HOLYWOOD ADA CHARLES BRONSON - KITA ADA MAT SABU
MAT BRONSON


MOHAMAD SABU DIDAKWA , BEBAS DENGAN JAMINAN RM15,000 harakah daily
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu didakwa di bawah Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini ekoran ucapannya mengenai Bukit Kepong.
Beliau dituduh mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.
Pihak pendakwa meminta Mohamad dibebaskan dengan jaminan RM50,000 tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskan Mohamad dengan jaminan RM15,000 sehingga perbicaraan.
Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajuddin menetapkan 27 Oktober ini sebutan semula kes sementara perbicaraan diadakan pada 5 hingga 9 Disember depan.
Selain Hanipa, Mohamad turut diwakili peguam Amiruddin Zulkifli manakala pihak pendakwaan terdiri daripada Mohd Hanafiah Zakaria, Ishak Mohd Yusof dan Suhaimi Ibrahim.
Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
nota:
di holywood kita ada charles bronson
hero yang melawan kezaliman dan menegak keadilan
di malaysia kita ada mat sabu
menentang kezaliman dan menegak keadilan
charles bronson hanya berlakun
mat sabu bangun melawan
Comments