung.
Sebelum kita meneliti keuntungan itu biar saya bogelkanbeberapa fakta lawak. Kita diberitahusatu gerombolan 100 orang warga Sulu yang lengkap bersenjata telah masuk keLahad Datu. Bagaimana warga Sulu ini datang tidak jelas.
Kemudian akhabar dan mediamilik United Malays National Organisation mula. memuntah berita-beritalawak lagi bodoh. Jumlah 100 orang menjadi 40. Kenapa demikian tidak jelas.Wartawan dalam dan luar negara TIDAK dibenarkan melapor. Wartawan AL-Jazeeratelah ditangkap dan ditendang keluar. Yang boleh melapor hanya media milikKetuanan Melayu.
Najib dan sepupunya Hishammuddin kurang sedar bahawa RonaldReagan telah menghadiahkan kepada dunia apa yang dipanggil internet. Melaluisistem internet ini kita semua dapat membaca laporan-laporan dari mediaFilipina dan media dunia.Dari media Filipina kita tahu bahawa sosok yang berkaca matahitam saperti rupa Mat Daud Kilau ialahSultan Sulu yang tinggal di Manila. Sultanini sedang menuntut hak terhadap Sabah. Dari media Filipina untuk pertamakalinya rakyat Malaysia mendapat tahu secara resmi bahawa didalam perlembagaanFilipina, Sabah adalah sebahagian darinegara Filipina. Untuk pertama kalinya rakyat Malaysia tahu bahawa setiap tahunkerajaan Malaysia membayar sewa kepada Sultan Sulu kerana memakai Sabah.
Internet juga memberi kita tahu bahawa Sultan Sulu ini ramai. Kita juga tahu bahawaLokman Adam ialah penasehat salahseorang dari Sultan Sulu ini! . Kita j uga tahu pemimpin 100 penceroboh bersenjata itu ialah bekasADO di Sabah dan warga Malaysia.
Pada hari kedua sesudah 100 penceroboh masuk kita diberitahubahawa mereka ini adalah delegasi dari Sulu yang ingin berbincang dengan seorang personaliti. Mengikut mediamilik Ketuanan Melayu sesudah berbincang dengan personaliti ini makagerombolan 100 orang ini akan beredar. Siapa personaliti ini hingga ke hari ini tidak pulakdiberitahu.
Maka spekulasi timbulwalaupun Ketua Polis Negara melarang kita semua berspekulasi. Orang ramai tertanya-tanya apakah Sultan Sulumenghantar delegasi untuk meminang Ziana Zain atau datang untuk meminang adik Ziana Zain. Untuk rakyat Malaysia pekaraini masuk akal kerana Najib dan sepupunya amat rapat dengankeluaraga Zain ini.
Selama 23 haridelegasi Sultan Sulu ini bermastautin di Lahad Datu. Satu Malaysia tidak tahu apa yangdibincangkan. Apa yang mereka labonkan berminggu minggu. Kelambatan Najib dansepupunya mengambil tindakan telah menjadikan bekas MB Selangor menyinga marah.Khir Toyo telah menyelar Najib kerana gagal bertindak. Dalam bahasa anak mudaKhir Toyo telah berkata : Najib ini poyo!Tetiba sandiwara ini menjadi gempak apabila berlaku tembakandan kematian. Jeng jeng jeng... suasana kini beralih. Maka diumumkan secara resmi bahawa PDRM sedangmenjalankan apa yang dipanggil panggil Ops Sulu. Warga Sulu yang mungkin datang untuk melamar Ziana Zain kini dianggap sebagai penceroboh. Lawak bodoh ini terus menjadi lawak seramkerana si penceroboh memakai pakaianseragam dan bers! enjata l engkap. Darimana senjata ini datang walah hu alam bisawab tidak pernah rakyat Malaysiadiberitahu.
Dari awal lagi satu persoalan hakiki telah muncul. Kenapahantar polis. Kenapa tidak dihantar tentera wal hal penceroboh ini lengkapbersenjata. Untuk membodohkan Bani Melayumaka diumumkan bahawa Malaysia tidak boleh menghantar tentera kerana inimelanggar Geneva Convention. Kah kah kah.Kenyatan Najib tentang Geneva Convention membuktikan bahawa Najib inibukan sahaja poyo tetapi betul-betulbangang.
Najib dan sepupunya menjangkkan rakyat Malaysia ini bodohmacam telor, menerima apa sahaja yang dilaporan oleh TV3. Ini silap besarkerana rakyat Malaysia secara lojik akan bertanya kenapa Tentera DiRaja Thai datang menyerangGerakan Pembebasan Petani. Atau kenapaTentera Rusia menyerang Chechen? Kalau mengikut lojik Geneva Convention Najib, serangantentera Siam ini bermakna kerajaan Siamdi Bangkok mengitiraf kerajaan Melayu Petani. Kah kah kah.Sandiwara ini bertambah bodoh apabila jet pejuang mulamenjatuhkan bom. Sandiwara disini bukantentang bom ini sengaja dijatuhkan ditempatyang salah hingga menggangu tupai dancikah. Babak bom ini menjadi sandiwarakerana semenjak bila PDRM memiliki jet pejuang.
Perhatikan betul-betul media Ketuanan Melayu sekarang. Secaradi rancang Ops Sulu tetiba berubah menjadi Ops Daulat. Penceroboh kini menjadi militan dan pengganas.Kenapa bagini? Untuk memahami ini marikita kembali kepada Cui bono siapa untung dalam pementasan sandiwara ini.
Jelas Cui bono memerlukan motif. Bukan saperti Azilah danSirul membunuh Altantuya tanpa motif. Motif pementasan sandiwara Al-Lahad Datuialah untuk memadam dan memesongkan pandangan rakyat Malaysia terhadap realitipolitik yang sedang berlaku. Sesak nafasyang dihadapi Najib hilang apabila sandiwara Ops Sulu a.k.a Ops Daulat dipentaskan.
Dengan sakelip mata kesah Bala, kesah Deepak, kesah Scorpene,kesah Najib akan didakwa di Paris hilang dari pembacaan umum. Setiap harimedia United Malays National Organisation memaparkan sentimen sedih. Media mengajak Bani Melayu agar bersatu menyokong United Malays National Organisation keranaada Mat Sulu yang dulunya diberi kad pengenalan segera kini sudah berani melawan towkay.Ops Daulat ini mengingatkan saya kepada PRU tahun 1964 dimanaUnited Malays National Organisation dengan MIC dan MCA telah menang besarkerana pada ketika itu ada musuh luarbernama Bung Karno. Kali ini dalam tahun 2013 nampaknya teknik ! 9;mewuju dkan musuh luar sedang digunakan untukmengembalikan kesetiaan anak semua bangsa yang sudah bangun untuk menerajang mamposparti Ketuanan Melayu.
Lihat bagaimana laporan membawa jenazah disiar tv terusmenerus dari lapangan terbang ke tanahperkuburan. Ini bertujuan untukmenimbulkan simpatai kepada United Malays National Ornagisation. Belaskasehanlah kepada parti ini kerana sedangberjuang melawan musuh dari luar. Najib dan United Malays National Organisationsedang meraih untung dari simpati orangramai.
Yakinlah tidak lama lagi akan diadakan perhimpunanbesar-besarkan untuk membakar semangat patriotik anak semua bangsa untuk terusmenyokong kerajaan haram ini. Semua ini adalah skrip sandiwara Al-Lahad Datu. Saya juga tidakhairan jika akan dipentaskan beberapa sandiwara saperti Sandiwara Prebet Adam,Al-Maunah dan dan dan.... Semua ini untuk mengolah persetujuan agar rakyat akanterus menyokong kerajaan.
Najib Razak berhujah bahawa Lahad Datu bukan sandiwara keranaadanya kematian. Untuk ini saya membawa pembaca kepada sandiwara Mei 13. Mei 13 dipentaskan kerana United Malays National Organisationtelah hilang kuasa di Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Hari ini kita fahambahawa Mei 13 ini dirancang untuk menyelamatkan kuasa elit politik. Kematianhanya memperkukuhkan lagi skrip sandiwara itu.
Statistik resmi : antara tahun 2000 hingga Februari 2010menunjukkan seramai 144 kes kematian dalam lokap dilaporkan melibatkan 64 orangMelayu, 30 orang Cina, 28 orang India, 8 bagi kaum-kaum lain dan 14 keskematian bagi warga asing. ! Soalanny akenapa Najib tidak tunggang langkang bersedih bila membaca angka kematian ini?Kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada yang gugur. Kita bersimpatai kepada yang terkorban. Kita sama bersedih dengan anak, isteri dan kuam keluarga soldadu dan mata-mata yang gugur. Kita juga sama bersedih atas kematian dari pihak musuh. Tetapi adanya kematian bukan bermakna Lahad Datu tidak sandiwara.
Ini kerana Cui bono yang untung dalam sandiawara ialahNajib Razak dan memberi nafas unituk United Malays National Organisation. ( TT)
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar minngun ini sila pukul
talipon : 22 - 72 - 40- 45
--------
Comments