TUKANG HASUT MENGHASUT LAGI
Adalah satu harapan - harapan anak semua bangsa untuk melihat negara kitaini membuka satu sejarah baru. Harapan ini amat besar sekali. Lebih besar dariniat Sultan Mahmud meminang Puteri Gunung Ledang. Lebih besar dari niat Laylaingin bertemu Kais. Lebih besar dari niat Uda datangmeminang Dara. Besar sekali harapan ini sehingga tidak ada perkataanyang dapat menerangkan betapa besarnya harapan ini.
Saat dan masanyatelah tiba untuk kita semua - anak semua bangsa - untuk membuka satu sejarahbaru untuk Malaysia.Saat dan masanya ialah sekarang. Saatnya ialah hari ini.Saatnya ialah sesudah para pembaca selesai membaca tulisan ini.
Saya akui , kelahiran Malaysia Baru ini bukan satu yangsenang. Membuka sebuah naratif baru dan menutup naratif lama bukanlah semudah turun ke kedai membelikueh. Bukan semudah menuang kopi ke dalam cawan. Satu naratif baru untuk satu tamadun adalah satuperjuangan. Perjuangan ini adalah satu naratif yang berliku-liku.
Disini saya ingin menerangkan apakah maknanya naratif.Naratif ialah penceritaan. Naratif ialah cerita dan kesah-kesah yang kitadengar. Semua kesah, semua cerita ada memiliki tanda dan makna. Kesah-kesahyang kita dengar tidak bebas dari tanda dan makna. Ada yang jelas tersurat. Adayang jelas tersirat. Keupayaan kita! ialah u ntuk memahami apa dibelakang naratif ini.
Naratif juga wajib dikongsi bersama. Cerita tidak akan menjadi cerita jika kita tidak berkongsi cerita itu.Naratif tidak menjadi naratif jika tidak diketahui ramai. Kita wajib memilikinaratif yang boleh dikongsi. Denganperkongsian naratif ini akan menjadi ingatan bersama - atau collectivememories. Ingatan bersama ini ama-amat penting untuk membuktikan wujudiah kitasebagai kita. Perkongsian naratif yang menjadi ingatan bersama ini akanmengikat kita untuk melahirkan kita sebagai kita.
Dua kekasih akan terus mengingati dimana kali pertamamereka bertemu. Apa ucapan pertama yang dilafazkan. Dipipi sebelah manaciuman pertama diberikan. Apa janji-janji yang dibuat ketika bercengkerama.Anak lelaki yang pertama siapa namanya. Anak perempuan yang pertama sekolahnyadimana. Semua ini naratif orang berkasih. Semua ini akan menjadi ingatan.Kolektif memori ini akan mengikat setiakaseh pasangan ini untuk menuju ke duniaberumah tangga - satu dunia yang baru.
Negara bangsa juga memerlukan naratif. Ini untukmengikat dan memunculkan negara bangsa. Kita menjadi kita kerana kita memilikinaratif. Tetapi pada hemat saya sebagai sebuah negara bangsa yang baru - kitamasih belum kukuh - belum padu dalam satu ikatan naratif yang kukuh. Kelahiran tamadun negara bangsa memerlukansatu naratif yang kukuh.
Negara bangsa yang kita panggil Malaysia ini sebenarnyahanya satu wilayah yang kita imajinasikan. Kita khayalkan bahawa kita ini AnakBangsa Malaysia.Kita berkhayal bahawa kita sedang berada dalam sebuah negarayang dipanggil Malaysia. Tetapi ikatan ke Malaysian kita tidak kukuh. KitaTIDAK memiliki satu naratif nasional yang mengikat kesemua kita untuk kelahiransatu negara bangsa yang sopan, bertamadun dan berilmu.
Mari kita lihat negara jiran kita Indonesia. Merekamemiliki satu naratif nasional walau punIndonesia dari Sabang sampai Marukee ada ribuan pulau-pulau yangterpisah-pisah. Tetapi sebagai satu negara bangsa Indonesia terikat dalam satu ikatan yang amatkukuh. Mereka memiliki naratif dan ingatan bersama yang jitu untuk memboleh kanterdirinya negara bangsa yang dipanggil Indonesia.
Naratif nasional Indonesia ialah apabila orang Jawa,orang Aceh, orang Sumatra, orang Banjar dan dan... bangun dengan bamboo runcingmenentang penjajah Belanda. Pertempuran menentang Belanda menjadi nararif nasional. Mereka bermandi darah menentangpenjajah.Inilah kolektif memori yang mengikat setia kawan semua suku bangsa untuk menjadi Banga Indonesia.Perjuangan bersama menentang penjajah menjadikan mereka terkumpul dalam satuikatan kukuh.
Orang Asing - The Other - dalam konteks sejarahIndonesia ialah Penjajah Belanda. Orang Asing ini dilihat sebagai penindas,perampok dan penjarah tanah air mereka. Justeru kesepakatan menentang kezalimanini melahirkan naratif yang dikongsi bersama. Dari naratif berjuang melawanBelanda inilah lahirnya negara bangsa yang dipanggil Indonesia. Tanpa naratif'bamboo runcing' tidak mungkin kesatuan negara bangsa ini dapat didirikan.Apatah lagi ada ribuan pulau, ratusan bahasa dan budaya yang berbeza-beza. TerikatnyaIndonesia itu adalah kerana setiakawan semua suku bangsa bangun menentangBelanda.
Kedatangan penjajah dari Barat ke wilayah kita adalah hasil dariperkembangan ekonomi kapitalis. British datang ke Tanah Melayu untuk mengambilemas, besi, bijeh timah, getah dan kayu kayan. Ini hukum dunia kapitalisyang mendirikan tanah tanah jajahan dan mencarai pasaran.
The Other - Brit! ish - se belumnya Portugis, Belanda -semuanya mendapat tentangan dan serangan dari anak tempatan. Penentangan kaum feudal Melayu terhadappenjajah British adalah petanda awal bahawa kedatangan penjajah di bumi Melayuini tidak akan diterima dengan hati terbuka. Keris dan tombak telah menungguPortugis dan Belanda. British yangdatang ke Tanah Melayau sesudah Portugis dan Belanda - sedang menjajahIndia. British telah melihat kebangkitan warga India. JusteruBritish telah mengumpulkan pengalamantentang cara terbaik untuk memerintah Tanah Melayu.
British sedar sebagai 'the other' mereka memerlukan talibarut untuk mematahkan serangan dari anak tempatan. Maka peranan tali barut initelah diambil oleh United Malays National Organisation. Parti ini telahdidukung, dipilihara dan dipupuk oleh British. Peranan parti ini ialah memandulkan dan menumpaskan gerakanbersenjata menentang British.
Peranan talibarut Britisah yang dimainkan oleh UnitedMalays National Organisation ini jelas dapat dilihat pada tarikh 31 Ogos. Sayanobatkan tarikh ini sebagai Hari Malapetaka kepada Tanah Melayu. Kita melihatbagaimana naratif nasional kita telahmenjadi tunggang terbalik. HariKemerdekaan seharusnya tanda hari perjuangan anak tempatan bangunmenentang penjajah.Tetapi di Tanah Melayu agak lain. Pada 31Ogos - Hari Malapertaka - ialah hari dimana United Malays NationalOrganisation merayakan kemenangan bukan menentang penjajah tetapimenentang Orang Yang Menentang Penjajah.
Talibarut 'theother' kini menjadi penentangan terhadapa mereka yaang menentang 'the other'.Justeru tidak saperti Indonesia. Tanah Melayu gagal melahirkan naratif nasional. Kegagalanmewujudkan naratif nasional inilah yang kini melahir! kan taju k beritaakhbar - Apa Lagi Cina Mau.
Pada saat ini, amatjelas United Malays National Organisation ini masih belum menerimahakikat bahawa satu ombak baru sedangmengampoh. Parti politik yang masih berselimutkan Ketuanan Melayu inigagal melihat bahawa selama 5 tahun inianak-anak muda kian rancak melakar kelahiran satu naratif baru.
Penipuan yangberlaku dalam PRU13 wajib dilihat darisegi sebagai positif. Memang betulanak semua bangsa merasa kecewa kerana ditipu. Memang tepat ada yangbersedih kerana ditipu. Tetapi dalam kekecewaan ini, dalam kesedihan ini kita semua wajib menunda buka satu naratifbaru. Dalam naratif baru ini - anak semua bangsa - wajib bersama-sama dalamsatu kancah. Jika ayah dan datukkita dahulu terikat dalam barisanbersatu AMCAJA- PUTERA - kali ini kitawajib bersatu dalam Angkatan Rakyat untuk mewujudkan satu naratif baru.
Kita telah melihat Perhimpunan Kemarahan Rakyat diKelana Jaya, di Pulau Pinang, di Kedah, di Johor, di Negeri Sembilan - ratusanribu anak semua bangsa telah turun ke jalan raya. Kehadiran mereka berhimpuan adalah tandabahawa satu naratif baru sedang dilakar.Inilah tanda satu naratifnasional sedang muncul. Naratif ini akanmemangkin kelahiran Malaysia Baru.
Di Kelana Jaya - saya memerhati dengan mata terbuka -saya ternampak anak anak muda turunberbondong-bondong. Saya bertanya kepadadiri saya sendiri apakah mereka ini PENGUNDI?Dari amatan saya mereka kelihatan amat muda. Anak-anak muda ini adalahFacebook Revolutionaries, Pejuang Siberdan Pendekar IT. Ratusan ribu mereka turun , dikumpulkan oleh FaceBook.Persoalan telah mengundi, telah mendaftar atau belum bukan persoalan. Yang w! ajib mer eka lakukanialah mendobrak United Malays NationalOrganisation.
Untuk saya, padahemat saya Malam Kelana Jaya bukan hanyapermulaan terbukanya satu naratif nasional. Malam Kelana Jaya lebih dariitu. Sejarah akan melihat Malam Kelana Jayamenjadi mitos. Malam Kelana Jayaakan menjadi mitos nasional sapertimitos Mat Kilau, atau Datuk Bahaman,atau Tok Janggut yang bangun melawan Sepoi British. Sama saperti lajenda Maharaja Lela membunuh J.W.W Birch. Inilah yang saya takrifan sebagai satu naratifbaru.
Jika Mat Kilau dan Tok Janggut bangun melawan British.Jika Tentera Rakyat Malaya MelawanJepun, jika Tentera Rakyat MalayaMelawan British - kali ini anak anak muda sedang mengampoh bangun menentangUnited Malays National Organisation. Menentang parti Ketuanan Melayu ini adalah naratif baru. Turun ke jalan raya memberikan makna bahawaanak semua bangsa kini berada dalam satukancah. Dalam satu kubu. Dalam satu barisan yang maha besar untuk menyambungdan menyelesaikan perjuangan Ayahdan Datuk kita yang telah digagalkanpada tahun 1957.
Melahirkannaratif nasional ini ialah langkah pertama untuk mendirikan satu negara bangsa.Naratif berkongsi dan bersetiakawan. Naratif yang akan mengikat kesetiaankepada bumi yang kita pijak. Inilahadalah tugas sejarah untuk anak-anak muda. Tugas sejarah yang wajibdiselesaikan oleh para revolusinerfacebook, pejuang tweeter, panglima siber dan pemilik talipon bijak. Ianya menjadi tugas anak muda kerana akhirnyadunia ini adalah milik anak muda. (TT)
NOTA
tulisan ini telah
disiarkan dalam SUARA KEADILAN
akhbar mingguan yang bangun melawan
PILIHAN JALAN RAYA
------------
Comments