TERKINI TERBARU DARI LIBYA
BERITA BARU MASUK
tt baru mendapat panggilan talipon dari
seorang warga malaysia di benghazi libya
masih ada 300++ warga malaysia yang masih berada di libya
kebanyakan bekerja dengan syarikat pemaju
untuk mendirilan rumah-rumah dan bandar baru.
hari ini ruang udara libya telah ditutup.
ini berikutan dengan larinya dua buah
jet penjuang ke malta. pemandu jet ini
telah enggan mengebom warga yang sedang
berdemo.
warga eropah dan amerika semuanya telah keluar.
di sempadan libya mesir berpuluh puluh wartawan tersadai
ingin amsuk untuk membuat laporan berita tetapi
tidak dibenarkan masuk
nota:
apa langkah kerajaan malaysia?
BOUSTED SINGAPURA KELUARAKAN PEKERJANYA DARI LIBYA - meloya
22/02/2011 4:44pm
SINGAPURA 22 Feb. - Sebuah syarikat Singapura mengeluarkan 31 pekerjanya terutama warga Singapura dan Malaysia, dari tapak operasinya di Libya, yang kini berdepan dengan kemelut dalaman.
Menurut Boustead Singapore, syarikat berjaya menghantar balik enam pekerja Singapura dan Malaysia semalam yang bekerja di projek perbandaran Al-Marj di Tripoli.
Tiga lagi meninggalkan Tripoli untuk ke Filipina.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata ia membawa balik pekerjanya dengan selamat setelah berlakunya demonstrasi dan keganasan di beberapa bandar utama di timur Libya.
Comments