SIAPA KENAL FATIMAH ISMAIL INI?
SIAPA FATIMAH ISMAIL
ANAK DARA?
JANDA BERHIAS?
ISTERI ORANG
atau
MINAH INDON?
FATIMAH OH! FATIMAH
Pilihan Raya Umum ke 13 akan berlangsung pada 5 Mei2013. United Malays NationalOrganisation yang akan diumumkan kalah oleh Pakatan Rakyat tepat pada jam 10:38malam 5 Mei ini.
Dua minggu sebelum diterajang oleh orang ramai kelihatan parti Ketuanan Melayu ini masih lagienggan menerima hakikat bahawa rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan baruyang demokratik. Anak semua bangsa telah menolak rejim yang zalim dan ganas.
Walau pun sademikian, parti Ketuanan Melayu ini masih lagimerancang untuk terus berkuasa. Parti inisedang merancang untuk menipu undi. Penipuan terakhir yang terbonggeng kantoi ialah apabila JabatanPendafaran Persatuan telah melarang DAP dari menggunakan logo parti.
Pengharaman logo DAP ini pada awalnya dilihat sebagai satu kejayaan untuk memporak perandakan DAP. Dalam strateji jahat ini diharapkan penyokong DAP akan kelam kabut,kacau bilau dan tidak tahu siapa yang seharusnya mereka undi. Tetiba masukPas dan PKR yang bersedia membenarkan DAP menggunakan logo mereka.

Hanya Melayu Genre Bangangdan Melayu Genre EEE sahaja yang akanmeloncat mengambur bising dan sibuk tentang Mei13. Bani Melayu yangwaras, rasional dan berhemah tinggi akan gumbira apabila United Malays NationalOrganisation dibakul sampahkan untuk dijadikannota kaki sejarah.
Apabila parti Ketuanan Melayu ini sedar bahawa rancanganmemporak perandakan DAP gagal dengan serta merta para barua telah diarahuntuk mengubah kedudukan. Keputusan pengaharaman logo DAP ditarik kembali.Tindakan ini membuktikan bahawa Jabatan Pendaftaran Persatuan serupa denganJabatan Pendaftaran Negara sama dengan SPR. Badan dan lembaga ini semuanyaadalah barua dan alat United MalaysNational Organisation untuk menipu.
Warga Malaysia anak semua bangsa wajib terus berwaspada.Dalam masa tidak sampai dua minggu ini parti Ketuanan Melayu masih lagi memiliki banyak rancangan untuk menang dengancara tipu. Masih banyak lagi tipu helah dan perancangan jahat yang masih belummuncul.
Minggu ini ada satu lagi berita penipuan terbongkar. Beritaini dilihat seram lagi melucukan. Kajian dari Projek Analisis Daftar PemilihMalaysia (MERAP) telah bertemu dengan 900 Orang Bunyian. Di Kedah, Kelantan, Pahang dan Terengganuterdapat 900 sosok yang menyerupai man! usiayang menggunakan nama Fatimah Ismail.Dari jumlah ini 14 orang Fatimah memiliki tarikh lahir yang sama. 10 dari Minah Fatimah ini mempunyai kad pengenalanyang dikeluarkan di Negeri yang sama.
Hairan bin Pelik? Pembaca menggaru kepala bila mengetahuifakta ini? Jangan risau kerana SPR dengan bangganya akan menafikan kewujudansosok yang menyerupai manusia yang bernama Fatimah ini. Mengikut hemat SPR semua iniadalah fitnah dan tohmah dari NGO MERAP.SPR bertempik mengatakan kepada dunia bahawqaNgo ini anti Melayu, anti Islam dan anti Raja. Melayu, Islam dan Raja telah digunakan sebagaipendinding untuk membuat kerja jahat.

Pada awalnya telor-telor ini mahu menggunakan nama SalmahIsmail. Sayangnya nama Salmah binti Ismailini telah diambil oleh Saloma.Nama yang belum digunapakai hanyalah Siti Ibrahim Ali , Cik Puan ZulNordin dan Marina Anak PerempuanMahathir. Akhirnya makhlok asing ini menggunakan nama Fatimah Ismail.
Jangan marah apabila saya menulis sademikian. Saya melawak kerana SPR selalu meminta kita buktikan penipuan itu. Kali ini sekalilagi dengan fakta kajian MERAP saya telah membuktikan bahawa SPR telah menipu. SPRhanya menjawab dengan menuduh saya hanya pandai buat fitnah danmemburuk-buruk satu lembaga y! ang suci bersih saperti bersihnya sabun Breeze.
Bila diajukan kepadaSPR nama 14 Fatimah binti Ismail yang tarikh lahir sama maka SPR akan menuduh sesiapa yang menimbulkankeraguan terhadap SPR ini memiliki niat politik jahat. Biar saya tulissejelas mungkin. Biar saya hitamputehkan apa yang ada dalam fikrah saya. Biar saya umumkan sekali lagi kepadaorang ramai.
Saya tidak percayalangsung kepada badan yang dipanggil SPRini. Saya bukan sahaja tidak percaya apa yang disuarakan olehPengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR. Malah semua perkataan yang belum keluardari mulut Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan pekerja SPR pun saya tidak percaya. Setiausaha Agong PKR,Saifuddin Nasution telah membuktikasn bahawa dua sosok Pengerusi/Timbalan SPR- adalah ahli parti Ketuanan Melayu.
Juga, secara resminya gabungan Ngo BERSIH 2.0 telah mendesak agar Pengerusi danTimbalan Pengerusi SPR ini ditendangkeluar. Sosok dua orang ini tidakmemiliki kewibawaan untuk diyakini oleh orang ramai. Disini biar saya terangkan satu fakta. Ada satu pekara yang warga Malaysia tidak mendapat penerangan jelas dan tuntas.

Hari ini saya berani bertaruh saekor berok dengan sesiapasahaja. Secara rambang jika kita bertanya kepada 10 warg! a Malays ia tua dan muda - jantan dan betina bakalpengundi - saya yakin 8 atau 9 orang yang ditanya ini akan memberi tahu bahawa mereka kurang yakinterhadap SPR. Orang ramai sedang melihat SPR ini sama haprak saperti Zul Nordin dan IbrahimAli.
Jika SPR ini haprak dan tidak diyakini bagaimana mungkin kitamelahirkan Malaysia yang bebas dan demokratik. Mengapa ramai YB yangbertanding. Apakah bekas YB dan bakal YBini yakin tentang kewibawaan SPR?
Jawabnya iya dan tidak.
Untuk bekas YB danbakal YB dari United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya merekayakin akan kesucian SPR ini. Keyakinanini muncul kerana kepentingan ekonomimereka bergantung dengan kuasa partiKetuanan Melayu.
Untuk bekas YB dan bakal YB dari Pakatan Rakyat rata-ratamereka sedar bahawa SPR ini adalah ajen penipuan. Badan yang merancangundang-undang dan peraturan yang berat sebelah untuk memastikan United Malays National Organisation terusberkuasa. Jika telah sedar kenapa bersetuju untuk ditipu?
Sebenarnya bekas YB dan bakal YB ingin membawa kesedaran kepada orang ramai. Orang ramai secara menyeluruh wajib disedarkantentang penipuan ini. BERSIH telahmemainkan peranan untuk membuka pekong SPR. Kali ini dengan mencampuri PRU13maka orang ramai akan disekolahkan sekali lagi. Ketika mengambil bahagian dalamPRU13 orang ramai akan diberi kuliahsecara amali untuk melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana penipuandijalankan.
BERSIH 2.0 yang mewujudkan PEMANTAU yang disokong pula olehparti-parti politik adalah bukti saheh bahawapenipuan wujud. Pemantau itusebenarnya sedang memberi kuliah. Kalau penipuan tidak wujud kenapa dilatih 4,000 orang Pemantau. Kalau tidak ada penipuankenapa SPR amat amat benci terhadapPemantau yang dilatih oleh Bersih.

Kesahnya bagini: Kitasemua dalam dalam satu kabilah yang sedang berjalan menuju ke Bahtera Merdeka. Saya telah berjalandahulu dan sampai ke satu tembok batuyang menghalang perjalanan kita. Saya mengundur dan kembali memberitahu parapembaca bahawa ada tembok halangan dihadapan kita. Ada yang percaya dan adayang tidak. Ada yang berkata kalau ada tembok mungkin dapat kita panjat. Ada yangberkata kalau aku dapat tengok tembok batu itu makabaru aku akan percaya.
Saya sebagai seorang demokrat yang waras telah mengambil keputusan untuk berjalan bersama para pembacadan bakal pengundi. Saya akan berjalan dilorong yang samadengan orang ramai. Saya akan bawa parapembaca ke tembok batu penghalang itu.

Ahli-ahli lembaga SPR ini wajib diganti dengan ahli lembaga SPR yang bukan ahli par! tiKetuan an Melayu. Selagai SPR dalambentuk yang wujud sekarang ini, selagi itulah tembok batu akan menghalang kita semua dari sampai ke BahteraMerdeka. Dengan wujudnya SPR yang bebas, adil dan bersihmaka Minah yang bernama Fatimahbinti Ismail akan lupus dengan sendirinya.Hantu-hantu yang memiliki kadpengenalan segera akan pulang ke kubur asal mereka. Oh Fatimah hanya akandiingati sebagai lagu A.Ramlee. (TT)
NOTA
tulisan ini
telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
akhbar 2 kali semingu ini
adalah akhbar melawan tampa lesen mencetak
siapa membaca akhbar ini mereka adalh cool
-----
Comments