SENI BANGUN MELAWAN



Selak Serak,teater deraan Anwar dalam tahanan

Selak-SerakKUALA LUMPUR, 30 JUN : Teater Selak : Serak didedikasikan khas untuk mangsa deraan dalam tahanan, termasuk kes terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipentaskan bermula 11 hingga 14 Julai ini.
Teater Selak : Serak turut merakam kes penderaan dan pembunuhan dalam tahanan termasuk kematian Teo Beng Hock, Kugan, Ahmad Sarbaini dan Dharmedran.
Penerbit Eksekutifnya, Faisal Mustaffa berkata, ia merupakan usaha rakyat bagi meletakkan satu titik noktah kepada penderaan dan pembunuhan dalam siasatan.
Cukuplah, sudah-sudahlah, kenapa masih perlu ada penderaan dan kematian seperti ini, rakyat sangat mengharapkan perlindungan dari pihak keselamatan, bukan sekumpulan beruniform yang menakutkan, katanya.
Beliau turut menyifatkan usaha mementas dan membawa isu rakyat melalui platform seni bukan lagi perkara baru, namun akan terus disegarkan dan ditambah baik agar mesej dapat dikongsi seluruh rakyat.
Tegasnya, matlamat akhir teater Selak: Serak supaya kerajaan dan semua pihak bertanggungjawab menyelesaikan isu kematian dalam tahanan dan segera menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis, IPCMC
Kes penderaan dan kematian dalam tahanan ni kes berat, tapi kita cuba mudahkan agar dapat difahami semua, katanya
Selak : Serak adalah arahan Fared Jamaluddin dari produksi Rumah Anak Teater (RAT).
Teater ini akan dipentaskan bermula 11 Julai di PJ Live Arts, Petaling Jaya pada jam 8.30 malam.
Harga tiket diantara RM50 hingga RM25 melalui tempahan dalam talian di www.tix.my atau tempahan panggilan di 03-79600439 dan 017-2289846.
Sepuluh peratus hasil jualan tiket akan ! disumban gkan kepada Tabung Membantu Mangsa Mati Dalam Tahanan.

--------

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

MENCARI TEMPAT ADA MENJUAL DAGING KUDA

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE