TANDA DAN MAKNA UNTUK ANWAR IBRAHIM



SEMIOTIK: TANDA DAN MAKNA


dari segi semiotik semuja imej-imej ini
membawa tanda dan makna
kita hanya perlu memerhati
dan memahami tanda dan makna ini

ramai yang melaihat imej
tetapai gagal memahami tanda dan makna
yang dibawa oleh imej

dalam satu bingkai ini
ianya membawa pelbagai naratif
kita boleh membuka bingkai ini
dan memahaminya satu persatu

imej imej dibawah hanya dilihat
dengan dua naratif
kedua duanya adalah naratif induk
mungkin ada naratif sampingan tetapi
untuk pemahaman kita pagi ini
cukup diterang dua naratif

naratif pertama ialah naratif
orang yang dicium tangan
perhatikan kesemua imej
kesemua yang dicium tangan
matanya ada kala memandang juah
dari objek yang sedang mencium tangan
sososk yang dicium tangan kelihatan bangga
dan meperlihat apa yang sedang berlalu itu
kepada orang sekeliling

perlakuan ini hanya beberapa saat
tetapi imej ini telah berjaya merakamkan apa yang tersirat
jelas kelihatan yang dicium merasa dia lebih hebat
justeru kerana itu tangannya perlu dicium

matanya merayau keluar meminta orang
disekeliling lihat betapa hebatnya aku

dari kajian dan selidikan
maka kita akan mengetahui ini adalah manifestasi budaya feudal
dimana yang di cium tangan itu adalah raja
yang lebih tingi dan berkuasa

dalam imej imej ini amat jelas
yang dicium akan merasa dirinya lebih hebat
dan berderajat tinggi justeru tangan perlu dicium
walau pun bukan raja
tetapi mungkin
berangan-angan dalam detik untuk sebagai raja

naratif kedua ilah diri yang mencium
sosok ini bejiwa hamba
jiwa yang telah telah dihambakan
ini lahir dari ratusan tahun pemindasan
ini juga lahir dari zaman dimana raja dan
orang kaya memiliki hamba sahaya
ini adalah saki baki jiwa hamba

kalau dalam budaya united malay national organisation
naratif kedua ini bermakna meminta projek
tunduk mencium tangan u! ntuk mem inta projek
aku tunduyk pada mu
aku setia pada mu
inolah makna imej ini


gambar teratas memiliki naratif yang sama

tetapi

apa yang beza ialah orang yang dicium tangan
nampaknya orang yang dicium tangan ini
masih lagi memiliki budaya feudal yang diterima dari
united malay national organisation
walupun kita ada melihat sosok ini melaungkan reformasi

ini bermakna melaunkahn reformasi sahaja tidak cukup
jika tidak mereformasi budaya juga
sayang nya - budaya tidak dapat dilihat
yang kita lihat ialah manifestasi budaya
justeru gambar teratas memeperlihatkan budaya bodek dan jiwa hamba ini
telah mula meresap masuk ke dalam parti keadilan rakyat


warga pkr dan pakatan rakyat wajib sedar
bahawa hegemoni budaya jiwa hamba
dari united malay natonal organisation
masih kukuh dan luas

silap silap rakyat hanya bertukat tangan untuk dicium!



HENTIKAN BUDAYA BODEK YANG MEMBODOHKAN MELAYU





















Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE