BUKU HISHAMUDDIN RAIS DI LANCAR MALAM INI
PEGUMUMAN
UNTUK SEMUA PEMINAT BUKU
buku saya pada malam ini akan dilancarkan oleh rosli ibrahimsiapa dia rosli ibrahim ini?
rosli ialah sosok yang kurang pemandangan
matanya rosak
dia hanya nampak tulisan jika
buku itu satu inci dari matanya
rosli hanya menggunakan satu mata untuk membaca
tetapi rosli membaca
semua kitab kitab besar dalam dunia inirosli adalah wikipedia bergerak
tentang sejarah politik dan budaya malaysia
rosli juga mengetahui
wacana debat intelektual di indonesia
jika ada sosok yang paling banyak membaca
yang pernah menjadi kawan saya maka
dianya ialah rosli
buku saya sebelum ini juga
dilancarkan oleh rosli
yang mahu buku saya dibaca
bukan di glamourkan
saya tak suka politikus lancar buku
kerana politikus bukan membaca
saya juga tak mahu sultan atau raja atau menteri
atau penyanyi pop lancar buku saya
jika mereka lancarkan buku saya
ini satu penghinaan terhadap buku saya
peghinaan bukan hanya terhadap buku saya
malah penghinaan terhadap semua buku
yang telah, yang sedang dan yang akan dicetak
siapa tak suka membaca
siapa tak suka meneliti idea
lebih baik tinggalkan dunia ini
kerana tuan tuan hanya
menghabiskan oxygen
jika jika tuan tuan terkentut
udara dunia ini bertambah kotor
MALAM INI
JAM 8:00 MALAM
UNIVERSITI BANGSAR UTAMA

UBU adalah universiti terpenting gerakan massa rakyat di Malaysia. Saya sangat berbangga kerana pernah menghadam aspirasi ini. Malam ini saya akan melancarkan buku terbaru Hishamuddin Rais; Tipu pilihanraya Rakyat Turun Ke Jalan Raya. Cool.
SESUDAH
BUKU DILANCAR
KITA BERFORUM

Comments