MAKION BANYAK YANG MATI




PERJUANGAN
BARU BERMULA

KEMATIAN DALAM TAHANANHARUS HENTI SEKARANG

Adayang Tanya saya, Kenapa Pakatan Rakyat memperjuangkan Penjenayah Yang MatiDalam Tahanan? Ada juga yang menyatakan, Mereka layak mati sebegitu. Sayaingin menjawab segala persoalan tersebut dengan menerangkan beberapa perkaraseperti berikut :-

1)Seseorangitu tidak bersalah, sehingga dibuktikan kesalahanya.

2)Seorangitu tidak menjadi penjenayah hanya kerana Polis menyatakan sedemikian. Sudahmenjadi amalan pihak Polis untuk mendedahkan seseorang yang mati dalamtahanan itu adalah suspek jenayah serius (contoh : samun bersenjata), hanyaselepas suspek tersebut mati dalam tahanan. Sila perhatikan perkataan suspektersebut. Ini adalah taktik pihak Polis, untukmengekalkan imej baik dalam persepsi masyarakat. Katakanlah, esok sayaditahan oleh Polis dan mati dalam tahanan mereka, dengan segera saya akanmenjadi seorang suspek jenayah serius. Ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja,termasuk kepada anda, anak-anak anda, adik beradik anda atau sesiapa. Apabilaia berlaku, suara lantang anda tidak akan dihiraukan, sebab rakyat biasaseperti anda tidak akan percaya cerita-cerita anda, seperti yang anda lakukanhari ini.

Jadi, janganlah percaya kepadaKenyataan Media pihak Polis secara membuta tuli dan membuat kesimpulan andaterhadap seseorang itu.


3)TugasPolis adalah untuk mencegah/membendung jenayah dan menyiasat jenayah, bukanya untukmenghukum seseorang suspek jenayah. Malah, kuasa pendakwaan ada dengan PejabatPeguam Negara Pendakwa Raya. Walaupun, seseorang itu adalah Penjenayah yangnyata, tetapi pihak Polis tiada ada kuasa untuk menghukumnya, membunuhnya.Kalau, penghukuman seperti pembunuhan dilihat sebagai salah satu penyelesaianmudah untuk masalah jenayah, kenapa kita perlu ada Mahkamah dan SistemPerundangan?

Adakah kami membantah penghukumanmahkamah dalam Kes Sosilawati di mana kesemua tertuduh disabit kesalahan dandijatuhkan hukuman mati? Tidak Kerana, kes tersebut dikendalikan mengikutsystem dan prosiding undang-undang.

4)PrinsipHak Asasi Manusia Sejagat haruslah sentiasa didukung. Janganlah ada yangmenyatakan, Hak Asasi Manusia adalah untuk Manusia, dan bukanya untuk Haiwan.Anda tidak harus membuat kesimpulan tentang perwatakan seseorang itu mengikutpemahaman anda sendiri. Hanya tuduhan dan khabar angin tidak menjadikanseseorang itu penjenayah. Kalau itulah hujah anda, kenapa tidak gunakan hujahanda itu tidak tertakluk kepada haiwan-haiwan yang merompak, merampas danmencabul hak rakyat miskin, yang tertindas untuk kehidupan mewah mereka?! Keranamereka kaya dan baik dalam persepsi anda? Mengapa anda tidak guna pakai hujahanda dalam Kes Altantunya? Razak Baginda, Najib Razak dan Rosmah Mansormempunyai hak untuk mempertahankan diri mereka, tetapi orang-orang yang tidakkaya, yang mati dalam tahanan tidak mempunyai hak untuk mempertahankan dirimereka dari segi undang-undang?

5)Merekayang mati dalam tahanan pun Manusia juga! Mereka pun mempunyai keluarga untukdijaga dan dipelihara. Apabila anda tidak sedia untuk mendengar kepada ceritadi sebelah mereka, anda bukan sahaja melakukan ketidakadilan kepada mereka yangmati dalam tahanan, malah juga kepada keluarga mereka. Tidak harus ada seorangpun yang mati sia-sia, tanpa sebab.

6)HanyaTuhan berhak untuk mengambil nyawa seseorang!! Sebab itulah, masih ada yangmembantah hukuman mati sehingga kini di seluruh dunia. Walaupun, kita fleksiblesedikit dalam sesetengah kes, tidak bermakna ia memberi kuasa kepada mana-manapihak untuk melakukan pembunuhan sesuka hati dengan kuasa yang diberi kepadamereka oleh kerajaan. Saya hairan, ada juga mereka yang percaya kepada Tuhanturut, menjustifikasi pembunuhan dalam tahanan ini.

Jadi,untuk mengatakan bahawa Pembangkang Menyokong Penjenayah adalah salah! Kamisentiasa percaya, para penjenayah harus dibawah ke muka pengadilan, termasukpenjenayah yang berprofil tinggi; mereka yang telah meletupkan seorang WanitaMongolia yang hamil dengan C4, dan mereka yang melanggar segala undang-undangyang ada untuk merompak kekayaan Rakyat dan Negara ini! Dalam perjuangantersebut, tidak akan ada sesekalipun kita akan berkompromi denganketidakadilan! Kami sentiasa akan bersama dengan mereka yang ditindas, termasukmereka yang mati tanpa suara mereka didengar di dalam Mahkamah!

PS:

Sayatelah diberitahu bahawa, ada anggota Polis yang menyatakan kepada para pengaduPolis bahawa, Apabila kami bertindak, pihak pembangkang protes! Jadi kamitidak boleh bertindak. Kalau benar, ada anggota Polis menyatakan sedemikian,ia menunjukkan betapa tercemarnya Perkhidmatan Awam kita dengan racun politik political toxin yang berlebihan. Yang kami mahu adalah, Polis yang melawanjenayah dan penjenayah dengan peruntukkan undang-undang yang sedia ada, bukanPolis yang mengambil undang-undang di tangan!

Sayasendiri pernah lihat, bagaimana efisyenya sesetengah Pegawai Polis kita. Sayasendiri pernah membuat beberapa laporan polis, tentang ugutan jenayah, seranganjenayah dan sebagainya. Tetapi, sehingga kini mereka yang melakukan jenayahtersebut masih bebas, tanpa sekalipun tidak pernah dipanggil untuk soal siasat.Adakah Polis akan menyatakan saya akan protes, jika mereka mengambil tindakan?!Bukankah itu satu alasan yang tidak masuk akal? Saya sedar hanya, kedudukan dantaraf pengadu yang diambil kira, apabila pihak berkenaan ingin mengambiltindakan. Jadi, lain kali, apabila pihak Polis memberi sebab sebegitu, andatahulah bagaimana nak jawab mereka!

Regards,
Satees Muniandy



-------

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE