Omegay: Gugurkan kerakyatan pengkhianat negara!
KUALA LUMPUR 21 Mei - Perhimpunan anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) dianggap sebagai penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.
Pengerusi Biro Antarabangsa, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Fakhrul Azman Abu Bakar mendakwa, perhimpunan yang didalangi Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang itu turut menghina Perlembagaan Persekutuan.
Menurut beliau, setiap rakyat wajib berpegang, menghormati, mematuhi dan memahami bahawa negara ini mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.
"Perbuatan mereka ini telah menghina kuasa Yang di-Pertuan Agong yang menyalurkan kuasa eksekutif kepada Perdana Menteri.

Selepas keputusan PRU-13 diumumkan 5 Mei lalu, Anwar dan Kit Siang mendalangi siri perhimpunan haram untuk menghasut penyokong pembangkang menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang diberi mandat memerintah negara secara sah oleh rakyat.
Fakhrul Azman turut menyifatkan dakwaan Anw! ar dan K it Siang kononnya pakatan pembangkang memenangi PRU-13 berdasarkan kiraan undi popular sebagai penipuan besar.
"BN tidak pernah mempertikaikan kemenangan Pas di Kelantan pada PRU-11 walaupun pada ketika itu BN menerima sebanyak 269,492 undi popular berbanding 261,402 undi popular yang diperoleh Pas," ujarnya.

"Perkara 149(1) Perlembagaan Persekutuan boleh digunakan untuk mengambil tindakan terhadap gerakan mereka yang tidak bermoral ini," jelasnya.
Sementara itu, Fakhrul Azman mencabar pakatan pembangkang tidak melantik senator di negeri-negeri yang dikuasai mereka bagi membuktikan ketaatan terhadap cadangan Pengerusi DAP, Karpal Singh agar Dewan Negara dimansuhkan. - Utusan Malaysiaku sayang
Comments