Father Lim Guan ENg

Guan Eng Ternyata Rasis:Serang Pembangunan Ekonomi Orang Melayu

Filed Under ( , ) by pisau


Ketua menteri paling celaka dalam sejarah kerajaan negeri sekali lagi membuat kenyataan yang berbaur rasis apabila sudah beberapa kali membuat kenyataan bahawa pembinaan Menara Warisan Merdeka adalah satu pembaziran wang rakyat.

Cadangan pembinaan menara warisan merdeka oleh Ds Najib ketika pembentangan bajet 2010 amat dialu alukan.

Bajet yang membuat seluruh kepimpinan pakatan dan ahli parlimen mereka berasa kaget hinggakan Anwar sendiri mengakui ia adalah satu bajet yang BAIK hingga berkata secara retorikal beliau mampu buat lebih baik.Soalnya bolehkah percaya dengan kata kata sesumpah ini?

Berbalik kepada isu Guan Eng,beliau tidak pernah berpuas hati apabila setiap kali kerajaan pusat membuat perancangan yang bakal menaikkan ekonomi orang melayu.

Mengapa Guan Eng mempertikaikan pembinaan Menara Warisan Merdeka? Adakah membina bangunan yang membantu bumiputra adalah satu pembaziran wang rakyat??

Penjelasan Ds Najib secara umumnya telah mendapat sedikit sebanyak gambaran mengapa pembinaan menara warisan yang turut disokong oleh Tun Mahathir.

Menurut Ds Najib ,pembinaan Menara Warisan Merdeka yang ketinggian 100 tingkat adalah sebahagian pelan menempatkan peniaga bumiputra ditengah Bandar Kuala Lumpur.Bangunan tersebut bukan hanya terdiri daripada pejabat,malah menempatkan lot lot kedai yang dikhaskan kepada bumiputra.

Keutamaan diberikan kepada bumiputra dan dalam masa yang sama mampu memberi peluang pekerjaan kepada ribuan rakyat di ibukota.

Inilah salah satu peluang untuk para peniaga bumiputra ditempatkan di salah satu mercu tanda di Kuala Lumpur, Guan Eng menyerang tindakan Ds Najib kerana berasakan adalah tidak adil membina banggunan tersebut hanya semata mata untuk digunakan oleh peniaga bumiputra.

Sedangkan hampir 85% bangunan di Ibu kota dan pusat perniagaan dimiliki oleh peniaga kaum cina.Adakah pembinaan menara tersebut akan menjadi adil jika peniaga cina dapat menduduki dan menguasai bangunan tersebut?

Tindakan beliau mempersoalkan isu bangunan Warisan Merdeka memperlihatkan realiti sebenar Middle Malaysia yang diperjuangkan oleh ultra kiasu DAP dan Pakatan.Ds Najib dalam masa yang sama turut menegaskan projek ini bukan saja bumiputra mendapat peluang malah dalam masa yang sama bukan bumiputra turut diberi peluang kerana lot lot untuk bukan bumi turut diberikan.

Guan Eng harus ingat,pembinaan bangunan sebesar itu memerlukan kontraktor dan pembekal barang binaan .Kos projek sebegitu besar yang mendapat hasil yang lebih daripada 85% kesemuanya akan dibolot oleh peniaga dan pembekal berbangsa cina.Justeru dimanakah yang dikatakan tidak adil?

Isunya sekali lagi apabila Ds Najib yang mahukan kesejahteraan dan berlaku adil terhadap rakyat diserang oleh ketua menteri paling celaka dalam sejarah kerajaan negeri Pulau Pinang.


Pisau kata "akaun kerajaan negeri Pulau Pinang surplus tanda kerajaan negeri yang PEMALAS!"

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BERITA HOT DARi FACE BOOK SEORANG USTAZ

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent