SILA BACA DAN RENUNGKAN!




JEMPUTAN MALAM ESOK








RUMAH TERBUKA RUMAH TERKANGKANG

Di hujung minggu diakhir bulan September ini jalan-jalan di Kuala Lumpur macet lebih dari biasa. Inilah hujung minggu paling sibuk untuk jamuan rumah terbuka minggu terakhir dibulan Shawal. Bila melihatkan kereta yang berasak-asak lalu aku teringat akan surah yang telah diturunkan oleh datuk nenek moyang kita beratus-ratus tahun dahulu. Surah ini wajib diulang baca agar kita tahu dari mana asal kita dan hendak ke mana arah kita.

Yang buta datang bertongkat
Yang capek datang berensot
Yang kurap membawa buluh
Yang pekak membakar meriam


Inilah gambaran rakyat jelata yang datang ke perkarangan Istana ketika Sang Raja mengadakan kenduri kendara atau pesta perkahwinan putera atau puterinya. Sekali sekala Sang Raja akan berolek atau berkenduri. Surah ini bukan surah setan kerana aku sendiri pernah berpesta di Bukit Chandan ketika merayakan hari ulang tahun keputeraan al-Marhum Sultan Idris Shah di Kuala Kangasar pada tahun 1970 dahulu. Pesta ini berlangsung selama 40 hari 40 malam. Memang hebat.

Yang berjoget dipentas joget
Yang berwayang melihat Pak Dalang
Yang bertikam teka menikam
Yang berloto di dewan lotto
Yang berwiski di bilik wiski
Yang berendut dibilik gelap


Aku juga tidak akan lupa ketika aku membesar di Jelebu aku pernah melihat bagaimana al-Marhum Tunku Munawir telah datang ke Jelebu saban tahun untuk berpesta memburu selama sebulan. Tempat yang dipilih ialah Kenaboi wilayah yang paling ulu yang dipenuhi oleh binatang liar. Di pesta memburu ini para towkay China dan amoi-amoi genit akan datang bersuka ria. Mereka ber! judi da lam hutan sambil minum-minum dan berpoya-poya. Inilah tanda mercu kebanggan raja-raja Melayu kita.

Sekarang semuanya telah berubah. Iklim politik telah berubah. Tetapi berjudi dan berpoya-poya masih ada. Tetapi para Sultan tidak lagi berjudi di Hutan Kenaboi atau Hutan Kongkoi. Mereka beralih ke Ritz di London atau berkapal di Laut Tengah. Enjoy de menjoy masih diteruskan kalau tidak mereka bukan lagi sosok yang beraja dimata dan bersultan di hati.

Lalu timbul soalan apa yang akan terjadi kepada Si Melayu yang buta, yang capek , pekak dan yang berkurap dan rakyat biasa?

Jangan risau peranan raja ini telah diambil alih oleh para politikus. Manusia Melayu yang tebal sikap feudalnya wajib terus difeudal dan dibangangkan. Jika manusia Melayu ini cekap berilmu dan meninggalkan sikap dan budaya feudal maka ramai politikus kita hari ini terpaksa bekerja membawa teksi atau pun menjadi bouncer kelab malam di Bukit Bintang.

Sebenarnya biar aku terangkan disini ini adalah kali kedua aku menuliskan padangan aku tentang budaya rumah terbuka ini. Mungkin ramai akan menganggap aku ini pembawa ayat-ayat setan. Ayat-ayat potong stim yang memperlekehkan perjuangan para politikus. Memang betul yang aku surahkan ini adalah ayat-ayat potong stim dan ayat-ayat setan tetapi semua ini adalah ayat-ayat setan yang jujur.

Aku masih ingat lagi kali pertama aku menulis tentang rumah terbuka ketika Parti Keadilan Rakyat hanya memiliki satu kerusi Parlimen. Ketika itu aku melihat PKR mengada-ngada. PKR yang kekurangan dana telah membuat pesta rumah terbuka walhal sebuah pejabat pun tidak dapat diuruskan. Juga, ketika itu hanya orang kaya dalam PKR sahaja yang berkeupayaan membuat pesta-pestaan rumah terbuka. Orang kaya ini dengan ajendanya mencari pengaruh untuk terus berkuasa.

Hari ini aku perhatikan budaya rumah terbuka ini semakin lucah lagi melucahkan. Penglucahan budaya rumah terbuka semakin menjadi-jadi apabila demam pemilihan parti atau desas desus pelih! anraya h ampir tiba. Aku perhatikan dengan mata yang jujur, kini para politikus dengan perlahan-lahan telah mengambil alih peranan Raja. Sama ada mereka sedar atau tidak manusia Melayu yang feudal ini terus difeudalkan. Jiwa manusia Melayu terus dihambakan.

Dari kitab-kita kuno Melayu aku diberitahu tentang pesta dan kenduri Raja Raja Melayu dimana orang biasa telah datang berduyun-duyun untuk menerima habuan makanan dari Sang Raja. Kenduri kendara Raja ini adalah masa yang ditunggu-tunggu oleh orang kampong. Jika bernasib baik ada yang akan mendapat satu persalinan anugerah Sultan. Maka dapatlah si buta dan si capek bertukar pakaian. Setahun sekali atau seumur hidup rakyat biasa ini akan dapat menjengok muka untuk melihat Istana Raja dan melihat betapa rajanya Raja mereka.

Kepala lembu timbun membukit
Kepala kerbau naik mengunung
Kepala kambing susah dihitung
Nasi mendideh menganak sungai
Kerak nasi membusut jantan
Hampas kepala melebar padang
Maka berjamulah rakyat saentero negeri


Apa yang datuk nenek moyang kita surahkan dahulu, kini jelas berulang lagi. Kalau dulu Raja dan Sultan berkenduri di perkarangan Istana. Kini pesta rumah terbuka para politikus diadakan di dewan atau di hotel. Tetapi lebih afdal kalau pesta rumah terbuka ini diadakan di kawasan yang berhampiran dengan pejabat parti atau dikawasan perumahan para pengundi.

Rakyat dijemput tetapi bukan lagi dijemput dengan pukulan tabuh dan canang. Kini jemputan diiklan di akhbar, radio, tv dan kain rentang. Rakyat terutama yang bakal menjadi pengundi berbondong bondong dibawa datang. Setiap politikus dengan angkuh dan gah akan cuba membuat rumah terbuka yang terhebat dan terbesar. Lagi tinggi angka yang datang lagi hebat dan gah si politikus ini. Lagi terjamin kerusi politik yang ingin dimenangi.

Kalau dulu Raja dan Sultan memberi persalinan. Kini di pesta rumah terbuka ada juga pemberian dan anugerah. Ianya disampaikan oleh Sang Politikus. Kanak-kanak berbaris ! untuk me ndapat angpow duit raya. Warga emas yang uzur dan miskin akan mendapat sedekah - sekampit beras sebungkus gula bersama dengan sampul surat berisi duit. Masjid dan surau juga akan mendapat dana sokongan. Pada tahun 2011 ini tangan yang dicium ialah tangan Menteri dan para YB . Inilah yang aku nampak sedang berlaku.

Disini aku akan meneruskan ayat-ayat setan yang pasti akan memotong stim para politikus. Aku lakukan ini kerana secara sedar aku melihat pesta rumah terbuka yang kita bersama budayakan ini ialah amalan rasuah dan politik wang. Bezanya politik wang dipesta rumah terbuka ini kita lunakkan dengan kopiah, baju Melayu dan Baju Kurung, dengan salaman dan maafan, sambil bertanya khabar dan kita akhiri dengan mengucap alhamdulilah - bersyukur dan berdoa agar kita dipanjangkan umur untuk sama-sama berpesta di tahun hadapan.

Aku juga terbaca dari akhbar arus perdana tentang 30 ribu orang tetamu Najib Razak hadir makan makan di pesta rumah terbukanya di Permatang Pauh. Betul. Memang betul Permatang Pauh yang aku tulis. Permatang Pauh tempat pesta rumah terbuka Najib. Rumah terbuka Najib bukan di Pekan di kampong halaman Najib sendiri. Memilih Permatang Pauh ini memperlihatkan jelas wujudnya niat politik di sebalik serban yang hijau yang berkibar.

Dari Haji Desas bin Lebai Desus aku juga mendengar kesah bagaimana seorang Menteri di Wilayah Kuala Lumpur telah mengadakann pesta rumah terbuka dengan 25,000 tamu jemputan. Tidak cukup dengan makan dan minum para tamu ini juga mendapat oleh-oleh untuk dibawa pulang.

Aku merasa amat sangsi kerana belanja pesta rumah terbuka ini bukan satu yang murah. Kalau seribu yang datang berapa agaknya perbelanjaanya? Kalau tiga, empat atau lima ribu tamu yang datang berapa puluh ribu ongkos yang wajib dibayar? Aku tidak dapat menghitung kerana aku bukan politikus yang mencari undi. Perbelanjaanya pastilah lebih dari jumlah duit yang pernah aku lihat seumur hidup aku. Dari mana datangnya duit ini? Ini permainan! politik wang a.k.a RASUAH. Inilah persoalan yang ingin aku timbulkan.

Untuk seorang Menteri atau YB dari United Malay National Organsiation aku tidak hairan. Mereka memiliki dana khusus. Malah kenduri kendara ini adalah mondus operandi politik mereka. United Malay National Organisation tidak ada keupayan untuk membuat kerja politik selain dari makan, berkenduri dan menyampaikan dana.

Apa yang membingongkan aku ialah pesta rumah terbuka dari para YB Parti Keadilan Rakyat. Dari mana agaknya mereka mencekau duit perbelanjaan untuk pesta ini. Aku amat gusar dan risau kerana disinilah para towkay dan funder seperti Datuk Lim dari Jelebu yang membayar semua perbelanjaan pesta memburu al-Marhum Tunku Munawir dahulu - akhirnya banyak hutan balak di Negeri Sembilan bertukar tangan. Menerima budi dari funder ini bukan hanya akhirnya terjual body tetapi lebih dari itu.

Ada lagi satu pekara yang ingin aku surahkan disini. Mungkin tepat dan mungkin juga tergelincir pandangan ini. Ketika Perang Dingin antara Russia dan kuasa imperialis Amerika dahulu - yang menjadi kiraan ialah kekuatan senjata. Russia ada senapang Klashinkov - Amerika ada M16 . Amerika membuat peluru berpandu Russia juga membuat peluru berpandu. Russia ada kereta kebal T90 Amerika membuat M1 Abrams. Amerika naik ke bulan Russia menuju ke bintang Marikh.

Amerika mendirikan NATO North Altantic Treaty Organisation Russia mendirikan Warsaw Pact. CIA menjemput para akademik atas nama East West Center Russia menjemput pelajar Dunia Ketiga ke Patrice Lumumba Universiti. Dua negara super ini berlawan dan berlumba-lumba mencari pengaruh.

Lalu aku terfikir bukan selalu aku berfikir kalaulah aku ini United Malay National Organisation aku akan buat lagi banyak pesta-pestaan dan kenduri kendara. Aku akan hadiahkan lagi banyak hamper dan bungkusan. Aku akan bersedekah bukan hanya pada bulan puasa tetapi disetiap hari Jumaat. Kalau kerjaan Selangor beri khariat kematian aku akan beri khariat untuk ana! k yang b elum dibuat. Aku akan lakukan ini seolah-olah ini adalah kerja politik.

Aku jamin pasti ada pemimpin, ahli dan aktivis PKR yang akan membotot sama. Mereka menganggap ini kerja dan tugas politik. Mereka terpaksa mencari Doktor Ayam. Atau mencari satu dua cukong atau funder untuk menggantikan Datuk Soh Chee Wen. Pas akan mengekor dari belakang menumpang basikal PKR macam hantu bonceng.

Aku berani berkata sedemikian kerana aku cukup sedar bahawa United Malay National Organsiation tidak ada kekuatan politik untuk membuat kerja politik. Mereka hanya sanggup berkenduri kendara dan berpesta-pestan. Tetapi awas ! Mereka akan berjaya kerana mereka memiliki kuasa daulah. Dengan kuasa ini mereka boleh mengarahkan Bank Negara mencetak duit. Samalah macam Amerika ketika Perang Dingin dahulu mengarahkan Federal Reserve mencetak dolar akhirnya Russia terbarai muflis.

Apa yang aku tulis bukan aku menentang budaya baik rumah terbuka. Tetapi yang aku tulis ini bukan budaya rumah terbuka tetapi budaya terkangkang dimana Haji Funder, Lebai Cukong dan Lebai Rasuah akan menerbus masuk.

Amalan budaya pesta-pestaan - budaya terkangkang - ini adalah budaya feudal. Budaya feudal ini akan terus membodohkan orang Melayu. Budaya feudal ini akan terus membangangkan manusia Melayu. Manusia Melayu akan terus berjiwa hamba. Manusia Melayu terus di patronise. Manusia Melayu terus dijadikan angka dalam kiraan kuasa dan undi politik.

Yang papa jalan kaki
Yang tak berduit naik lrt
Yang okay naik Kancil
Yang kaya naik Mercedez
Berbondong datang untuk mencium tangan YB


p/s: aku hampir terlupa
kerja yang paling bodoh dalam dunia ini
ialah meniru kerja dan perangai musuh kita (TT)

NOTA:
tulisan ini telah dipanjangkan isi
dari yang keluar diakhbar mingguan
SUARA KEADILAN yang terbaru.

sesiapa yang ingin melangan akhbar
ini sila pukul talipon
03-22-72-4! 0-45

JANGAN LUPA MALAM JUMAAT




Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE