pilipina


Polis tamatkan rundingan dengan penceroboh dari selatan Filipina

2013/02/16 - 17:38:04 PMCetakEmel Kawan
KOTA KINABALU: Polis sudah menamatkan rundingan dengan kumpulan penceroboh dari selatan Filipina yang dikepung di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan kini dalam proses mengusir mereka pulang ke negara asal.

Bercakap kepada pemberita di sini sebentar tadi, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid, berkata polis juga tidak melayan dua tuntutan kumpulan terbabit kerana ia tidak dibuat mengikut saluran yang betul.
Sebelum ini, kumpulan penceroboh dalam tuntutannya mahu mereka diiktiraf sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan keturunan Sulu di Sabah tidak dihantar pulang.


-----

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BERITA HOT DARi FACE BOOK SEORANG USTAZ

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent