SALUT UNTUK MEREKA YANG BERANI




ANAK MUDA BANGUN MELAWAN



nota:
lihat dan sedarlah
bahawa semenjak auku
digunakan untuk menindas
anak anak muda - telah muncul
dua jenerasi anak anak muda yang bangang

mereka telah dibangangkan untuk
menjadi pekerja yang taat
mereka di bodohkan hinggakan
tak dapat menilai bahawa pm mereka
terlibat dalam kes bunuh!!!



SURAT DARI YANG AKAN DI SINGKIR

ok bro..ko bleh publish surat nih..yg nih ok utk TT...


hari ini, aku dihadapkan ke pejabat HEP, untuk dakwaan ke atas aku. Objektifnya mudah: halang aku dari bertanding. dengan surat berletter headkan Kementerian, jelas aku wajib dihalang dari bertanding, dan akan didakwa atas kesalahan tatatertib. peduli ape aku. ini pesanan aku untuk semua anak muda mahasiswa. jangan gentar, jangan takut..kita teruskan kebangkitan ini.

selagi sistem pendidikan kita tak bebas. selagi kita tak dapat autonomi. selagi kita tak diiktiraf. selagi kita diperbodohkan dengan AUKU. selagi kita terus didoktrin. selagi kita bergelar mahasiswa..kita akan terus berjuang!! hari ni aku dijatuhkan dan dianiaya oleh anjing2 Aspirasi belaan hegemoni yang bacul dan takut berdepan mahasiswa yang peduli.mahasiswa sebenar.bukan mahasiswa celup produk AUKU..esok lusa siapa pulak lagi? biar apa pun terjadi, biar apa pun yang akan timpa kita..jangan undur! jangan jilat punggung mereka! jangan diperbodohkan oleh org2 yg bodoh!

hidup, hidup..hidup mahasiswa!!

bro, ko bleh komen KAH KAH KAH nanti...pencerahan otak mahasiswa


CALON PROM UPSI MUNGKIN DISINGKIR harakah daily

Malam menjelang hari pernamaan c! alon bag i pilihan raya kampus hari ini, menyaksikan seorang calon, Adam Adli dari Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universti Perguruan Sultan Idris (UPSI) telah menerima notis untuk menghadiri pendengaran berkaitan dengan penglibatannya dalam kempen 'Kembalikan Hak Air Rakyat' pada Disember tahun lepas.
Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berkata, jika pelajar terbabit dituduh di bawah Auku Bahagian 15, maka beliau yang menyertai barisan Mahasiswa Progresif mungkin akan menghadapi tindakan penyingkiran atau hilang kelayakan sebagai calon.

Katanya, jika Adam memerlukan keizinan daripada pihak pentadbiran untuk menyertai demonstrasi kempen air tersebut atau menghadapi tindakan penyingkiran daripada kampus, maka barisan Mahasiswa Nasional yang cenderung kepada sekolah juga patut dikenakan tindakan yang sama.

Justeru, ujarnya Presiden MCA dan Presiden Gerakan perlu memberi penjelasan berhubung dengan kem latihan yang diadakan di Universiti Putra Malaysia yang diadakan pada 7 hingga 9 Januari lalu dalam suasana pilihan raya kampus.

Menurutnya, setiap peserta yang kesemuanya mahasiswa Cina telah membincangkan masalah berkaitan kempen yang akan diadakan.

Saya masih ingat lagi pada tahun 2009, ketua perdebatan sastera MCA, Chen Jin Hui bersama 5 orang ahli kumpulannnya telah menjemput Gua Su Qin masuk ke dalam kampus untuk pameran tsunami politik 2008.

Mengapa mereka dibenarkan menjemput Guo Su Qin? soalnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Jelas, katanya Malaysia mengamalkan double standard dalam melaksanakan undang-undang.

Sehubungan itu, tambahnya Kementerian Pengajian Tinggi dan jabatan-jabatan yang berkaitan patut bertindak lebih adil dalam melaksanakan undang-undang terhadap isu itu.

Manakala bagi ahli-ahli BN yang ingin memberi bantuan kepada pelajar dalam kempen-kempen pilihan raya seharusnya bersama-sama pihak kami dalam usaha menghapuskan Auku daripada meneruskan perlaksanaan undang-undang double standard', katanya yang juga Penolong Seti! ausaha P ublisiti DAP Kebangsaan.

NOTA:
kelihatan anak muda mahasisa telah bangun
kelihatan mereka telah mula menyusun
mereka terus di tekan
mereka terus di kepong
mereka terus di bodohkan

yakinlah bahawa ini tidak akan berterusan
yakinlah penindasan ini sebenarnya adalah baik

kerana:
dimana ada penindasan di sana ada perlawanan
seribu kali di tindas seribu kali di lawan
ini hukum alam tak ada sesiapa yang dapat mengubah
akhirnya dunia ini adalah milik anak muda!!!



Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE