RUMAH MENTERI DIPECAH ROMPAK
KOMENTAR TUKAR TIUB
berita rumah dirompak ini berita sedih
ini berita yang tidak enak didengar
kita wajib bersimpati
kepada sesiapa sahaja yang rumahnya dipecah
kepada mereka yang disamun
kepada sesiapa nyang menjadi mangsa ragut
kepada menteri muda yang rumah di rompak
kita nyatakan simpati
walau pun berita kemalangan
berita tidak molek untuk menteri ini dan keluarganya
tetapi kerana kecurian ini pada rumah menteri
ianya tidak akan menjadi stastik
hanya harapan kami
jangan nanti pihak keselamatan
akan berbondong bondong mengawal rumah menteri
hinggakan lupa kami yang tinggal
dikawasan kawasan sempit yang berasak-asak
Rumah dirompak, KJ anggap jenayah negara serius
SHAH ALAM Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan kegiatan jenayah rompakan di negara ini begitu serius, susulan insiden yang turut membabitkan rumahnya semalam.
Menurutnya, kejadian seumpama itu yang dikategorikan sebagai jenayah adalah masalah nyata bukan persepsi semata-mata.
Comments