KOMTENTAR TUKAR TIUB TENTANG HUDUD
WAYANG PAK DALANG
PAKATAN HUDUD HANYA JIKA ADA KONSENSUS SEMUA PARTI minsider
Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas hukum hudud yang muncul kembali sebagai isu panas minggu lalu tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.
Anwar Ibrahim memberitahu sidang media tengah malam tadi bahawa hukum hudud bukan sebahagian daripada dasar Pakatan Rakyat dan bantahan DAP perlu dihormati.
Ya, ya. Sangat jelas ia perlu bersama, kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menjawab soalan sama ada pelaksanaan hukum hudud memerlukan persetujuan sebulat suara kesemua ketiga-tiga parti dalam perikatan itu.
Dalam kenyataan bersama dikeluarkan, Anwar, Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata mesyuarat Pakatan Rakyat malam tadi memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, dasar bersama dan Buku Jingga.
KOMENTAR TUKAR TIUB
mari kita belajar dari sejarah
sejarah juga adalah guru yang baik
anak anak muda wajib mengetahui babak sejarah ini
agar pemahaman politik kita semua mendewasa
dalam tahun 60an dahulu
pakatan pembangkang yang paling kuat ialah FRONT SOSIALIS
ini ialah perserikatan dua parti kiri parti buruh dan parti rakyat
musuh rakyat tanah melayu ketika itu dipanggil perikatan
FRONT SOSIALIS menguasai semua kota dan bandar besar
ketika ini kerajaan tempatan! bukan d ilantik tetapi dipileh secara buang undi
gerombolan perikatan tidak pernah berjaya
seperti sekarang semua warga kota menolak perikatan
ipoh jatuh ke tangan ppp
seremban melaka jaybee dan pulau pinang
jatuh ke tangan FRONT SOSIALIS
akhirnya pilihanraya untuk kerajaan tempatan diharamkam
justeru kerana ini tukar tiub keluar dengan diktum:
KALAU PILIHANRAYA BOLEH MENGUBAH APA APA
TELAH LAMA PILIHANRAYA DI HARAMKAN
diktum tukar tiub ini lahir dari pengajaran sejarah
pada tahun 60an ini FRONT SOSIALIS cukup kiat
kekuatan dan pengaruh FRONT SOSIALIAS ini wajib di patahkan
ramai pemimpin ditangkap dengan isa
dalam masa yang sama gerombolan juga telah merancang dengan licik
bagaimana?
dalam parti rakyat ada orang macam nasaruddin mat isa atau hasan ali
dalam parti buruh ada orang macam zul nordin atau gobala
dalam ke dua dua parti ini ada ajen yang dibayar khusus untuk bikin kacau
tali tali barut ini menunggu masa untuk bergerak
peluang sampai dengan ISU BAHASA MELAYU
dalam parti rakyat ada yang mahu bahasa melayu dipanggil bahasa kebangsaan
dalam parti buruh ada yang mahu bahasa melayu dipanggil lingua fraca bahasa bersama
ajen-enjen dan sb pun bubuh minyak
tak habis habis isu bahasa ini dibakar
akhirnya FRONT SOSIALIS pecah
parti buruh bungkus dapat telooo
partu rakyat bungkus dapat telooo
inilah sejarah
babak sejarah ini sedang berulang dihadapan mata kita
kita sedang melihat ulang tayang babak yang samai
dalam dap ada hantu sb
dalam pkr ada hantu sb
dalam pas ada hantu sb
hantu hantu ini sedang bergerak untuk mengadu domba
siapa hantu hantu ini?
macam mana nak kenal hantu ini?
kalau dalam pas hantu ini lebih islam dari nabi muhamad
kalau dalam dap ianya lebih china dari lee kuan yew
kalau dalam pkr ianya lebih reformis dari anwar ibrahi! m
isu HUDUD sedang dijadikan ajenda untuk memecah pakatan rakyat
kali gerombiolan gagal
jangan risau - gerombolan akan terus bikin kacau
PAKATAN RAKYAT wajib dipecahkan
kalau pakatan tidask pecah
maka rosmah dan najib akan lari ke kazakhtan
justeru kita wajib belajar dari sejarah
tugas kita ketika ini ini bukan hudud
tugas kita ketika ini bukan malaysian malaysia
tugas kita bukan anti hantu bonceng
tugas kita bukan anti konsert anak muda
tugas kita bukan third force
tugas kita bukan jadi ngo dengan tiga ahli
tugas kita semua ialah menggalang satu barisan ampuh
untuk menghumbankan united malay national organisation
tugas kita ialah bersatau meruntuhkan kerajaan barisan nasional
tugas kita ialah bekerja untuk mengambil kuasa
inilah tugas tugas asas
inilah tugas fundumental
kalau ada sesiapa yang cuba mencelah
kalau ada sesiapa yang cuba mengalih garis ini
kalau ada sesiapa yang cuba memesong dari tugas asas ini
selidik latar belakang mereka
kenali siapa malaon ini
kenali sahabat malaon ini
kalau malaon ini yb atau pemimpin parti
selidiki siapa yang beri nasehat
mungkin malaonn ini ajen
mungkin malaon ini sudah dapat kontrek
mungkin tali barut
dan mungkin sb yang dibayar
jika tergelincir dari kesedaran asas ini maka PAKATAN RAKYAT akan kalah!
JEMPUTAN MALAM INI
Comments