Omegay: Murshitdol hamPAS taraf ayam marah kene kritik oleh ulama bukan pas
PETALING JAYA: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dibidas dan didakwa bersikap berat sebelah khususnya kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) ekoran kenyataannya yang menyifatkan pemimpin PAS lebih buruk daripada orang kafir.
Sambil melahirkan rasa kecewa, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa Harussani supaya lebih berhati-hati sebelum membuat kenyataan.
Malah Menteri Besar Kelantan itu turut memberi amaran kepada Harussani agar tidak terlampau menunjukkan sokongannya kepada Umno dan BN.
"Saya kira kenyataan ini sangat berat apatah lagi jika ia keluar dari mulut seorang mufti yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak berpihak dalam pertembungan parti-parti politik.
"Pesan saya kepada beliau, janganlah melampau-lampau sangat menunjukkan sokongan kepada Umno dan BN. Jika ditakdirkan nanti Umno tersembam dalam pilihan raya, saya bimbang ada individu yang mencari makan dengan Umno terkial-kial kelemasan mencari pelampung," katanya pada Ahad.
Selain itu menerusi kenyataan yang dipetik daripada akaun Facebook miliknya, Nik Abdul Aziz turut menggesa agar Harussani menafikan laporan akhbar yang disiarkan pada Ahad.
"Jika ia hanya satu manipulasi media, satu penafian perlu dibuat dengan segera.
"Tetapi melihat kepada rekod sebelum ini, di mana belum pernah kedengaran sebarang penafian dibuat terhadap laporan akhbar mengenai kenyataannya, saya kira kenyataan itu benar-benar keluar daripada mulut beliau," katanya.
Sebuah akhbar berbahasa Melayu hari ini menyiarkan kenyataan Harussani yang menyifatkan! sikap p emimpin PAS lebih buruk daripada orang kafir kerana sering tidak bersetuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan untuk memajukan rakyat.
Harussani berkata demikian bagi mengulas kenyataan terbaru Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang menyifatkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah golongan bodoh.
Malah sebelum ini, Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata menyamakan BR1M seperti memberi hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam serta lembu. - mstar
p/s: kehkehkeh ni ler dia MB ayam yang suke berkokok dan berak merata. taik pun melekat kat ekor ..tunggu ler wally slipor sape yang makan hampas huhuhu >XD
Comments