DUIT SUDAH HABIS




JEMPUTAN UNTUK SEMUA





CARA BARU GEROMBOLAN CARI DANA


Assalamualaikum wbth saudara,

Saya sekadar ingin beritahu bahawa saya mempunyai perasaan untuk malas memiliki kereta tetapi ia adalah keperluan saya dan keluarga. Kenapa? sebab saman ekor. Adakah patut, kereta saya WPC9930 telah disaman ekor di Gombak-Selayang pada November 2008 sedangkan kereta tersebut telah pun saya hantar ke Sabah pada September 2008.

Bermakna kereta tersebut berada di Sabah dan bukannya di Semenanjung Malaya.

Memandangkan pemilik sama yang tidak membayar saman akan disenaraihitamkan selepas 28 Februari ini maka saya telah mebayar saman-saman saya pada 16 Januari 2011 yang lalu.

Tetapi saman yang satu ini saya tidak bayar dan saya telah merujuknya di Cawangan Trafik di Kuala Kubu Bharu. Saya kemukakan bukti bahawa kereta tersebut telahpun dihantar ke Sabah dan kerani tersebut mengarahkan supaya saya merujuk perkara tersebut ke Ibu Pejabat Cawangan Trafik di Selayang.

Saya ke Selayang pada 18 Januari 2011 dan mengemukakan semua bukti dan saya meminta supaya saman tersebut dibatalkan sahaja. Mereka kata tidak boleh. Mereka mesti melihat gambarnya dahulu.

Saya menunggu lebih kurang 10 minit dan kerani di kaunter meminta saya menunggu selama 2 minggu kerana saman tembak tersebut dilakukan oleh Pejabat Bukit Aman. Katanya mereka akan menghubungi saya melalui no talipon bimbit saya dan saya juga boleh merujuk keputusan di Cawangan Trafik Kuala Kubu Bharu.

Sehingga kini, sudah sebulan saya menunggu, saya tidak ke Cawangan Trafik Kuala Kubu sebab saya boleh menyemaknya melalui internet.

Sehingga kini saman tersebut masih ada dan belum dibatalkan. Apakah s! ebabnya? saya tahu sebabnya tetapi saya tak mau cakap. Sebentar tadi saya telah menyemaknya buat kesekian kalinya, masih belum dibatalkan dan sudah bertambah satu lagi saman. Kali ini di Kuala Lipis. Mungkin saman ini betul dan mungkin tidak. Saya menjadi ragu kerana kes yang pertama tadi.

Saya mula mengaitkannya dengan dakwaan pihak tertentu bahawa ada APCO (Yahudi) di Bukit Aman. Mungkinkah ini adalah salah satu hasil dari nasihatnya. Atau sememangnya kerajaan dah tak ada duit, lalu mencari duit haram dari rakyat. Saya tidak tahu.

Apakah yang perlu saya lakukan? Sekarang dah menghampiri 28 Februari dan sekiranya saya tak bayar, mungkin saya akan disenaraihitamkan. Lesen memandu tidak boleh diperbaharui. Sedangkan saya perlu memandu. Cukai jalan juga tidak akan diperbaharui sedangkan kereta itu perlu bergerak. Kalau saya bayar, bermakna saya bersekongkol dan bersubahat dengan perbuatan keji ini.

Saya benar-benar kecewa.

Yunus Sauman Sabin
Kuala Kubu Bharu, Selangor.



KOMPAUN LALU LINTAS BAKAL TUMBANGKAN BN harakah daily

Parti Rakyat Malaysia (PRM) berpendapat kadar kompaun yang bakal dikuatkuasakan akan menjadi salah satu sebab kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.

Pengerusi PRM Wilayah Persekutuan, Zulkarnain Abdullah berkata, BN akan tumbang jika kompaun itu tidak dikaji semula demi rakyat yang kini menghadapi masalah ekonomi yang sangat teruk.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku kononnya beliau prihatin terhadap rakyat, tetapi menaikkan kadar kompaun di waktu ekonomi negara sangat teruk.

PRM, katanya berpendapat bahawa kerajaan Barisan Nasional perlu lebih mengutamakan langkah-langkah keselamatan untuk menurunkan kadar jenayah yang kini sangat membimbangkan di negara ini berbanding dengan kompaun lalu lintas yang hendak diselaraskan pada 1 Mac 2011 nanti.

Tidakkah ini bertentangan dengan apa yang digembar-gemburkan? ta! nya beli au dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

NOTA:
orang ramai wajib bewaspada
dalam lama lima atau enam bulan lagi
inflasi akan naik dengan mendadak

jaga jaga
gerombolan sedang melakukan berbagai cara
untuk mengumpul dana
dana negara semakin susut
malah hutang negara semakin meningkat



Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BERITA HOT DARi FACE BOOK SEORANG USTAZ

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent