RIWAYAT BIK MAMA DI SAMBUNG LAGI
RIWAYAT ITU
DISAMBUNG LAGI
Ada pun hamba inisebagai Sang Perawi tidaklah dapat berganjak lagi. Hamba hari ini samalah senasib saperti Tun Seri Lanang 600 tahun dahulu. Adalah dikesahkan ke seluruh Melaka sebuahkapal dari Goa telah berlabuh di TanjungKeling. Kapal dari atas angin inimembawa barang dagangan. Ada emas, ada perak, ada tembaga , intan suasatermasuk setanggi dan kain sutera.
Maka hebohlah Orang Melaka kerana kapal ini ditumpangi oleh seorangSami Tua Berbongkok Tiga yang datang membawa sebuah kitab yang teramat kuno. Kitab ini mengikut tuanempunya hikayat adalah kitab sejarahsalasilah bangsa. Kesah Wan Empok Wan Malini. Kesah Raja Suran terjun ke Laut. Kesahasal dan kesah usul Bani Melayu. Maka kitab ini dipersembahkan kepada Sultan.Maka bertitahlah Sultan Melaka agar Tun Seri Lanang membacalah kitab ini.
Maka Tun Seri Lanang pun memasang lilin dan damar. Malam membacasiang menulis. Selama empat puluhhari empat puluh malam Tun Seri Lanang berkhalawat mengurung diri dengan kitabini. Dihari ke 44 maka lahirkan kitab sejarah Bani Melayu yang dipanggil Salalatul Salatin. Maka inilah kitabnya yang diharap-harapkan oleh Tun Seri Lanang untukmenjadi pedoman sejarah untuk menjadi panduan cucucicit yang akan datang. Agar Bani Melayu tidak m! elupakan asal usul mereka adanya.
Maka hamba sebagaiSang Perawui pada kurun ini -pada tahun Ular Rabiul Akhir 1434 bersamaan Tahun Masehi 2013 telah jugamenerima surah yang wajib hamba sampaikan kepada anak anak cucu yang akan datang.Surah-surah ini datang bukanlah dari kapal atas angin. Surah-surah inidisampaikan kepada hamba melalui YouTubedan Facebook. Maka hambalah Perawi soheh yang bernaskan YouTube dan Facebook.
Adalah ditakdirkan jika adalah kiranya cucu cicit yang akandatang dalam kesusahan maka hendaknya mereka akan membaca surah-surah hamba ini.Jika ditakdirkan ada anak cucu cicityang akan datang sedang diserang Sembelit Unta maka hendaknya akan membacasurah hamba ini. Adalah ditujukan kepadaanak cucu cicit kita yang akan datangnanti jika ada yang dalam kesusahan atau yang diserang sembelit jika membacasurah hamba ini maka akan hilanglah rasa susah gundah gulana. Maka akan cairlahsegala Sembelit Unta itu hendaknya.
Kesah bermula pada tahun Ular Hari Raya China apabila seorangpenyanyi dari negeri atas angin telah dijemput datang. Bukan untuk menghiburhati yang lara tapi dijemput untuk mengumpul anak muda. Berjutadolar telah dibayar dengan harapan Sang Penyanyi akan menjadi daya tarikan dapat mengumpul ratusanribu anak muda.
Maka pada hari dan ketikanya.Disaat sambutan Hari Ular makaberkumpullah ribuan anak muda menungguPenyanyi dari negeri atas angin. Sebelum Penyanyi mucul bertandak dipentas Mat Najibtanpa malu tanpa segan telah membawa anaknya ke atas pentas dengan harapan muka anak iniakan diingati untuk dijadikan Perdana Menteri satu masa nant! i.
Bila ini terjadi maka anak anak muda diataspadang gegak gempita menonggengkanbontot dan membaling selipar.Tidak cukup dengan ini Suami Mat Najib pula muncul untuk berduet sambil menari. Goyang bontotkanan. Goyang bontot kiri. Maka muntahlahanak anak muda seluruh negeri. Merekatak sabar menunggu Penyanyi dari atas angin keluar bertandak dan menari.
Mat Najib ini sebenarnyadalam gerhana yang maha sangat. MatNajib sedang merana. Dia sedang dikepong oleh parti sendiri. Mat Najib sedang berusaha untuk membaiki diri. Makakerana inilah Mat Najib berbelanja besar menjemput datang seorang penyanyi.
Ketika pun sampai. Tirai dibuka. Lalu Mat Najib malaungkan: are you ready for Sai.Gegak gempita seluruh padang. Anak muda tak sabar menunggu. Jawapan : Yeeeeeessss memecah telinga. Maka Mat Najib bertanya pula: Are you ready for BN. Sekali lagi gegak gempita padang bergegar. Anak mudaberkata : Nooooo. Tidak cukup dengan NO anak muda menonggengkan bontot. Kemudiangegak gempita seluruh alam apabila anak anak muda mula menjawab: we areready to pangsai BN.
Mengikut tuan empunya surah dalam keadaan sademikian Mat Najibtelah terencat akal. Bertanya bukan sekali. Tiga kali dia melaung - tigakali bontot menonggeng sebagai jawapan. Amatlah malu Mat Najib pada pagi itu. Tetapitidaklah besar kemaluannya kerana di hujung pentas Suami Mat Najib tegakberdiri memerhati Mat Najib kalau-kalau berani menggatal cuba bermain mata denganpara Penari yang genit lagi sexy.
Maka mengikut kata sahibul hikayat kesah Mat Najib dimalukanini mula menjadi viral didalam internet. Dengan sekelip mata saentero dunia puntelah meliha! t kemalu an Najib walau pun tidak panjang. Dalam YouTube 2 minitkamaluan Najib sudah cukup untuk menjadibahan lawak yang paling popular dalamYouTube.
Kalau Mat Mat Najib terencat akal maka para juak MatNajib menjadi bangang sambil bertuankan bodoh. Mereka pun memulakankerja bodek membodek. Kemaluan Mat Najibwajib dipotong. Maka berita dalam TV pun diubah reka. Bunyi: nooooo - yangdirakam diganti dengan bunyi: yeesssssss. Mengikut yangtuan empunya kesah berita TV inidirancang dan direka oleh seorangSida yang bernama Siti Johan binti LebaiJaafar yang pada satu ketika dahulu adalah pembodek tegar Anwar Ibrahim.
Siang berganti malam. Malam berganti siang. Tup tup munculsatu lagi kesah kemaluan Mat Najib. Ada pun mengikut tuan empunya YouTube sebelumPenyanyi dari negari atas angin naik ke pentas telah diadakan satu upacara mengacau Yee Sang untuk menyambut kesampaian TahunUlar. Sang Penyanyi telah dijemput sebagai tamu kehormat untuk bergambarbersama para ular-ular yang sedangberlingkar diatas pentas.
Panggil punya panggil. Sorak punya sorak. Tepuk punya tepok.Sang Penyanyi enggan keluar untuk bergambar bersama ular. Maka sekali lagikemaluan Mat Najib terjulur keluar. Kali ini memang betul nampak panjangnya. Kali ini kemaluan Mat Najib amat panjang, lebih dari 5 minit. Denganmuka yang bopeng. Dengan muka jobo Mat Najib berundur dari pentas.
Wahai para pe! mbaca ya ng amatbudiman hamba ingin bertanya. Jika telah dua kali kemaluan kita terjulurkeluar dalam YouTube apa yang wajib kita lakukan. Pada hemat hamba sebagai TokPerawi adalah sopan lagi berhemah untukkita berdiam diri.
Tetapi mengikut kata tuan empunya ceritera kesah Mat Najibdalam YouTube ini tidak berhenti disini sahaja.Rupa-rupanya para pembodek dan para juak Mat Najib telah berbincanguntuk sekali lagi membuat cerita. Lebong pun dibuat sekali lagi. Gali lubang tutup lubang. Berita dibuat untukmenipu dengan harapan dapat menutup kemaluan Najib.
Sebab dicari. Musabab direka. Maka dihebohkanlah kesah bahawaPenyanyi dari atas angin tidak keluar keatas pentas untuk mengacau Yee Sang dan bergambar bersama para ularkerana ada orang hendak membunuh Sang Penyanyi. Rancanganbunuh ini manakutkan Penyanyi untuk keluar. Lebih selamat dudukdibelakang pentas.
Kesah pelik kini menjadi semakin seram kerana ada percubaanmembunuh. Kesah seram ini kemudian menjadilawak. Tetiba si Penyanyi yang dikatakan hendak dibunuh keluar bertandak dan menyanyi. Apa sudah jadi dengan rancangan bunuhitu. Bila sandiwara bunuh ini mula dipertikaikan maka Siti Johanbinti Jaafar pun mula menetaskan sebuah lagi kesah baru untuk mengetatkancerita.
Untuk membuktikan adanya percubaan membunuh ini makasaorang Tukang Karut dari Rumah Pasong dimintamembebel. Maka membebelkan si Tukang Karut ini di hadapan media. TukangKarut bercerita yang dia memiliki bukti- bukti saheh danrancangan pembunuhan licik yang dirancang oleh CIA, KGB, MOSAD, DDT dantermasuk dari geng DBP. Mereka semua ini merancang untuk membunuh Penyanyi dariatas angin.
Mengikut kata Tuan OCPD opps... Tukang Karut.. bahawa dia ada menerima satu SMS satu hari sebelum Penyanyi ini bertandak dan menari. Satu hari sebelum? Oneday before? Kah kah kah. Kalau sudahdapat tahu sehari sebelum mengapa tidak di batalkan sahaja rancangan menyanyiini. Dan kenapa pulak si Penyanyi boleh naik ke pentas menyanyi dan bertandak. Tetapi tidak mahu bergambar dengan Najib dan para Menteri kabinet.
Wahai juak dan pembodek Mat Najib, janganlah kamu berbohonglagi. Kami rakyat jelata bukan telor. 28juta orang kampong dan orang pekanbukan semuanya bangang dan bodoh. Bukansemuanya penonton percaya kepada berita TV. Adalah hendak diberitahua bahawa padazaman ini anak muda dan orang ramai lebih yakin dengan berita dan laporanYouTUbe. Walau pun kemaluan Najib pendek tapi gelak ketawa penonton amatlah panjang.
Wahai pembaca yang budiman , maka hamba sebagai Tok Perawitidak ada jalan lain melainkan menuliskan kesah riwayat ini. Hendak-hendaknyariwayat ini satu hari nanti akan menjadi bahan penglipur lara. Saperti riwayatPak Pandeh dan Mak Andeh maka hendaknyariwayat Najib dan Suaminya Rosmah akan menghiburkan anak cucu cicit kita yangakan datang. (TT)
MLAM JUMAAT INI DI SHAH ALAM
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar minggun ini sila pukul talipon:
03-22-72- 40-45
-----
Comments