Seniman Paksi Rakyat (Paksi) kesal dengan sikap segelintir seniman yang tidak bangkit membantah tindakan polis menyoal siasat Sasterawan Negara Datuk A Samad Said kelmarin berhubung Himpunan Bersih 2.0. Kelmarin, Samad disoal siasat hanya kerana membaca puisi Unggun Bersih pada majlis pelancaran Himpunan Bersih 2.0 pada 19 Jun lalu di ibu negara. Presiden Paksi, Che Shamsuddin Othman atau dikenali Dinsman berkata, beliau sedih apabila seniman lain hanya membiarkan Samad diperlakukan sedemikian. Kalau orang biasa itu, tiada masalah tetapi ini sasterawan sendiri. Mereka sudah ada nama. Kenapa tidak bangkit membantah? katanya pada sidang media di sini, hari ini. Che Shamsuddin juga berkata, seniman-seniman lain seharusnya mempertahankan Samad. Jelasnya, beliau merupakan aset dan khazanah yang perlu dimuliakan serta dibanggakan. Dia tidak patut dipersoalkan, ujarnya lagi. Walaupun saya mengharapkan kawan-kawan lain ikut sama pertahankan Samad, tetapi jika mereka tidak terima, itu hak merek...