SPR TERUS MENJALANKAN PENIPUAN

MEMERHATI UNTUK MENIPU
Pada 22 Disember 2008 saya telah sampai ke Dhaka. Saya ke Dhaka kerana telah dijemput keBangladesh untuk menjadi Pemerhati Pilihanraya Umum Bangladesh 2008. Sayaadalah sebahagian dari delegasi ANFREL Asian Network For Free and FairElection.
Tim ANFREL adalah sebahagian dari beberapatim yang diterima sebagai Pemerhatioleh Lembaga Pilihanraya Bangladesh. Ada tim dari Eropah, ada tim dariPBB, dari Amerika dan ada tim dariBangladesh sendiri. Dari ANFREL kami telah diberi taklimat oleh Lembaga PilihanrayaBangladesh. Kami berbengkel, berbincang dan kemudian dihantar ke wilayah yangditugaskan.
Bunyinya cukup gah. Tetapi sebenarnya Pemerhati Pilihanrayaini adalah penipuan besar. Tugas besarpemerhati pilihan raya ini ialah untuk menghalalkan penipuan pilihan raya yangtelah selesai dijalankan. Bunyi ayat saya ini agak kasar. Tetapi inilah hakikatnya.Biar saya jelaskan disini kenapa saya mengatakan Pemerhati pilihanraya ini adalahsatu penipuan.

Apa yang memaksa SPR menerima Pemerhati ialah kerana dalam PRU13 ini nanti yangakan menjadi ajenda berita dunia ialah ombak jalan raya.Ombak jalan raya telah menjadikan PRU13 sesuatu yang wajib diberi perhatianoleh ajensi berita dunia. Jika tidak ada ombak jalan raya tidak ada sesiapa ambil pottentang pilihanraya yang akan berjalan di Malaysia. Siapa pernah ambil pot pilihan raya di Pulau Mauritius, di Senegal atau diSingapura. Khalas.
Kalau di Tunisia tidak ada demo kita semua tidak sedar bahawawujudnya First Lady Tunisia yang perangainyasama macam perangai Rosmah Mansor. Jikatidak ada demo di Medan Tahrir , maka kita tidak sedar rupa-rupanya Presiden MesirHosni Mubarak serupa macamMahathir Muhamad memerintah dengan zalimselama lebih dari 20 tahun.
Demo di Tunisia, di Mesir, di Jordan , di Bahrain telahmenjadikan ajenda peralihan kuasa satu ajenda dunia. Anak-anak muda yang turunke jalan raya di Dunia Arab telah menjadi contoh perjuangan melawan kezaliman.Penipuan demi penipuan dalam pilihan raya di Mesir yang telah dibongkar. Berita penipuanpilihanraya ini menjadi berita dunia.

Elit Ketuanan Melayu mulamerancang. SPR sebagai barua yang setia mula menjalankan tugas. Justeru, ajenda besar SPR ialah memastikan orang ramai dan rakyat Malaysia menerima keputusan PRU13 ini nanti. SPR jugamahu masyarakat dunia menerima keputusan pilihanraya kali ini. PRU13 kali ini menjadi perhatian dunia ,justeru wajib dilihat telus dan bersih.
Justeru, SPR menerima kedatangan Pemerhati dan Pemantau pilihanraya.Ini sebenarnya adalah adalah sebahagiandari taktik dan straterji untuk mengolah persetujuan orang ramai.
Kita semua sedar kerajaan hari ini adalah kerajaan haram yangditubuhkan melalui undi tipu dari Sabah. Bakal pengundi dan orang ramai tahu melalui penipuan United Malays NationalOrganisation dan kuncu-kuncunya dalam Barisan Nasional telah menang dan akanmenang lagi. Mereka menang bukan kerana sokongan rakyat. Mereka menang dalam PRU13nanti bukan kerana rakyat yakin dengan kepimpinan mereka. United MalaysNational Organisatiohn menang kerana undi tipu.
Justeru para Pemerhati dan Pemantau akan menjadi alat terbaik untuk menghalalkan penipuanini.

Kita diberitahu bahawaada Pemerhati dari Negara Asean. Kah kah kah... kita ketawa besar bila mendengarnama ASEAN disebu! t. Memba wa Pemerhati dari Asean ini samalah saperti membawaPemerhati dari Saudi Arabia. Semuanya hampeh. Mustahil Pemerhati darinegara-negara Asean ini akan berani bekataada penipuan dalam pimilihan. Mustahil Pemerhati ini beranimenyuarakan bantahan.
Pemerhati dari Negara Asean ini ini adalah tamu kepada SPR bermakna tamu kepada United Malays National Organisation. Yang datang menjadi Pemerhati ini pastilahpegawai kerajaan atau bekas pegawai kerajaan. Mustahil Tan SeriLee Lam Tye atau Datuk Vilapan atau Tun Ahmad Sarji akan berani berkata pemilu di Indonesia ini tipu...atau pilihan raya di Thailand ini tidak telus....Mustahil.
Malah para Pemerhatiini sebagai tamu SPR akan bekerja keraske hulu ke hilir membuka mata memerhati. Kerana mata letih memerhati makakaki mereka akan diurut siang dan malam oleh tukang urut dari Kazakhtan diBukit Bintang. Inilah seronoknya menjadi Pemerhati.

Jelas disini Pemerhati dan Pemantau ini akan digunakan sebagai juru cakap baru. Ini kerana cakap SPR sendiri tidak lagidipercayai oleh orang ramai. Pada malamsesudah pengiraan undi berjalan SPR akan membuat pengumuman. United MalaysNational Organisation akan diistiharkan menang lagi. Seluruhnegara akan ketawa kah kah kah. Tidak ada sesiapa akan percaya.
Maka! disinil ah peranan Pemerhati dan Pemantau. Para Pemantau danPemerhati akan muncul di kaca tv. Mereka akan sibuk ditemu bual oleh Media.Pemantau dan Pemerhati akan membuat kenyataan bahwa bahawa TIDAK ada penipuan dalam PRU13.Untuk menyedapkan cerita si Pemerhati ini juga akan mengatakan bahawaada beberapa .... ada gangguan telah berlaku di Kampong Sana.... ada pengundiyang hilang nama di Kampong Sini... tetapi keseluruhan PRU13 ini adalah adil ,telus dan bersih...
Untuk terus meng - aji no motokan kenyataan mereka Pemerhatidan Pemantau ini akan membuat beberapa cadangan. Contohnya: Payung hendaklahdisediakan kerana kemungkinan hujan akan berlaku. Contohnya: Tandas wajib disedia berhampiran tempatmengundi dan dan ....seribu satu macamcadangan remeh lagi temeh untuk memastikan mereka dapat diurut sekali lagi olehChina Doll.

NIEI membocorkan kepada umumbahawa sebagai Pemerhati dan Pemantau merekatidak dibenarkan membuat kenyataan kepada akhbar melainkan telah dipersetujui isi kandungan kenyataan itu oleh SPR. ParaPemantau dan Pemerhati tidak dibenarkan mengambil gambar kalau ternampak duitbeli undi sedang bertukar tangan. Gambar hanya boleh diambil sesudahmendapat persetujuan SPR. Pemantau danPemerhati tidak boleh bercakap dengan orang awam. Laporan akhirakan diberikan kepada SPR bukan kepada Rakyat Malaysia atau media.
Pemerhati dan Pemanatu ini akandipaksa menanda tangani Aku Janji untukpatuh kepada SPR. Untuk menjadikan lawakbodoh ini lawak seram para Pemantau ini akan pula di pantau pula oleh SPR.Kah kah kah.
Apa yang saya tulis ini bukanfitnah. Ini adalah sebahagian dari syarat yang telah dikenakan oleh kepadaPemerhati dan Pemantau. Justeru kerana inilah saya amat yakin bahawa Pemerhati dan Pemantau ini adalahalat untuk menghalal keputusan PRU13yang akan dimenangi oleh United malays National Organisation dengan jalanmenipu.

Duaminggusaya bertugas sebagai Pemerhati diBangladesh. Kehadiran saya sebagai Pemerhati dan Pemantau tidak membawa apa-apaperubahan struktur kepada sistem ekonomi Bangladesh yang semakin parah. Malahsaya bersubahat untuk memberikanilusi kepada warga miskin Bangladeshbahawa dengan mengundi maka perubahan akan berlaku.
Hanyasatu bezannya Pemerhati di Bangladesh dan di Malaysia. Di Bangladesh saya tidak menanda tanganiapa-apa AKU JANJI. Jika saya menanda tangani Aku Janji maka tidak mungkintulisan ini akan lahir. (TT)!
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
olehSUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggar akhbar
mingguan ini sila pukul talipon:
03-22-72-40- 45
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggar akhbar
mingguan ini sila pukul talipon:
03-22-72-40- 45
-----------
Comments