POLIS MALAYSIA CUKUP BERHEMAH




SILA TEKA - MANA POLIS MALAYSIA DAN MANA POLIS ISRAEL



kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah













NOTA :
mana dia profesor datuk dokotor bomoh raduan che ros
sila baca berita dibawah ini

KAH KAH KAH
KAH AKH AKH
KAH KAH KAH






POLIS DI DAKWA PUKUL ORANG AWAM TIDAK AKAN DILINDUNGI - berita hairan

BUKIT KAYU HITAM: Anggota polis yang melakukan kesalahan tidak akan dilindungi dan tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap mereka yang didapati bersalah, tegas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Abu Seman Yusop.

Beliau berkata, polis dianggap sebagai anggota profesional dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang.

"Pegawai kerajaan sepatutnya bagi contoh baik kepada orang ramai dan bukan melakukan sebaliknya," kata beliau ketika diminta mengulas dakwaan seorang pekerja pembersihan sisa pepejal, Mohd Ridzuan Mohd Noor dibelasah enam anggota polis di Kodiang, Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, Mohd Ridzuan, 23 dibelasah kerana menegur seorang anggota polis berumur 40-an yang membuang sampah di luar tong sampah.

Mohd Ridzuan berkata, mereka bertengkar dan anggota polis itu memberi amaran akan menembaknya sebelum meninggalkan tempat kejadian. Bagaimanapun kira-kira setengah jam kemudian anggota polis itu kembali ber! sama-sam a lima rakan dan membelasahnya.

Pekerja sisa pepejal itu juga mendakwa digari dan dimasukkan ke dalam lokap di Balai Polis Kodiang dan dilepaskan setengah jam kemudian. Beliau membuat aduan di ibu pejabat polis Kubang Pasu kira-kira jam 1.40 pagi Ahad lalu.

Abu Seman berkata, tindakan hanya boleh diambil berdasarkan hasil siasatan Akta Polis atau Kanun Keseksaan.

Beliau yang diiringi Setiausaha Bahagian Keselamatan Kawasan Sempadan merangkap Ketua Pengarah Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP), Datuk Abdul Rahim Ismail mengadakan lawatan ke kawasan sempadan dari Bukit Kayu Hitam hingga Perlis hari ini. - TIEWNAMA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH





KANG KONG



ARKIB : 11/08/2011

POLIS MALAYSIA LEBIH BERHEMAH
- meloya

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganggap polis negara ini lebih berhemah dan sistematik dalam menyelesaikan sesuatu masalah termasuk isu keganasan berbanding apa yang berlaku di London ketika ini.

Setiausaha Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Raduan Che Rose berkata, biarpun negara tersebut lebih maju dan mempunyai pasukan polis antara terbaik di dunia namun, mereka masih gagal menghalang rusuhan sehingga menyebabkan kecederaan dan kecurian.

"Pendekatan yang dilakukan oleh pihak polis di sana dan polis di negara ini ternyata berbeza. Di sana punca utama menyebabkan mereka bertindak ganas ialah selepas seorang remaja kulit hitam ditembak mati oleh polis.

"Berbanding di negara ini, polis lebih banyak menggunakan pendekatan pencegahan malah, lebih sistematik dalam mengatasi masalah agar tidak merebak menjadi lebih serius," kat! anya ket ika dihubungi di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian rusuhan di London yang gagal dikekang malah mula merebak ke seluruh Britain.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Amir Hamzah Abdul Rajak berkata, polis di negara ini dilihat lebih bijak mengawal situasi dan emosi baik di kalangan anggotanya mahu pun perusuh.

"Mereka dilihat lebih berperikemanusiaan serta bijak menangani masalah seperti yang sedang berlaku di London," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan pula menganggap kejadian rusuhan yang berterusan bukan disebabkan oleh kegagalan polis mengekang masalah sebaliknya tiada kesedaran di kalangan rakyat negara itu.

"Bagi saya ini bukan masalah polis sebaliknya rakyat di negara itu sendiri. Kita tidak tinggal di sana jadi kita tidak tahu apa yang berlaku.

"Sepatutnya mereka lebih menumpukan kepada cara menyelesaikan masalah ekonomi dan pengangguran.

"Keadaan akan menjadi lebih teruk sekiranya masalah rusuhan yang terjadi di sana dibiarkan berterusan," katanya.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH



JANGAN LUPA JUMAAT INI





Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE