Omegay: Belia 1Msia Vs Belia Setan Pakatan

Sharuddin, 56, turut menyifatkan laporan tersebut sebagai amat biadab kerana bukan sahaja bertujuan memburukkan nama baik Siti Hanisah, 23, dan keluarganya tetapi juga seluruh warga Felda.
Individu yang menulis ini tidak tahu erti perjuangan, malah tidak merasai semangat yang ditunjukkan seluruh anggota ekspedisi itu termasuklah apa yang telah dilakukan oleh anak perempuan saya.
Mengapa ada golongan yang sanggup menulis dan memburuk-burukkan usaha yang dilakukan oleh generasi muda Felda ini dan kenapa dipersoalkan tentang kos dan sebagainya.
Saya harap dengan kejayaan Siti Hanisah dan keseluruhan Projek Everest Felda 2013 ini akan menutup mulut individu yang tidak bertanggungjawab ini, katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Jelai 1, Gemas dekat sini semalam. - Kosmo
Comments