BERKUMPUL PETANG INI




JANGAN LUPA JAM DUA NANTI



nota:
jangan lupa petang ini
berkumpul tanda menyokong
rakyat libya yang sedang
melawan gadafy




HARI HARI AKHIR SAEKOR GADAFY




HIMPUNAN MEMBANTAH KEKEJAMAN KOLONEL GADAFY


Jumaat ini jam 2.30 petang sesudah jumaat.
Sila berkumpul di hadapan kedutaan Libya
No : 6 Jalan Madge off Jalan U Thant
(dekat kedutaan Amerika)

Hentikan pembunuhan rakyat Libya!

Perhimpunan ini akan di ketuai oleh:
Saudara Mat Sabu
Yb Nurul Izzah
Dr. Syed Azman
Yb Tian Chua
Yb Dr. Nasir
Wakil-wakil Ngo



PAKATAN RAKYAT ANJUR BANTAHAN ANTIGADAFFI HARI INI - mkini

Pakatan Rakyat akan membuktikan solidariti bersama rakyat Libya yang menentang pemimpin diktatornya, Muammar Gaddafi dengan! mengada kan perhimpunan aman di luar kedutaan Libya di Jalan Madge, Ampang, Kuala Lumpur, selepas solat Jumaat esok.

Sekurang-kurangnya 500 penyokong, termasuk pelajar Libya yang menuntut di negara ini dan kakitangan kedutaan berkenaan akan mengambil bahagian.

Ketua biro antarabangsa PAS, Syed Azman Syed Ahmad berkata satu memorandum juga akan dihantar kepada duta Libya bagi menuntut pemberhentian serta merta pembunuhan orang awam.

"Kami berpendapat ada keperluan mendesak bagi menyokong rakyat Libya, sebab pembunuhan beramai-ramai rakyat yang tidak berdosa tidak harus dibiarkan, katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Perhimpunan itu dijadualkan pada jam 2.30 petang selepas solat Jumaat dan dijangka berlangsung selama sejam. Beberapa NGO juga dijadualkan akan mengambil bahagian
Menurut Syed Azman, duta Libya ke Malaysia juga kemungkinan besar akan menyertai perhimpunan di luar kedutaannya itu.

Ahli jawatankuasa pusat PAS, Mohamad Sabu pula meminta semua rakyat Malaysia mengambil bahagian dengan berkumpul di luar pejabat kedutaan Libya.

"Semua orang patut hadir esok bagi menunjukkan bantahan mereka terhadap keganasan dan pembunuhan penunjuk perasaan yang tidak berdosa, kata Mohamad.

Selasa lalu, pegawai kedutaan Libya di Kuala Lumpur menyertai rakan-rakan mereka di seluruh dunia membidas Gaddafi kerana pembunuhan ramai rakyat yang mengambil bahagian dalam protes di negara itu.




Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE