KERETA YANG MEMBERAHIKAN
NOTA
jonker walk adalah tempat yang menarik pelancung
setiap pelawat dari luar kota melaka
akan menebeng
akan meleser
akan berligar di jalan ini
banyak yang hanya tengok tengok
banyak yang hanya lihat lihat
ada awek cun
ada balak kacak
ada barangan yang boleh dilihat
ada gula keras dipahat
ada cendul melaka
ada ada ada
ada macam macam
kita yang bukan warga kota melaka
hanya datang tengok dan berjalan
rupa rupanya dikatakan peniaga
dijalan ini menggangu lalu lintas
betul ke?
yang ini kita dari luar melaka tak tahu
sebenrnya:
ada tiga ego disini
semuanya ego orang politik
ego ketua menteri melaka
ego yb pembankang
dan ego menteri pelancungan
tapi ego ketua menteri lebih besar
belum sebulan jadi ketua menteri
dah mula buat perangai
jelas si mamat ini tak akan lama di kerusi
sayangnya
tidak ditanya pula pandangan pelancung
pelancung dan pejalan kaki
yang memenuhi jalan ini
kalau tak ada jalan jonker ini
samalah saperti kuala lumpur kita ini
tak ada jalan petaling
tak ada jalan masjid india
seharusnya ketua menteri wajib
menggalakan pelancung berjalan
mengalakkan meleser
ada pelancung yang datang dengan k! ereta
tapi ramai juga yang datang berjalan
terutama yang bukan warga malaysia
jalan yang penuh dengan kereta
bukan satu tarikan untuk pelancung
kalau nak tengok jalan penuh dengan kereta
kalau fetish dengan kereta
sila berdiri jambatan atau dijejambat
yang melintasi lebuh raya persekutuan
berdiri dari jam 5 petang hinngga jam 6
nikmatilah rupa bentuk segalan jenis kereta
JALAN JONKER DI MELAKA
Keputusan buka jalan Jonker Walk diteruskan
Komen
Melaka Tengah: Kerajaan negeri tidak akan berganjak daripada keputusan membuka semula jalan di sekitar Jonker Walk, di sini, untuk laluan kenderaan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Menteri: Pasar malam Jonker Walk perlu kekal
- Zulaikha Zulkifli
- 2:00PM Jun 25 2013
Menteri pelancongan Mohd Nazri Aziz berkata beliau akan meminta Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron agar mempertimbang semula keputusan menutup pasar malam Jonker Walk yang menurutnya menyumbang kepada pelancongan di Melaka.
KETUA MENTERI MELAKA
INGIN JADIKAN
TRAFIK JAM
SEBAGAI SATU DAYA TARIKAN
< div>UNTUK MELAWAT MELAKA------
Comments