PRU13 GEROMBOLAN HANYA BOLEH MENANG CARA TIPU
JAM 4:00 PETANG
PASTILAH
TV BANGSAR UTAMA
INI LAGU RESMI
UNITED MALAYS
NATIONAL ORGANISATION
TIPU TERUS MENIPU KITA TIPU MELAYU
Pada satu ketika dahulupenganalisa politik dari dalam dan luar negara selalu merumuskankemenangan United Malays National Organisation kerana 3M. Setiap kali parti Ketuaan Melayu ini menangdalam pilihanraya umum atau pilihan raya kecil maka analisa 3M akan muncul. 3Mini memberi makna Machinery, Media danMoney jentera, media dan duit.
United Malays National Organisation cukup anggkuh dan berbangga apabila dikatakan 3M yangmembuatkan parti mereka terus berkuasa. Sebenarnya pandangan 3M inipandangan kangkong. 3M ini adalah pandangan dari Profesor Kangkongdan penganalisa politik lulusan Universiti Donut.
United Malays National Organisation berkuasa bukan kerana 3Mtetapi kerana 3T. Apa dia 3T ini? Tiga Tialah Tipu, Tipu dan Tipu. Dari semanjak zaman berzaman 3T inilah yangmemberikan kuasa kepada parti Ketuanan Melayu ini. Penipuan dalam pilihan raya ini dirancangoleh Suruhanjaya Pilihan Raya, JabatanPendaftaran Negara, Polis , KEMAS, Ketua Kampong, Tuan Pegawai Daerah dan dandan. Semua jentera kerajaan membantu menipu untuk memastikan parti KetuananMelayu menang.
! Apabila menang maka Profesor Kang Kong pun memberi analisa bahawa3M yang membolehkan United Malays National Organisation berkuasa. Ini untukmenutup penipuan. Hampeh. 3M ini adalah ceritakarut dan analisa politik bangang.
Penipuan dan kerja jahat dari United Malays NationalOrganisation dan SPR ini tidak akan berhenti.Mereka hanya berhenti satelah kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan. Mereka semua dimasukkan ke dalampenjara. Tidak ada ampon dan tidak adamaaf. Ketua-ketua besar dalam SPRini adalah orang-orang jahat yang memporak peranda negara kitaini. Walau pun mereka dilihat sebagaiperkakas tetapi mereka adalah pekakas dan barua yang amat-amat diyakini olehUnited Malays National Organisation. Kesetiaan mereka kepada parti KetuananMelayulah yang membolehkan mereka dilantik untuk mengepalai SPR. Mustahil TianChua atau Saifuddin Nasution akandilantik untuk menjadi Pengerusi SPR.
Minggu ini satu lagi penipuan telah dilakukan dengan satuperancangan licik. Sesudah penamaancalon kelihatan terlalu banyak calon bebas bertanding. Malah ajen-ejen Kerajaan Perpaduan dalam Pas yang masih setia dengan garis HasanAli juga mendaftarkan nama penyokong mereka.
Setelah ditapis terdapat 7 kerusi bertindih antara Pas dengan PKR.Melalui perundingan, isu kawasan bertindeh ini selesai. Kalau selesai apa masaalahnya? Masaalah initahun ini dengan licik SPR telah membuat tambahan undang-undang. Nama calonyang menarik diri akan terus tertera dalam kertas pengundian. Ini akanmenimbulkan kacau untuk para pengundi. Ini rancangan licik SPR. Undang-undang inisengaja diperkenalkan tahun ini dengan tujuan untuk buat! kacau.< /span>
Kenapa tidak bolehnama bakal calon yang menarik diri dikeluarkan dari kertas undi? Mustahil tidakboleh dilakukan? Manusia telah naik dan pulang ke bulan. Manusia telahmenghantar roket kaji selidik ke bintang Marekh. Mustahil di Malaysia ini tidakwujud teknoloji untuk memadamkan nama calon yang telah tarik diri. Jelas semuaini adakah perancangan SPR untuk menipu.
Minggu ini juga kitatelah terperanjat apabila maklumat dalaman bocor. Umum diberitahu olehmedia baru internet - bahawa polis danmata-mata telah mengundi terlalu awal. Polis dikatakan telah menjalankan undipos. Biasanya undi pos akan dijalankan 3hari sebelum hari buang undi. Kenapa kali ini terlalu awal lebih dari satuminggu?.
Sebenarnya undi posawal ini juga adalah rancanganh licik untuk menipu. Orang ramai tahu dan sedarbahawa terlalu ramai polis danmata-mata yang memiliki dua kadpengenalan. Satu kad pengenalan sebagai anggota PDRM. Dan satu lagi kad pengenalanbiasa. Satelah mengundi pos mata-matadan polis ini boleh mengundisekali lagi. Ini bukan fitnah ini sedang beroperasi.
Ketika saya menulis tulisan ini satu berita gempar telahtersebar. Anwar Ibrahim telah mengadakansatu sidang akhbar. Secara terbuka Anwartelah memaparkan bukti-bukti dan gambar-gambarrakaman penipuan SPR kepada media.
Mengikut KetuaPembangkang ini pada 8 April yang lalusebuah kereta resmi SPR yang membawa 2peti undi telah ngelencong dalam perjalanan ke Putrajaya. Kereta ini telah ngelencong masuk ke Kawasan IndustriSungai Chua Kajang. Mengikut Anwar peti undi ini adalah peti und! i PRU13. Petiini ada tanda dan memakai logo SPR. Malah kereta yang membawa peti undidibuktikan saheh sebagai kereta resmi SPR.
Ketua Pembangkang mahuSPR menerangkan apa tujuan 2 peti undi ini disinggahkan ke kawasanperindustrian ini? Apakah peti undi ditinggalkanuntuk memungut undi-undi hantu undi-undi pendatang haram - yang akan mengundi secara gelap. Untuk memungut kertas-kertasundi ini akan dibawa lambat ke bilikpengiraan? Saperti telah berlaku di Lembah Pantai dan di Pekan pada PRU11.
Hingga tulisan ini selesai ditulis Pengerusi dan TimbalanPengerusi SPR telah diam membatu. Mereka pasti terperanjat besar. Kerja sulit mereka sudah terbonggeng. Pasti mereka akan tertanya-tanya - bagaimana gambarkereta dan gambar peti undi ini dapat dirakamkan. Bagaimana Anwar bolehmendapat maklumat yang dikawal rapi ini. Siapa membocorkan maklumat ini? Siapamerakamkan gambar-ganbar ini?.
Dalam sidang akhbar yang sama Anwar juga mahu mendapatjawapan bagaimana 28,953 - semua ini adalah pengundi Pilipina,Bangla, Pakistani dan Indon -dapat menjadi pengundi. Seramai 15,907akan mengundi di Sabah, selebihnya akan mengundi di Selangor. Soalan ini juga gagal mendapatjawapan. Pada hemat saya Anwar Ibrahim membuang masa bertanya kepada SPR.
Pengundi-pengundi ini sebenarnya pengundi hantu pendatangharam - yang telah susun dan diatur untuk memastikan Selangor dapat dirampas danSabah terus dalam tangan United Malays National Organisation. Apa yang sedang berlaku dihadapan mata kitaminggu ini satu minggu sebelum 5 Mei ini membuktikan saheh thesis 3T saya ini.
Thesis 3T saya bukan hanya! sampai ke tahap ini. Penipuan akan terus dijalankan hingga ke harimengundi. Pada hari pengundian bukan sahaja Pengundi Hantu akan datangmengundi. Peti undi juga boleh bertukar.Peti undi baru akan dibawa masuk.Justeru, mungkinkah ini tujuan 2 peti undi yang negelencong hilang ke KawasanPerindustrian Sungai Chua Kajang?
Peti undi bertukar sering terjadi. Di Semenanjung orang ramaiselalu mendengar pertukaran ini berlaku. Di Sabah dan Sarawak ini lumrah. Peti undi bertukar dalam helikopter. Peti undi bertukar dalamvan. Peti undi bertukar dalam perahu. Hakikatnya pekerja SPR yangmembawa peti undi ini tidak bolehdipercayai.
Ini bukan fitnah. Ini bukan tohmah. Umum telah diberitahutentang pertukaran peti undi ini olehseorang Menteri dan ahli United MalaysNational Organisation di Sabah. Datuk Seri Lajim Ukin dengan senyum telah menerangkan bahawa poster, kain rentang danceramah ini hanya wayang. Semua inidilakukan untuk memberi gambaran bahawadi Sabah demokrasi pilihan raya sedang berjalansehat. Ini semua sandiwara.
Hakikatnya amat-amat berlainan. Apa yang telah dilakukanolah Datuk Seri Lajim ialah membeliPacaba. Pacaba adalah pekerja parti yang akan memastikan parti yangdianutinya tidak akan dpat ditipu. Disini ajen-ajen parti Ketuanan Melayu akandatang untuk membeli para Pacaba. Membeli Pacaba ini lebih murah dari membelicalon yang telah menang.
Tugas Pacaba ini ialah untuk memerhatikan kiraan kertas undiberjalan dengan betul. Mengikut Datuk Seri Lajim yang kini menyokong PakatanRakyat, para Pacaba ini dari awal lagi telahdikenal pasti dimana tempat tugasan. Ketika pe! ngiraan undi berjalan maka Pacabamemainkan akan peranan yang amat penting.
Kertas undi ini akandikira 10 helai untuk diikat dalam satu kumpulan. Untuk Pakatan Rakyat 12 atau15 helai kertas untuk akan dijadikan 10 helai. Manakala untuk parti KetuananMelayu 7 atau 8 helai akan dijadikan 10helai. Penipuan ini dirancang dengankerja sama SPR. Mustahil pegawai SPRtidak tahu hal ini berlaku depan mata. Pacaba dan pegawai SPR ini semuanya telahmenerima habuan dari Datuk Seri Lajim Ukin.
Apa yang cuba saya katakan disini ialah penipuan ini bukanhanya ada pada senarai pengundi, bukan hanya ada pada Kad Pengenalan segera.Dalam setiap lubang, dalam setiap sudutpenipuan dirancang. Yang menjadi taruhandan rebutan ialah berbilion bilionrinnggit harta kekayaan negara. Justeru, dalam PRU13 ini United Malays National Organisation akan terusmemperbaiki cara penipuan. Hasil 2008 dahulu memastikan penipuan PRU13 kali ini lebih licik dan lebih meluas.
Dalam masa 9 hari lagi kita akan tahu sama ada rancanganpenipuan United Malays National Organisation ini akan berjaya menghalangkemaraan ombak rakyat yang mahukan perubahan. Penipuan akan beralaku malahsedang berjalan. Soalannya samada penipuan inidapat menjadi tembok atau tidak.
Rakyat Malaysia anak semua bangsa telah lama menunggu masa untukmenghumbankan parti Ketuanan Melayu ini ke dalam tong sampah sejarah. Justeru,jika 3T berlaku secara besaran, rakyat Malaysia anak semua bangsa tidak adapilihan. Hanya jalan raya yang akan membenamkan 3T.(TT)
SIAPA DAPAT TANGKAP MALAON INI
AKAN DIBERI LAN! GGAN SET AHUN
SUARA KEADILAN PERCUMA
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalamSUARA KEADILANterbaru
akhbar tanpa lesen ini
adalah akhbar palingTOP
sila langgan dan jadi cool
Comments