SEMUA ANAK MUDA YANG CELIK IT WAJIB BACA




PERANG GERILA SIBER

GERILA POLITIK SIBER


Ramai pembaca kurang faham atau tidak bagitu jelas bahawa kita dunia yang kita diamai ini telahmemasuki apa yang dipanggil zaman pasca moden.Zaman Pascamoden ini memberi makna bahawa kita telah melintasi ZamanModen. Ribuan tahun dahulu umat manusia telah melintasi Zaman Batu, Zaman Besi,Zaman Gangsa kemudian masuk ke ZamanModen. Kini kita beralih dari Zaman Moden keZaman Pascamoden.

Apa itu pascamoden? Pasca ertinya sesudah. Ertinya kita sekarang sudah selesai denganzaman moden. Kalau dulu kita moden. Kini kita semua telah melintasi moden dan meninggalkan moden.

Untuk memahami apa itu pascamoden kita wajib melihat apapola-pola dan apa ciri-ciri dalam pasca moden. Contohnya: kita kenal kuehgulung melalui tepong yang bergulungdengan inti kelapanya yang manis. Kitakenal kueh karipap dengan bentuk, isi dan rasanya. Bagitu juga denganpascamoden. Untuk mengenal pascamoden kitawajib mengenal bentuk, isi dan rasanya.

Salah satu tanda moden ialah media. Dizaman batu tak adaradio, akhbar dan tv. Kemajuan teknolojimoden melahirkan radio, talipon dan tv. Dizaman moden kita mula berhubungantara satu sama lain dengan membacaakhbar dan buku atau mendengar radio.Semua ini alat berhubungan moden. Dalam zaman pascamoden alat ! berhubun gsemakin canggih mara ke hadapan.

Dalam zaman pascamoden kita ada sistem internet. Kalau dulu hanyapolis sahaja yang ada alat wirelessuntuk berhubung jarak jauh. Kinikita semua - setiap sosok - boleh memiliki talipon bimbit tanpadawai.

Salah satu isi pascamoden ialah kemunculan imej sebagai unsuryang amat penting. Imej ini boleh berkahwin dengan alat komunikasi yang canggih kamera, kamera video atau alatrakaman pandang dengar. Ini dibantu oleh sistem komputer dengan talian internetyang membolehkan kita mencari imej, menyimpan imej dan membuat imej. Semua imejdari zaman berzaman membawa tanda dan makna. Dalam zamanpascamoden imej menjadi tanda wujudiah yangutama.

Salah satu lagi tanda penting untuk zaman pascamoden ialahberakhirnya monopoli daulah terhadap media. Monopoli daulah mengkontrol media berakhir bukan hanya di Malaysia tetapi diseluruh dunia dimana ada internet - maka disitu akanmuncul media baru.

Untuk senang cakap: di Malaysia ini tandanya bahawa kita telah memasuki zaman pascamoden ialahapabila orang ramai rakyat Malaysia -tidak lagi ambil pot dengan RTM, Tv3, Utusan atau New Straits Time. Media baru yang lahir dalam zaman pascamoden tidakmungkin lagi dikongkong. Media dan imej dari media tidak hanya dibuat,dimunculkan atau dimiliki secara monopoli oleh United Malays NationalOrganisation.

Ini bermakna - zaman pascamoden telah membebaskan kita daridijajah oleh RTM, Tv3, Astro atau kumpulan Utusan atau kumpulan Media Prima. United Malays National Organisation tidaklagi memiliki monopoli dalam halpemberit! aan. Kit a tidak lagi dipaksauntuk mendengar berita dari RTM sahaja.Zaman RTM, Tv3 atau Astro telahberakhir.

Pascamoden memastikan partiKetuanan Melayu ini tidak mungkin dapat mengawal isi berita. Parti KetuananMelayu tidak mungkin dapat kontrol caraorang ramai berkomunikasi. Internettelah membunuh monopoli maklumat yang selama dikawal oleh United MalaysNational Organisation.

Kalau dulu ahli falsafah Peranchis Rene Descartes ( 1596-1650) berkata : Aku berfikirjusteru aku wujud. Hari ini saya berkata: Aku berinternet maka aku wujud.

Saya menulis tentang pascamoden dan internet ini untukmenerangkan kepada para pembaca bahawa pertempuran politik untuk merebut kuasa dalam PRU13 ini sedangberlaku hebat dialam maya. Pertempuaranpanas dan membara dalam alam maya ini ialah untuk mencari pengaruh. Untuk mendapatkan sokongan.Semua bertujuan untuk mencapai kemenangandalam pilihanraya.

PRU13 ialah pertempuaran alam maya yang maha hebat. Sayaulangi sekali lagi bahawa perebutan politik ialah perebutan kuasa. Merebutkuasa bertujuan untuk merebut punca-puncaharta harta kekayaan negara.Politik dan kuasa tidak akan lari dari punca harta kekayaan.

Parti mana yang akan memiliki kuasa maka parti itu akanmemiliki kunci untuk menjaga dan mengawalpunca dan sumber harta kekayan dalam negara kita ini. Asas politik ialahekonomi. Ekonomi ialah harta kekayaan. Yang selainnya yang selaludiheboh-hebohkan hanyalah kempen danpropaganda mengolah persetujuan untuk mendapat sokongan orang ramai.

United Malaya National Organisation mengolah persetujuanuntuk mendapat sokongan orang ramai me! lalui aj enda Ketuanan Melayu. Parti Pasmengolah persetujun dengan agama Islam. DAPmengolah persetujuan dengan hak masyarakat China. PKR mengolah persetujuan dengancita-cita untuk menubuhkan pentabiran baruyang bersih dari rasuah. Perkasa dan BTN mengolah persetujuan dengan menjadikan China musuh orang Melayu. Di belakang semua ini ialah keinginan semuaparti-parti politik untuk memiliki kuasa.

Justeru, saya yakin para pembaca telah faham apa itu pascamoden.Pembaca telah tahu apa tujuan politik.Pembaca telah sedar bahawa United Malays National Organisation tidaklagi boleh memonopoli apa yang kita baca, apa yang kita lihat dan apa yang yangkita dengar. Maka mari kita lihat bagaimana dalam pascamoden imej sedang bertempur untuk mengolah persetujuan orang ramai . Imej sedangdibentuk dan sedang direka untuk mengolah persetujuan.

Askar dan tenterasiber milik United Malays National Organisation telah ditubuhkan. Dari segijumlah, dari segi kelengkapan, dari segi dana, dari segi sokongan media tradisional askar siber parti Ketuanan Melayu ini cukupbesar. Berpuluh kali ganda besarnya jikadibandingkan dengan pejuang siber yang bersimpati dengan Pakatan Rakyat.

Tetapi dalam perang siberyang amat sengit ini amat jelaskelihatan bahawa pejuang siber yangmenyokong garis kasar politik PakataanRakyat lebih kuat, lebih ampoh dan lebih berjaya. Mereka sedang berjaya mengkemudikan garis danarah politik terkini. Bila mereka bergendang maka United Malays NationalOrganisation terpaksa menari. Kenapa agaknya berlaku bagini?

Perang adalah penyambungan perbincangan yang tidak dapatdiselesai! kan. Per ang berlaku apabila berbincang gagal. Perang siber juga tidaklari dari falsafah ini. Stratejiperang siber tidak jauh bezanya dengan strateji perang anti kolonial diVietnam, di Angola atau di Afghanistan.

Tentera Amerika yang terkuat dalam dunia kalah di Vietnampada thun 1974. Tentera Portugal kalah di Angola pada tahun 1975. Tenterapenjajah Sepanyol dikalahkan oleh FidelCastro dan Che Geuvera pada tahun 1959. Apakah dia rahsia kekuatan yang berjaya mengalahkan bala tentera yanglebih besar, lebih lengkap dengan senjata dan memiliki dana yang lumayan?

Jawabnya cukup senang. Semua kuasa bala tentera kolonialisdan imperialis ini dikalahkan oleh gerila.Hanya perang gerila sahaja yang dapat mengalahkan kuasa imperialisAmerika di Vietnam. Apa sangkut pautnya pekara ini dengan PRU13 kita?

Dalam PRU13 ini pejuang siber Pakatan Rakyat sedang bergerak sebagai gerila. Bergerak tanpatersusun. Mereka adalah organisasi tanpabentuk. Mereka adalah kesatuan tanpa bersatu.Mereka menyerang apabila dilihatada peluang. Dalam straterji gerila:Serang apabila musuh undur undur apabila musuh menyerang.

Gerila siber Pakatan Rakyat tidak memerlukan Pemimpin Pusat,tidak memerlukan pejabat, tidak memerlukan command control. Tidak adasturuktur. Mereka adalah gerila siber yangautonom. Setiap gerila adalah jeneral. Setiap gerila ada komander.Setiap gerila adalah pribet. Setiapgerila berinisiatif sendiri. Menyerang tanpa di suruh. Berehat tanpa meminta.

Paling mustahak kekuatan gerila Vietnam yang mengalahkankuasa imperial Amerika pada tahun 1975 ialah akidah. Gerila Vietnam berjuang denganakidah memerdekkan Vietnam tanah airmereka. Gerila Vietcong bukan makangaji. Bukan bergerila kerana diupah. Gerila Vietnam memiliki idealoji dan pandangandunia untuk mewujudkan negara Vietnam yang merdeka. Manakala tentera Amerikadipaksa datang berperang. Mereka makan upah.Justeru, idealoji dan pandangan dunia ialah kekuatan induk yang tidak dapat dikalah olehbala tentera Amerika.

Falsafah gerila Vietnam ini sedang diambil pakai oleh para pejuang gerila siber Pakatan. Merekatidak diketahui nama dan rupa. Tidak ada pejabat. Mereka tidak dibayar gaji bulanan. Merekamenyerang dengan pegangan idealoji untuk mendirikan Malaysia yang bebas dan merdekadari United Malays National Organistion.

Ditahap ini adakersatuan dan pemusatan cita-cita dan akidah. Mereka menjadi gerila siber untukmenjatuhkan United Malays National Organisation. Dalam satu barisan yang ampoh dalam satubarisan bersatu yang di galang gerila ini sedang menyerang United MalaysNational Organisation.

Apakah yang saya lakar ini betul? Atau saya melebong? Dalam zaman pacamoden inikesahehan apa yang saya katakan ini hanya boleh dibuktikan dengan memahami imejdalam dunia siber yang terkini.

Imej porno terkini yang ditaja oleh United Malays NationalOrganisation seminggu dahulu kini sedang meleset. Pelbagai usaha telah dijalankan untukmenjadikan imej ini hot dan viral. PDRM telah membantu mewar-war imej porno ini. Ketua polis telahmengeluarkan amaran agar klip ini jangan disebar. Sebenarnya ini bertujuanuntuk mengiklankan klip ini.

Suku sakat dan kaum kerabatKumpulan Utusan dan Media Prima juga telah tunggang terbalik cubamempromo dan berkempen tentang klip ini. Semuanya meleset. Klip itu TIDAKviral. Dalam dunia siber, dalam perang siber jika TIDAK viral maka ertinya TIDAKada siapa ambil pot tentang klip itu.

Saya juga wajib memberi tahu bahawa dalam zaman pasca modenjika imej itu tidak cool dan tidak counter culture atau tidak punk besar kemungkinan imej itu akan lenyap dalamalam maya. Dizaman pascamoden klip porno bukan satu yang memeranjatkan. Dalamzaman pascamoden TIDAK ada lagi yang memeranjatkan.

Justeru ditahap ini gerila siber yang autonom, organisasi tanpabentuk sedang menjalar dan menunggu masauntuk TERKAM United Malays National Organisation jikaparti Ketuanan Melayu ini menipu dalam pilihan raya. (TT)
NOTA
tulisan ini telah
disiarkan dalam
SUARA KEADILAN terkini
sesiapa ingin melanggan
pandai pandai lah cari
jangan jadi bangang




-------

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

MENCARI TEMPAT ADA MENJUAL DAGING KUDA

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE